AIDAR 12

4.9K 234 2
                                    

DUA HARI berada di hutan, Aidar memang perlu bersihkan diri dan sental segala kekotoran yang melekat pada badannya. Bibir meluas. Nyaris dia menguap tapi tangan cepat menutup mulutnya. Letih!

Aidar menekan butang passcode sebelum menapak masuk ke dalam rumah. Beg galas diletak ke atas lantai. Dia separa melutut kemudian mengurai tali kasut butnya. Tapaknya berlumpur. Aduh, kena basuh ni. Usai menanggal kasut butnya, postur tubuh ditegakkan semula.

"Precious?" Panggil Aidar.

Sunyi.

Kalau Ruby tak ada di ruang tamu, hanya satu saja tempat isterinya berada sekarang. Bilik tidur mereka. Ruby kerap meluangkan masa di atas katil. Jarang nak tonton televisyen. Itu yang Aidar perasan.

Beg galas diangkat kembali sembari langkah dituju ke bilik tidur. Mata yang kian memberat digosok. Aidar nak rehat. Dua hari berada di dalam hutan, tidurnya memang tak mencukupi. Terlelap dua puluh minit dan terbangun setelah itu. Kemudian kena teruskan misi.

Celah mana dia nak berehat? Tiada masa yang harus disia-siakan. Cepat siap, cepat pulang. Pintu bilik yang sedikit terbuka ditolak secara berhati-hati. Sejuk bilik tidur itu kerana penghawa dingin.

Lampu tidur yang menerangi bilik tidur. Aidar masuk tanpa bersuara. Takut jika Ruby tiba-tiba terbangun dari lenanya. Yalah, sekarang dah pukul dua belas malam. Misi dia selesai dua jam yang lalu.

Almari dibuka. Beg galasnya diletak ke dalam. Tuala mandi diraih. Aidar dah habis bateri. Badannya dah mengadu nak baring atas katil. Lekas Aidar pergi membersihkan diri. Keluar dari bilik air, dia menyarung pakaian ke tubuhnya. Kaki mendekati sisi katil.

"Precious," seru Aidar sayup. Dia panjat katil. Pandangan mata terhala pada wajah cantik isterinya. Dengkuran halus Ruby kedengaran. Betullah sangkaan dia. Ruby dah awal terlelap.

"Permata Ruby, aku dah balik."

Tubuh Ruby yang baring membelakanginya dipeluk dari belakang. Haruman vanila menusuk ke dalam hidung. Aidar menggesel lembut hidungnya pada belakang leher Ruby. Rindunya dia pada Ruby. Dua hari berjauhan seakan-akan sepuluh tahun tak berjumpa.

Unexpected clingy Aidar.

"Aku tahu kau dah tidur tapi aku happy kali ni aku balik, kau ada. Empat tahun kau pergi tinggalkan aku buat aku rasa cukup gila. Thank you for being here, precious," luah Aidar separa berbisik.

Bibir melabuhkan satu kucupan hangat pada leher Ruby. Aidar kemaskan rangkulan. Wajahnya disebam ke dalam bahu Ruby. Benarlah kata orang. Isteri penguat semangat seorang suami.

"Sleep tight, precious."

Akhirnya Aidar tewas kerana amat mengantuk. Dia terus terlena tanpa apa-apa gangguan. Mungkin dirinya sudah lama memerlukan kehadiran seseorang di sisi setelah pulang dari misi.

CAHAYA MATAHARI menembusi langsir. Tanda malam sudah berganti pagi. Ruby menggeliat kecil. Kelopak mata dibuka. Pejam celik, dia cuba menghilangkan rasa kantuknya. Pelik seketika. Ruby tersedar ada lengan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang.

"Ah!" Jerit Ruby kecil.

Tak semena dia menyiku wajah gerangan yang sesuka hati memeluk dia. Takkanlah Ruby lupa kunci pintu malam tadi. Hati rasa gelisah. Kalau orang ni pecah masuk, macam mana? Patutkah dia lari keluar dan minta bantuan? Terletus erangan kecil dari mulut gerangan itu.

Ruby terburu-buru menyelak selimut.

"Precious, ini akulah."

Suara garau yang sangat dikenali menyapa. Ruby berpaling. Mata membundar kaget. Suami dia rupanya! Aidar menggosok wajahnya yang baru saja disiku oleh isteri sendiri. Hidung memerah pedih.

AIDARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang