AIDAR 13

3.7K 170 2
                                    

TENGAH HARI itu, Ruby mengajak Aidar ke Resort Laken. Pada mulanya Aidar tak setuju. Memang ditentang keras olehnya kerana tak mahu terserempak dengan Tuan Will. Kata Ruby, ada mesyuarat tapi Aidar tak nak masuk campur. Lama-lama mengalah juga.

"Precious, kau bertuah yang aku ni sayang kau sangat-sangat. Kalau tak, aku memang tak nak ikut kau datang sini," gumam Aidar.

Ruby senyum kemenangan. Dia tahu suaminya akan kalah kalau dia pasang muka sedih dan berpura-pura menitiskan air mata. Itu salah satu kelemahan Aidar! Yang lain, usah ditanya. Aidar akan tewas kalau kena goda. Tangan mereka yang saling berpautan dihayun.

"Kalau ayah tak suruh aku masuk, macam mana?"

"Awak tunggu dekat bilik tetamu kalau macam tu. Saya suruh staf bawa awak ke sana. Saya tak nak awak rasa tak selesa. Awak tahu kan mulut ayah macam mana. Sampai sekarang saya tak faham kenapa ayah tak suka dengan pekerjaan awak."

Aidar turut tak mengerti. Salahkah dia memilih pekerjaan yang mempertahankan keamanan negara? Dia berbakti kepada negara sebab itu ialah pilihannya sejak tamat persekolahan. Sudah lama dia menyimpan cita-cita hendak menjadi seorang askar.

"Mungkin ayah tak suka sebab aku tak ada sijil diploma."

Firasat Aidar, mungkin itulah kekurangannya di mata Tuan Will. Dia belajar sehingga SPM saja dan terus daftar masuk Angkatan Tentera Malaysia. Aidar tak berminat nak belajar tinggi-tinggi. Hala tujunya hanya satu. Menjadi tentera.

Bahaya sudah tentu. Bermandikan darah dan lumpur juga perkara yang tak asing bagi Aidar. Andai orang lain tahu betapa lelahnya hidup seorang askar, pasti rasa simpati yang diberi kepada Aidar.

"Apa cakap macam tu? Saya tak sukalah."

Wajah Ruby beriak cemberut. Tak suka bila Aidar merendah-rendahkan diri sendiri. Belajar tinggi-tinggi tapi pada akhirnya dapat kerja biasa saja tak ada guna. Memiliki ilmu yang luas memang satu pencapaian hebat tapi semua orang mempunyai takdir yang berbeza.

Itu ialah perancangan Tuhan.

Aidar pamer senyuman. Risau pula dia kena hadap mood Ruby yang bertukar jadi singa betina. Tak pasal-pasal ada kes pujuk-memujuk. Dia mengucup sekilas dahi isterinya. Berharap amarah Ruby reda.

"Cik Ruby," panggil seseorang.

Mereka serentak melihat. Seorang staf perempuan yang memakai tag nama Jane berdiri tak jauh daripada mereka. Ruby kembali menatap wajah kacak Aidar. Lebih baik dia minta suaminya tunggu di bilik tetamu sehingga mesyuarat selesai. Mengelak perang meletus.

"Tolong bawakan suami saya ke bilik tetamu."

Jane mengeras. Selama ini, khabar angin mengatakan suami Ruby orang biasa-biasa saja tapi hakikatnya berbeza. Tubuh Aidar tegap. Bahunya bidang dan tingginya sama taraf model antarabangsa.

Tambah pula pakej wajah Aidar yang kacak. Rambutnya disisir rapi namun ada beberapa juntaian rambut jatuh menutup dahi. Staf lain yang jalan melintasi sempat mencuri pandang ke arah Aidar.

"Dah puas tilik suami saya?"

Jane tersedut semula ke alam nyata. Wajah dingin Ruby buat dia rasa amat gementar. Dia menggeleng laju. Menidakkan. Bukan niatnya ingin merenung suami orang. Sedangkan dia sudah bertunang.

"Maaf, saya tak tahu Cik Ruby bawa suami cik ke sini. Mari. Saya tunjuk arah kepada encik ke bilik tetamu," bicara Jane berhati-hati. Tubuh separa menunduk hormat. Dia bukan penyondol. Jauh sama sekali. Tunangnya tak akan diganti dengan mana-mana lelaki.

"Awak jangan macam-macam."

Ruby memberi ugutan awal kepada Aidar. Mata menjegil tajam. Aidar menahan senyuman. Mengerti bahawa Ruby masih sangsi tentang kesetiaan dirinya. Tangan isterinya digenggam sebentar.

AIDARWhere stories live. Discover now