KAKI berdiri tegak di hadapan dewan bedah. Air mata masih mengalir tanpa bunyi.
Tangan masih terketar-ketar manakala di badannya masih tersarung baju yang berlumuran darah. Hampir 2 jam dia berdiri di hadapan pintu putih itu. Menunggu berita dari doktor yang merawat suaminya.
Theron Danish mendekati adik iparnya yang kelihatan sangat serabut. Di tangannya ada segelas air putih.
" Calia... " panggilnya perlahan namun tidak dijawab. Dia menghela nafas kecil. Seraut wajah sembap dan merah itu ditatap kemudian matanya beralih pada pergelangan tangan Calia yang berbalut kemas. Dapat dilihat kesan darah pada kain putih itu.
Gila. Itu yang terdetik di hatinya sekarang. Sebaik sahaja mereka tiba di hospital itu, doktor yang bertugas memberitahu Arzhael kehilangan banyak darah.
Disebabkan Arzhael dan Calia berkongsi jenis darah yang sama, Calia terus sahaja bersetuju untuk menderma darahnya dan tidak berfikir panjang dia terus mengelar pengelangan tangannya lalu disua tangannya ke arah doktor itu. Bukan main mengamuk doktor dan nurse di sana akan perbuatan Calia.
Otak tepu sangat sampai tak dapat proses pendermaan darah. Syukur budak ni tak rebah. Tak pasal-pasal laki bini admit ward.
Air di tangan direnung seketika.
" Walid... " Yana menegur Theron Danish yang berdiri kaku di sebelah Calia. Jemarinya mengusap lembut lengan berotot Theron Danish.
Dipandang wajah isterinya yang mulus itu. Yana datang ke hospital sebaik sahaja mengetahui berita tentang adiknya. Terukir senyuman tipis.
Gelas di tangan suaminya diambil. Terjungkit keningnya melihat kelakuan isterinya.
" Let me do it.. " Theron Danish mengangguk dan dia meninggalkn dua wanita tersebut untuk memberi ruang pada mereka. Sempat lagi dia mencium sekilas pipi gebu isterinya. Dah lama kahwin, memang tidak kekok lagi perbuatan itu.
" Calia... adik " sayu sahaja suaranya memanggil Calia. Sengaja dia memanggil menggunakan perkataan itu. Panggilan yang dia kerap gunakan sewaktu dalam training dahulu.
Tetap sahaja badan Calia tidak berganjak dari posisi. Seakan-akan tidak berpijak di bumi yang nyata, perhatiannya sekarang sepenuhnya tertumpu di sebalik pintu itu. Mengharap akan terbuka bila-bila masa.
Yana menarik lembut lengan Calia dan bahunya ditekan untuk duduk di kerusi berdekatan.
Kedua pipi Calia ditekup agar bertentang mata dengan Yana. Mata Calia terkedip-kedip lambat sebelum melarikan pandangannya. Dia merasa bersalah kerana salahnya Arzhael berada dalam keadaan kritikal." Look at me adik.. minum air ni dulu " Calia patuh dan ambil gelas itu lalu diteguk sekali. Kemudian dia lihat semula wajah Yana. Rasa bersalah membuak-buak. Itu baru dia tatap wajah kakak iparnya. Belum mentuanya.
" Calia... Calia minta maaf. Salah Calia.. se..semua ni..." Dicengkam kuat gelas kertas di tangan seiring tangisan dilepaskan dengan bahu yang terhinjut-hinjut
" Bukan salah Calia. Benda dah nak jadi. " pujuk Yana. Air mata Calia diseka. Bengkak teruk dah mata comel itu. Dirinya yang beku hilang kerana takutnya kehilangan sang suami.
Digeleng kepalanya. Sesal dan perih makin menggunung.
" Calia tak akan maafkan diri kalau ada apa-apa terjadi pada Hael. Kalau lah, Calia dengar cakap. Kalau lah, Calia tak degil. Hael.. Hael takkan.." katanya dengan suara tersangkut-sangkut.
" Sepatutnya Calia yang kena kak.. Calia kak. Calia memang pembawa malang" ucapnya lagi dengan perlahan. Dada dipukul-pukul kuat. Dulu dia kehilangan adiknya, kemudian mamanya sakit terlantar dan babahnya merana kehilangan anak. Sekarang, suaminya pulak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Roman d'amour⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...