53

119 12 2
                                    

KEPALA direhatkan pada pangkal sofa. Tarik nafas. Hembus nafas. Fikirannya terlalu kusut ketika ini. Kebenaran yang diketahui sungguh berat ketika ini.

Dua hari sudah berlalu. Calia masih belum sedar. Ujian darah telah dibuat dan Ichor dikesan ada dalam darahnya. Mujur, Calia telah melatih dirinya untuk membina poison resistance. Sedikit sebanyak, hal itu membantu dirinya untuk melawan Ichor yang sememangnya racun untuk mereka yang berdarah O negatif.

Ichor yang berjaya disuntik hanyalah 2%. Tapi jumlah itu sudah cukup perit buat Calia. Tidak terduga keperitannya jika orang biasa yang terkena dadah ini.

" Hael.. " Dayyan menegur. Arzhael tegakkan duduknya.

Dayyan mengambil tempat di sebelah Arzhael. Dia tengah tunggu Safiyyah habis merawat Calia.

" Aku penat Dayyan. Aku buntu. Tak boleh ke kami hadapi hidup kami dengan aman." luah Arzhael dengan suara serak dan penat.

Dayyan telan liur pahit. Sungguh berat dugaan sahabatnya. Dia yang melihat pun sudah lelah apalagi yang mengalami.

Kepala ditongkat kedua telapak tangan atas pahanya. Kalau boleh, dia mahu lari bersama Calia jauh dari semuanya.

" Allah tidak akan menguji makhluknya melebihi kemampuan. Kau kena sabar dan kuat hadapi ujian ni Hael. Calia hanya ada kau untuk bergantung. Kau tahukan kamu saling memerlukan. " pujuk Dayyan.

" Aku tahu tapi kenapa kami. Calia hampir mati Dayyan. She almost die. Dah berapa kali aku jumpa dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Aku ni suami yang tak berguna. BODOH ! BODOH ! " Arzhael pukul kepalanya berkali-kali. Dia lelaki dia sepatutnya melindungi.

" Ya Allah, mengucap Hael. Kau pukul diri kau macam ni pun tak ada guna. Benda dah jadi. Kau kena hadapi dengan tabah. " kata Dayyan seraya menahan kedua tangan Arzhael. Hatinya turut tersayat melihat keadaan Arzhael. Dia yang pernah kehilangan isteri faham akan perasaan Arzhael.

Menderu laju nafas Arzhael ketika ini. Air matanya murah sekali selama isterinya belum sedar. Dia menjadi lemah.

Dayyan jatuhkan sebelah lutut memandang sahabatnya. Tangan kanan genggam bahu Arzhael.

" Kau... kau kena kuat Hael ! kau lelaki. Kau suami, ketua keluarga dan pelindung. Jatuh berkali-kali, kau rehat bukan putus asa." tegas ayatnya pada Arzhael. Mahu menyedarkan sahabatnya untuk tidak bergelumang dengan sedih terlalu lama. Isterinya masih hidup dan dia masih hidup. Mereka perlu bersyukur mereka masih ada untuk satu sama lain.

Arzhael diam seribu bahasa. Antara dengar dan tidak akan kata-kata Dayyan.

" Sekarang kau pergi ambil wudhu. Solat maghrib dengan aku " arah Dayyan. Dia berdiri dan diikuti dengan Arzhael gontai.

Arzhael mendengus sinis.
" Solat ? untuk apa ? benda ni tak akan tamat. Akan berulang selagi hidup dalam dunia gelap ni. Buat apa solat. Buang- "

BUK !

Tak sempat dia habiskan katanya. Arzhael jatuh ke belakang dek tumbukan Dayyan.

" KAU APHAL SI*L ! " tempelak Arzhael pada Dayyan. Tiba-tiba bagi tumbukan dah kenapa.

" SEBAB PERANGAI KAU MELANGIT. KATA-KATA KAU BERCAKAP IBARAT TAK ADA TUHAN " jari telunjuk menunjuk ke arah.

Ribbon : Mein Licht (OG)(SU)Where stories live. Discover now