'' Bian, dukung aku. aku mengantok lah '' arahnya sambil kedua tangan didepa pada Zavian.
'' Haish kau ni bang.. padan muka ! Dah lah balik lambat semalam, pergi sembang dengan mummy sampai subuh tu kenapa '' abangnya diomel tapi tangan dihulur lalu digendong abangnya dibelakang gaya piggyback.
Mentang-mentang dia yang paling besar antara adik beradik yang lain.
'' Peliklah kau ni bang, macam ni ke cara nak pergi merisik anak dara orang '' Roan memukul belakang abangnya, berharap matanya celik.
'' Bongok, sakit lah. Risik tu mummy daddy je. Entah kenapa suruh aku datang pulak tiba-tiba '' lepas subuh tadi dia memaksa mummy dan daddy pergi rumah aunty Sameeha. Dah tengahari baru suruh dia datang pulak. Mata dah rabak ni.
'' Ya Allah, apa bising-bising kat luar rumah orang ni'' Daeng Jasmine mencekak pinggang melihat ke empat beradik itu. Dia terdengar riuh-rendah di luar tadi.
Declan hanya berjalan masuk ke dalam rumah. malas nak ambil tahu. Laju sahaja tangan Zavian melepaskan dukungannya, badan Arzhael jatuh terjelopok atas jalan simen.
'' Aduh ! kau ni Bian. Sakit lah bijak '' perlahan-lahan dia bangun. Meringis sakit sebab jatuh terhempas.
'' Masuk cepat ! '' kelam kabut kaki adik beradik masuk ke dalam rumah. Mummy kalau menyinga, karate chop itu sangat berbisa.
" Mummy, kenapa Hael kena datang. Hael barai ni sekarang " rungut Arzhael pada mummynya
" Amboi amboi. Dah kamu yang nak kahwin kamu tak ada pulak. Lagipun aunty kamu tu nak jumpa. Kansel kang " Daeng Jasmine ugut sambil matanya dikecilkan.
" EH ! jangan lah mummy " matanya dikerdip-kerdip, minta kasihan.
" Pergi masuk sana ! " Arzhael perlahan-lahan melangkah masuk dengan muka tersengih. Mata tajam mummynya tidak beralih dari melihat.
Arzhael duduk tegak di sofa, menghadap Ibu Sameeha dan anak perempuannya. Lagak mereka bertiga tidak ubah seperti jeneral perang, lain betul aura wanita-wanita ini.
' Aku tak boleh kalah ni ' lantas dia duduk bersandar pada sofa itu, postur badannya dibetulkan dan memasang riak tenang di mukanya. Tercabar ego lelakinya apabila dia seakan-akan diancam aura keluarga bakal mertuanya. Uishh, mertua. Best pulak bunyi tu.
Ibu Sameeha dan anak-anaknya berpandangan. Terbit rasa lucu di benak hati mereka. Selalunya si Hael ni hanya menunjukkan muka bersahaja di hadapan ramai, perangai yang kuban-kuban hanya keluarganya sahaja tahu.
"Kamu yakin kamu nak Calia, Hael ? "
Ibu Sameeha membuka bicara pada Hael dengan pandangan serious. Perjumpaan ini dilakukan tanpa pengetahuan Calia. Dia berada di akademi sekarang ni. Workaholic sangat." Ya, aunty. Hael serious. Hael nak Calia " jawabnya tanpa gentar.
" Aunty tak nak kamu main-main kan anak aunty. Walaupun Calia bukan darah daging aunty, tapi aunty tak teragak-agak untuk lakukan apa sahaja untuk dia. Anak aunty tu nampak je keras, hati dia tisu mengalahkan roti tisu " datar nada suaranya pada Arzhael.
Arzhael hanya memandang tanpa mengalihkan anak matanya.
" C-calia.. boleh saya tahu about her ? " Arzhael bertanya dengan berhati-hati.
"Itu.. Hael yg kena tanya Calia sendiri.. listen from herself but first gain her trust " Ibu Sameeha membalas.
" Tapi abang Hael jangan risau. Along is single mingle " Eshaal menyampuk tiba-tiba. Matanya dikenyitkan.

YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romansa⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...