Husband
we need to talk, abang
seen
Calia melepaskan hembusan kecil. Telefon dikunci semula. Beberapa hari sudah berlalu, rajuk suaminya masih belum reda. Dia mengaku hal ini terjadi kerananya.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
'' Calia cakap apa ni sayang '' ibunya menegur seraya mengusap lengan Calia. Calia baru tersedar yang dia mengatakan sesuatu yang diluar tingkahnya. Dia isteri orang celah mananya dia janda. Hadoi, alasan pun.
Pandangan ibunya dibalas lalu dia melihat ke arah suaminya.
Arzhael berdeham '' Hael sebenarnya nak ucap selamat pada pasangan pengantin. Moga korang berbahagia sehingga ke anak cucu dan jannah. Deen, ingat kau tu dah jadi laki orang. Jangan nak terbang sana sini sangat. Lupa pada isteri depan mata. Jangan bila dah hilang baru nak terkejar-kejar.'' ayat akhir di ucap dengan nada bergurau tapi berbaur sindiran di ruang pendengaran calia.
Bergema tawa di segenap taman itu.
Hatinya tersayat mendengar ayat tajam arzhael. Air diteguk perlahan-lahan meredakan debaran di hati. Sebaik sahaja majlis tamat, fikirnya Arzhael akan bercakap dengannya tapi sangkaannya meleset apabila lelaki itu terus balik bersama keluarnganya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pengumuman dari juruterbang di dalam kapal terbang menyedarkan Calia yang mengelamun jauh. Telefon dikeluarkan sekali lagi. Masih tiada balasan dari suaminya. Entah keluhan ke berapa kali terlepas dari mulut kecilnya. Telefon dimatikan dan tali pinggang diketatkan. Pandangan di luar tingkap ditenung. Sungguh, kalbunya merindui separuh jiwanya yang selalu berada bersama dengannya. Di hospital dulu pun hampir setiap hari dia ditemani Arzhael.
Sekarang ni tak sampai seminggu berjauhan dah macam tak boleh bernafas.
BANGKOK, THAILAND
SKRIN telefon dilihat tatkala dia merasakan getaran kemudian diterbalikkan semula. Malas nak balas. Berjela-jela mesej masuk dari isterinya semua dia palau. Kali ini dia tidak mahu beralah, perlu diberi pengajaran. Kepala disembam ke bantal dan badan bertiarap atas katil. Kalaulah mereka tidak bergaduh, badan isterinya sudah dipeluk-peluk ibarat bantal peluk. Haih.. nak nangis lah macam ni. Rindu...
Rengekan halus di sebalik bantal dapat didengari oleh Arwan. Dia menggeleng kepala kemudian dilihat pula Zavian dan Declan yang tengah bergaduh bermain game di dalam bilik hotel mereka. Manakala Roan tengah asyik melihat youtube di skrin telefonnya. Formula 1 lah Grand Prix lah. Tak habis-habis nak drift.
Dia mengeluh lagi. Menyesal pulak dia plan percutian 'boys only' ini. Kesemua anaknya buat hal sendiri. Kalau lah isterinya ada, dia dah plan romantic candle light dinner dah sekarang ni. Yang ladies pulak bercuti di Swiss kecuali pasangan pengantin baru. Greece menjadi lokasi bulan madu mereka.
Tapi yang lagi parah ialah anaknya yang tua. Arzhael. Bukan dia tak dengar apa yang dikatakan Calia tempoh hari. Nampak sangat anaknya ditolak kaw-kaw. Jarinya naik mengira-gira. Kalau tekaannya betul, nak dekat setengah tahun juga anaknya cuba menyunting bunga. Tak sampai jodoh lagi kot. Harap-harap ada jodoh lah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)
Romance⚠️ ANNOUNCEMENT ⚠️ ✧Dedicated to the ones that become her own shining knight in armor ✧ > enemies to lovers troupe < ᴄᴀʟɪᴀ >> ᴋᴀ-ʟɪᴀ ᴀʀᴢʜᴀᴇʟ >> ᴀʀ-ᴢᴇʟ Peluang kedua diberi dan dianggap sebagai tiket untuk menebus masa lalunya tanpa...