" NGEK lah Hael ni. Gara-gara dia, aku pun ikut hanyut. " kepala diketuk perlahan. Sebal dengan diri sendiri lepastu kepala digosok perlahan. Sakit pulak.
Berdiri di hadapan meja buffet. Mata Calia tak lekang dari menilik setiap jenis makanan. Ada buttermilk chicken, sweet and sour fish fillet, sayur tumis, ulam and kegemaran dia ayam goreng. Bibir dijilat sekilas. Perut dah mula berkeriuk. Lantas, piring di ambil.
Satu-persatu makanan diletak tapi hanya dalam kuantiti sikit. Mengah pulak nanti kalau terlebih kenyang. Tapi kalau tak habis, suruh lah abe kito makan.
Calia tersenyum kecil.
" Hehe, abe " gumamnya perlahan. Kepala digerak kiri dan kanan cepat-cepat. Mula lah tu nak angau. Tapi tak apa kot.
Dia berjalan lagi sehingga ke hujung meja.
Kali ni dia ternampak pulak air matcha. Tak pernah-pernah ya orang order air matcha untuk kenduri kahwin. Dia je lah yang order last minute. Pening wedding planner.Segelas air matcha di ambil. Baru sahaja dia hendak berpusing. Gelasnya ditepis dengan tiba-tiba dan jatuh ke lantai. Bunyi kaca mengejutkan tetamu yang berdekatan di situ.
Calia angkat kepala. Muka yang berbunga-bunga cinta tadi langsung sahaja bertukar menjadi tegang.
" Alah, jatuh pulak air tu. Sorry, i tak sengaja " ujarnya dengan nada mengejek pada Calia.
Calia kancing gigi. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan. Perasaannya ditahan tidak mahu membuat riuh pada hari bahagia adiknya.
Tanpa membalas ejekan Taalia. Calia berpusing semula hendak mengambil segelas lagi. Sekali lagi, tangannya ditepis membuatkan gelasnya jatuh kali kedua.
" Kau dah kenapa Taalia " jerkahnya pada Calia. Tidak kuat tapi cukup untuk sepupu angkatnya dengar. Piring berisi makanan diletakkan atas meja. Tak pasal-pasal, piring tu pulak diterbalikkannya nanti.
Taalia melihat kukunya lalu ditiup-tiup lagak diva.
" Takde pape. Saja nak usik kau. " matanya turun melihat kaki Calia.
" Kau dah tempang sekarang kan " wajah Calia masih tidak beriak. Tambah tegang ada lah.
" Kaki aku sakit je, bukan tak boleh naik menapak kat muka kau " kali ni dia pulak membidas dengan perlahan tapi tajam di pendengaran Taalia.
Taalia mendengus sinis. Badannya mendekati Calia. Menyamai paras ketinggian mereka yang tidak jauh beza pun. Mata bertentang mata.
" Aku nampak kau dengan Hael tadi. Bukan main mesra lagi korang. Baik kau jauhkan diri kau tu sebelum aku buat kau menyesal. Kau dah lupa kot apa aku buat kat base dulu." ugutnya seraya menunding jari ke muka Calia. Sengaja memprovok Calia.
Hatinya cemburu melihat layanan Arzhael tadi. Siap suap-suap makanan. Dengan dia, jangankan nak duduk semeja senyum pun tak pernah.
Ancaman Taalia langung tidak menakutkan Calia. Walaupun selama ini dia tidak melakukan apa-apa, jangan ingat dia lemah. Dia tidak naik tangan kerana mahu menjaga air muka keluarganya.
" Heh, kau nak ingatkan aku hal tu ? ingat aku takut sangat. Kau berani kat base Sabah tu pun sebab kau ada kawan. Sekarang kawan-kawan kesayangan kau tu dah palau kau kan. " Calia pulang paku keras. Mata merenung tajam ke mata sepupu angkatnya. Sengsara hidupnya sewaktu di base dahulu gara-gara mulut puaka perempuan ini.
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romansa⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...