AIDAR 2

5.2K 274 6
                                    

TANGAN MENYENTAL pinggan menggunakan span basuh pinggan. Ikutkan hati yang sejak tadi dah panas bagai lava, mahu saja wajah kacak Aidar itu disentalnya juga. Ruby merengus.

Geram!

Lagi geram bila Aidar sesuka hati masuk bilik tidurnya. Alasan sebab jet lag. Pada mulanya, Ruby benarkan sebab rasa kasihan. Dia taklah kejam sangat tapi bila Aidar berbaring di atas katil sambil layan telefon, itu dah lain. Itu mengambil kesempatan!

"Pecahlah pinggan tu kalau kau asyik sental dari tadi."

Suara Aidar menyedarkan Ruby dari lamunan. Tak perasan lelaki itu dah keluar dari bilik tidur dan kini berada di ruangan dapur. Ingatkan nak terperap saja di dalam sana. Baguslah! Sedar diri sikit.

"Suka hati akulah," bidas Ruby.

Aidar juih bibir. Boleh tahan beku juga layanan Ruby kepadanya. Haih, takkan empat tahun tak berjumpa langsung tak ada rasa rindu walau sekelumit pun? Lainlah kalau dia. Dia hampir gila bila pertama kali tahu Noah dapat jejak di mana Ruby berada.

"So, tell me. Apa kau buat selama empat tahun ni?"

Jujur, Aidar ingin tahu.

Sepanjang empat tahun Ruby menghilang, Aidar sentiasa tertanya-tanya bagaimana keadaan dia. Baik-baik sajakah Ruby tanpa dia? Aidar tak suka memikirkan tentang itu. Ruby tanggungjawab dia.

"Kenapa? Kau takut aku jumpa lelaki lain yang lagi bagus dari kau?"

Raut wajah Aidar beransur tegang. Tubuh ditegakkan daripada bersandar di tepi dinding. Mata merenung Ruby. Dia tahu Ruby sengaja bangkitkan tentang lelaki lain. Sebab nak buat dia cemburu.

"That's the thing. Aku tak percaya tu sebab kau takkan jumpa lelaki lagi bagus dari aku," ujar Aidar seolah menyindir.

Pipi Ruby serta-merta berona kemerahan. Dia berdehem kecil. Tak nak tunjuk hatinya senang lemah kerana insan bernama Aidar ini. Mana mungkin dia jumpa lelaki lagi bagus dari Aidar. Mustahil.

Mereka dah lama bercinta sebelum kahwin. Dan sebelum Ruby menghilangkan diri empat tahun yang lepas. Hanya Aidar yang bertakhta di dalam hatinya. Yang mampu buat jantung dia bersenam tak tentu pasal dan buat dia susah untuk lupa kenangan mereka.

"Konfiden beli mana? Kau ingat aku ni masih isteri kau?"

Jeda. Aidar tak menjawab namun dia mendekati Ruby setapak demi setapak. Kedua-dua telapak tangan diletakkan ke atas countertop sinki. Mengurung tubuh Ruby yang membelakanginya.

"Sejak bila aku lepaskan kau?" Soal Aidar separa berbisik.

Tubuh Ruby kaku. Deruan nafas Aidar menyentuh kulit leher. Buatkan dia rasa berdebar. Sumpah. Dia tak suka bila Aidar berada sangat rapat dengannya. Kalau bukan kerana insiden dulu, mungkin dia dah peluk Aidar tapi tak. Hati Ruby masih berdarah.

"Sejak empat tahun yang lepas. Aku ada hantar borang cerai dekat kau. Peguam aku tengok dengan mata dia sendiri waktu kau sign borang tu. Dia cakap kau dah sign."

Gelak tawa Aidar meledak halus. Naif sungguh. Dia setuju nak lepaskan Ruby? Itu hanya akan buat hidup Aidar jadi tunggang-terbalik. Ruby ibarat nafas baginya untuk terus hidup.

"Kau yakin ke peguam kau tu boleh percaya?"

"Mestilah! Sebab dia ada snap gambar lepas kau sign."

Bibir Aidar mengherot senget. Alahai, Ruby. Tak semua orang boleh dipercayai. Termasuklah peguam itu. Borang cerai yang diserahkan kepadanya tak dihantar ke mahkamah. Semua disebabkan Aidar.

"Sorry to disappoint you, precious. Aku dah koyak borang tu lepas peguam kesayangan kau snap gambar tandatangan aku. Jadi, aku memang tak pernah lepaskan kau dari empat tahun lepas," tutur Aidar.

Anak mata Ruby membulat. Terperanjat. Hampir jatuh pinggan yang baru disentalnya. Telinga dia tak salah dengar, kan? Tak mungkin. Dia yakin peguamnya dah hantar borang cerai itu ke mahkamah.

Suasana di dapur bertukar hening. Tiada siapa yang bersuara. Aidar masih setia mengurung Ruby di antara dia dan sinki. Jarak mereka hanya jauh seinci. Kalau Aidar ambil satu langkah ke hadapan, dada bidangnya automatik akan melekap di belakang tubuh Ruby.

Namun kerana tak mahu Ruby menyiku perut dia di situ, Aidar mengundur beberapa langkah ke belakang. Dia masih waras untuk tak ambil kesempatan ke atas Ruby. Aidar hormat Ruby.

"Kau tipu."

"Aku tak tipu. Kau nak aku suruh kawan aku di Malaysia sana datang sini dan bawa surat kahwin kita? Nak bukti kau masih milik aku? Sure, I can do that to please you, my precious."

"Aku cakap jangan panggil aku my precious!" Ruby menempik.

Kenapa susah sangat Aidar nak dengar cakap? Degil mengalahkan budak kecil. Selagi Ruby cuba menghalang, Aidar semakin kuat mencabar. Mereka berdua tak asing seperti anjing dengan kucing.

Sedangkan dulu, ketika masih di awal fasa bercinta, mereka tak pernah bertengkar. Aidar pun tak degil macam ni. Ruby menyangka dia dah kenal semua perangai Aidar tapi rupanya dia salah.

"Aku dah cakap, Ruby."

Tanpa sebarang amaran, Aidar menarik lengan Ruby. Tubuh Ruby lantas berpusing menghadapnya. Wajah Aidar menunduk sedikit. Mata bersabung mata. Deruan nafas mereka bagaikan bersatu.

"Don't play with the fire in me. Kau takkan suka."

Pandangan mata Ruby lari dari Aidar. Amaran kali kedua untuknya dan cukup buat Ruby merinding. Dalam tak sedar, dia sebenarnya yang mencabar Aidar. Bukan menghalang Aidar.

"Minggu depan. Kau ikut aku balik."

"Siapa cakap aku akan setu..."

"Ruby Harzen." Aidar mencantas.

Ton suara kedengaran tegas. Aidar tiada masa nak layan karenah Ruby yang asyik menolak dia jauh. Ruby masih isteri dia. Milik Aidar. Kalau dia terpaksa guna hak sebagai suami, dia berani.

Aidar juga tak ada masa lebih untuk lama-lama berada di negara orang ni. Duty call. Leftenan yang seorang itu dah bising suruh dia balik Malaysia minggu depan kerana ada misi yang perlu disiapkan.

"Muktamad. Kau ikut aku balik. And please, Ruby."

Jeda. Pandangan mata mereka kembali bertaut.

"Jangan buat aku paksa kau."

Usai berkata, Aidar meninggalkan Ruby di dapur seorang diri. Dia harap Ruby hadam kata-kata dia. Tolonglah! Dia tak nak jadi seorang suami yang memaksa si isteri. Itu bukan cara Aidar.

A man will never hurt the woman he loves the most. Itu sumpah Aidar kepada diri sendiri. Dia tak akan sesekali naik tangan ke atas Ruby atau ambil kesempatan dalam kesempitan.

AIDARWhere stories live. Discover now