AIDAR 33

3.7K 130 0
                                    

KAKI RUBY terkedek-kedek menyusul langkah Aidar yang berada di hadapan. Waktu petang yang senggang begini, cuaca tidak berapa panas. Berkeras dia mahu mengikut Aidar jogging di taman tempat kediaman mereka kerana bosan duduk terperuk di rumah.

Hendak ke Resort Laken, Tuan Will menegah. Katanya Ruby perlu rehat yang cukup daripada menyerabutkan otak dengan kerja. Tak pasal-pasal stres dan kesihatan bayi di dalam kandungan terjejas.

Dua minggu Aidar tinggalkan dia di rumah keluarga Tuan Will kerana harus selesaikan misi. Sekarang sudah pulang, menempel sajalah Ruby dengan Aidar. Salahkan baby dalam perut.

"Aduh!" Ruby pegang bahagian perut bawah pusat. Kerutan halus timbul di ruas dahi. Aidar yang beberapa langkah jauh daripadanya lekas datang menghampiri. Bening kerisauan terpancar di wajah.

"Kenapa, precious? Sakit dekat mana?" 

"Baby nilah lasak sangat. Dia tendang kuat." Mulut Ruby mulai mengomel. Kebelakangan ini anak di dalam rahimnya aktif dan suka menendang. Seolah ingin memberitahu tentang kewujudannya.

Ada sesetengah ibu mengandung yang santai saja bila bayi mereka menendang. Tak sakit tapi berbeza bagi Ruby. Ini pengalaman pertama dia mengandung jadi kadangkala rasa tak selesa.

"Dia dapat perangai awaklah tu. Bapa askar, turun dekat baby. Belum lahir tapi dah berkawad dalam perut saya. Buas sangat."

Tawa Aidar pecah. Dia kasihan melihat Ruby menanggung kesakitan dan kepenatan membawa anak mereka di dalam perut. Oleh itulah, dia berusaha untuk berada di sisi Ruby. Ingin meringankan beban. Satu lutut dijatuhkan ke atas tanah. Perut memboyot Ruby diusap.

"Baby tolong jangan buat mama sakit. Kesian dekat mama. Tendang boleh tapi jangan kuat sangat. Ke baby tak sabar nak keluar? Excited sangat nak jumpa mama dengan papa? Sikit je lagi."

Ton suara Aidar lembut. Memujuk bayi di dalam perut isterinya. Hanya inilah solusi yang berjaya. Setiap kali dia berbicara sambil mengusap perut Ruby, anak mereka akan berhenti menendang.

Anak papa sangat ni!

"Dah? Tak sakit?" Aidar mendongak. Mencari seisi wajah Ruby. Apabila Ruby menggeleng, nafas lega dihelakan. Tubuh ditegakkan semula daripada separa melutut. Mata melilau sekitar taman.

"Jom, kita duduk sana. Aku rasa baby dalam perut kau lapar."

Tersedar, Ruby lupa dia ada membawa bekas makanan dan sebotol air susu di dalam tote beg. Sedari tadi tote beg itu disangkut pada bahunya. Pelupa betul sejak menjadi ibu mengandung. Aidar menarik tangan Ruby. Dipimpin ke sebuah bangku panjang.

Tote beg di bahu Ruby, Aidar ambil terlebih dahulu sebelum dia menolong isterinya duduk di atas bangku itu. Mendengar erangan kecil yang terpacul dari ulas bibir Ruby, tentu kakinya bengkak.

"Awak duduklah sekali," ajak Ruby.

Lain yang disuruh, lain yang jadi.

Aidar mengeluarkan bekas makanan dari tote beg. Ditaruh atas riba isterinya. Botol air susu diletakkan pada ruang kosong sebelahnya bagi memudahkan Ruby untuk minum. Bingung, Ruby sekadar memerhati tingkah laku Aidar yang duduk di laluan bersimen.

"Kaki kau bengkak ni, precious. Kenapa tak bagitau tadi?"

"Sebab saya tak nak ganggu awak jogging. Tak nak susahkan awak. Bukannya bengkak sangat pun. Nanti saya sapu minyak panas bila kita balik rumah."

AIDARWhere stories live. Discover now