" DINDA !! " Nuha berpaling pulak ke arah babahnya. Bajunya berlumuran darah. Ada parang panjang di tangannya.
" Kanda, Naira.. Naira.. " esakan beriring tangisan. Tidak sanggup berkata lagi. Dipeluk erat tubuh kejung Naira.
Zyran menoleh ke arah Nuha.
" KAU !! " Nuha geleng kepala laju. Badan mengesot ke belakang. Dia takut melihat wajah bengis babahnya. Tidak pernah lembut renungan mata hazel itu padanya tapi ini pertama kali menjadi segelap itu matanya.
" Tak..tak babah. Nuha tak buat apa-apa. Nuha.. Nuha minta maaf babah. Jangan pukul Nuha " tangan menghadang kepalanya spontan. Cepat-cepat dia meminta maaf walaupun dia tidak tahu apa salahnya
Rambut perang Nuha dicengkam kuat sehingga dia terdongak. Pipi mulusnya ditampar kiri dan kanan oleh tangan kasar babahnya.
" KAU PENYEBAB ANAK AKU MATI. KAU !!! BANGSAT. AKU SEPATUTNYA BUNUH KAU DARI DULU. KAU TAK PATUT LAHIR. AKU DAH CAKAP JANGAN BAWA ADIK KAU DATANG TEMPAT AKU. KENAPA KAU INGKAR AKU HAAA !! " diberi lagi tamparan kuat sehingga Nuha tidak berdaya bersuara. Hatinya hancur berkecai tatkala mama dan babahnya salah faham akan hal ini.
Sejak kecil tidak pernah dia merasa kasih sayang kedua ibubapanya. Dia hanya punya adiknya untuk menagih sayang. Sekarang adiknya telah tiada. Patut kah dia hidup lagi ?
" Ba..bahh...sa..sakit.. " adunya dengan suara tersangkut-sangkut. Ya Allah, kau ambil lah nyawa ku malam ni. Ambil lah aku.
" SAKIT KAU KATA ?!! ANAK AKU LAGI SAKIT DARIPADA KAU " satu lagi tamparan maha hebat diberi padanya. Nuha ibarat punching bag padanya. Tiada lagi simpati atau belas kasihan pada sang anak.
Nuha jatuh terbaring. Pandangannya berbalam-balam. Memori terakhirnya berakhir apabila mamanya memanggil namanya kuat dan menolak kuat badan babahnya.
" NUHA !!!! " terlorek senyuman segaris. Akhirnya, mama sebut nama aku.
MATA terbuka luas seiring dengan nafas menderu laju. Setelah sekian lama dia melupakan hal itu demi meneruskan kelangsungan hidup. Memori itu datang semula dalam mimpinya.
Badan dibangunkan dengan perlahan-lahan. Dada serasa sendat. Peluh merecik sehingga basah kolar bajunya padahal penghawa dingin di hospital ini boleh tahan kuatnya.
Botol air dibuka lalu diminum untuk membasahkan tekak yang kering. Dikerling suaminya di sisi yang masih dalam lenanya.
Botol air ditutup semula. Tak mahu berpisah langsung, sanggup tidur sekatil dengan suaminya.
Pipi sang suami diusap dengan belakang tangan lalu kepala diletak atas bahu lebar suaminya.
Jemari mereka disulam bersama." Abang, Calia mimpi buruk tadi. Dah bertahun hal tu berlalu. Tapi sakit tu macam baru je kelmarin berlaku" gugur lagi mutiara jernihnya.
" Abang... dengar kan Calia cakap ? " hidung menarik hingus lalu dilap pada lengan bajunya.
" Abang, i miss your zikir. I miss when we fight with each other. I miss when you feed me food. Calia rindu kita solat sama-sama." dilap lagi air matanya. Tidak mahu membasahi baju suaminya.
" Abang tahu tak. Calia dari kecil tak pernah diajar tentang agama dan tak tahu banyak perkara. Ibarat bernyawa sekadar syarat.
Bila hidup dengan ibu dan papa, baru lah Calia belajar banyak benda dan Calia cuba patuh semua arahan agama. Tapi tetap Calia rasa sunyi dan kosong. Don't get me wrong, Calia bersyukur ada Eshaal, Enaya, ibu dan papa bersama Calia. Merekalah yang tolong Calia sehingga berjaya " jeda seketika. Kepala panggung lihat wajah Arzhael yang diam membisu.
YOU ARE READING
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...