AIDAR 1

7.5K 288 3
                                    

‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ
‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ
‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ
For those who want to be selfish
to keep someone by their side. Be greedy.
‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ
‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ
‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ ‍ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ㅤㅤㅤ ㅤㅤ ‍ ‍ ‍ ‍  ㅤㅤㅤ

RUMAH BANGLO dua tingkat menjadi santapan mata. Hujung bibir mengherot senget. Mengukir senyuman yang penuh maksud tersirat. Rambut diraup ke belakang. Hah! Gadis ini memang dah buat dia gila. Sehingga buat dia berani jejak kaki ke negara orang.

"Kau yakin ni tempat dia, Noah?"

"Yakin."

Suara Noah kedengaran di sebelah talian. Telefon setia melekap di telinga dari tadi. Kalau bukan kerana bantuan Noah yang tahu godam dan mencari maklumat orang, dia tak akan berada di sini.

"Alright, thanks."

Talian itu tamat. Masih lagi dalam keadaan berfikir, dia tak tahu sama ada di dalam rumah banglo ini ada tuan rumahnya ataupun tidak. Tapi dia tak nampak kereta parkir di luar halaman rumah.
Akhirnya, dia memilih untuk bersandar di pagar masuk.

Tangan bersilang di dada. Tak dihiraukan mata-mata orang asing yang memandangnya hairan. Kawasan itu kawasan perjiranan. Jam pula menginjak pukul empat petang. Firasatnya mengatakan orang-orang di sini bersiar-siar pada jam begini.

Telinga menangkap bunyi derapan tapak kasut yang seolah-olah berjalan ke arahnya. Tubuh ditegakkan semula kemudian anak mata berkalih ke arah susuk figura seseorang. Sebaik saja pandangan mereka bertaut, bibirnya merekah dengan senyuman.

"Aidar."

"Ruby."

Serentak mereka memanggil nama satu sama lain. Ruby pegang tali beg tangan dengan erat. Langkahnya mati. Dia tak berganjak dari tempat dia berdiri. Bagaimana Aidar boleh tahu dia tinggal di sini?

"Tak nak bagi saya masuk? Penat saya tunggu awak," bicara Aidar.

"Macam mana kau boleh tahu aku kat sini?"

Serta-merta senyuman di bibir Aidar pudar. Kening bercantum sebentar. Jadi begini layanan Ruby untuknya setelah empat tahun mereka tak berjumpa? Hatinya mula menggelegak panas.

"So, kita tak guna saya-awak dah? Empat tahun tak jumpa. Benci sangat kau dengan aku."

Air muka Ruby berubah. Bulu roma berdiri tegak saat Aidar turut menggunakan cara percakapan yang sama dengannya. Tapi suara itu kedengaran lagi dingin di telinga. Buatkan dia rasa lemah.

"Aku tanya macam mana kau boleh tahu aku kat sini?"

"Dan aku tanya kau tak nak bagi aku masuk?"

Mata berlawan mata. Ruby tak mahu mengalah. Apatah lagi Aidar. Prinsip seorang lelaki seperti Aidar ada satu saja. Dia pantang dicabar. Selagi Ruby cuba bermain tarik tali dengannya, dia akan tarik lagi kuat sehingga Ruby jatuh ke dalam tangannya.

AIDARWhere stories live. Discover now