Azan subuh berkumandang sayup di kawasan hospital menyedarkan Arzhael dari tidurnya. Entah bila dia pun ikut terlena di atas kerusi. Dia bangun dari duduknya dan meregangkan tubuhnya.
Wajah Calia direnung sejenak.
Lena sampai mulut ternganga." See you soon, my love " selimut Calia dikemaskan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Malang nasibnya, dia terserempak dengan jururawat yang bertugas shift pagi. Terjerit kecil nurse itu melihat Arzhael yang serba hitam keluar dari bilik Calia. Setahunya patient ini belum berkahwin.
" Shhh " jari telunjuk diletak pada bibir dan topinya dialihkan.
" Eh, Tuan Hael " jururawat itu berkata setelah empunya hospital ini dicam. Siapa saja tak kenal. Dah lah kacak, kaya dan berasal dari keluarga yang berimej tinggi. Walaupun sikapnya dingin tapi kebajikan para pekerja tetap dijaga. Menjadikan dia idaman para jururawat.
" Jangan cakap apa-apa pasal kedatangan aku. Faham. Kau lupakan apa yang kau nampak sekarang ni " ugut Arzhael seraya badannya dibongkok sedikit ke arah jururawat itu.
Jururawat bernama Sofea itu mengangguk laju. Dia gerun dengan lagak majikannya sekarang. Mata hitam itu menatap dengan tajam.
" 5 minit lagi, kejutkan tunang aku untuk solat subuh " arahnya lagi.
" Tu.. tunang ? " ulang Sofea.
" Ye.. tunang. Aku tahu je kau canang khabar angin tak baik. Aku cari kau dan pastikan kau tak dapat kerja kat mana-mana lagi. Tunang aku bangun je, kalau dia nak apa-apa. Kau ikutkan saja. Faham ?! " bentaknya lagi dengan suara kecil tapi keras.
" Ya.. ya tuan " takut-takut Sofea membalas kata.
" Dah, pergi buat kerja kau " arahnya pendek.
Sofea apa lagi, dengan sepantas kilat dia beredar dari situ.Sambil berjalan ke arah parking kereta, tangan menekan-nekan skrin telefon kemudian dilekapkan ke telinga.
" Hello Dayyan. Plan aku tu kita buat hari ni "
" Hah ? hari ni ? jap plan mana ?" jawabnya dengan serak. Member baru je bangun. Tak sempat proses.
" Plan ikat orang lah " katanya dengan senyuman sinis. Dia tahu perbuatannya ini akan menimbulkan kekecohan yang besar..
and he didn't even care.
" Hasil penyiasatan pihak berkuasa terhadap kes yang berlaku dua hari lalu mendapati punca kebakaran di 5 buah rumah pelacuran masih tidak dapat dikenal pasti. Walaubagaimanapun, hal ini masih berada dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pada masa yang sama, pihak polis telah berjaya membuat 3 tangkapan dadah yang bernilai jutaan ringgit. Operasi ini ialah tangkapan terbesar yang dicatat di Malaysia setakat ini." kedengaran pembaca berita melaporkan berita semasa di kaca televisyen.
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...