AIDAR 24

3.1K 147 0
                                    

JANTUNG AIDAR mengepam laju sebaik dia menonton berita yang sedang disiarkan di televisyen. Dia berada di kem pangkalan seperti kebiasaan dan kini berada di dewan makan yang menjadi tempat para askar mengisi perut. Ada televisyen di dinding.

"Seorang banduan wanita terlepas dari penjara sejak empat hari yang lepas dan pihak polis sedang bertungkus-lumus mencari keberadaan banduan..."

Suara pembaca berita kedengaran. Mata Haden melirik kepada Aidar yang kelihatan pucat lesi sambil tangan mengupas buah oren. Seulas buah oren itu disumbat ke dalam mulut Mikhael. Hah, leftenan yang seorang ini makan tahu tapi nak kupas tak mahu! Leceh betul.

"Kau dah kenapa?"

Lambat-lambat, Aidar akhirnya menoleh. Senyuman nipis tercalit di bibir. Lesap entah ke mana keyakinannya untuk menceritakan apa yang terjadi kepada kawan-kawannya itu. Dia dah temui jalan mati.

"Kau tahu kan siapa dalam berita tu tadi?"

Kening Haden terangkat. Hairan mengapa Aidar bertanya. Dagunya diusap persis sedang berfikir-fikir. Dia macam pernah lihat wajah banduan yang tersiar di dalam berita itu tapi persoalannya, di mana?

"Kejap, bukan dia ke perempuan yang kau terpaksa menyamar jadi boyfriend untuk dapatkan maklumat? Seingat aku, misi tu empat tahun yang lepas. Benda dah lama. Kenapa kau tanya?"

"Dia ada jumpa aku."

Jawapan jujur daripada Aidar menyebabkan Mikhael yang sekadar mendengar perbualan tersebut tercekik buah oren. Terkejut bukan kepalang! Dadanya ditepuk beberapa kali. Botol air dicapai lalu diteguk rakus. Usai itu, sudut bibirnya yang basah dikesat.

"What the hell, Aidar? Kau tahu dia tu banduan terlepas! Polis tengah cari merata-rata tempat tapi senang macam tu je dia pergi jumpa kau. Kau pun satu. Kenapa tak terus report dekat polis? Bahaya tahu tak?"

Anak mata Mikhael mencerlung. Perkara ini tak patut dipandang sebelah mata. Seorang banduan yang terlepas dari penjara boleh mendatangkan ancaman kepada rakyat atau ada nyawa yang tak bersalah melayang.

Aidar mati bicara. Belakang lehernya yang tak gatal dia garu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat demikian. Sebenarnya, dia ingin lihat sehebat mana permainan Karla sebelum gadis itu tersungkur.

"Ada benda yang aku nak buat dekat dia."

Amarah Mikhael melonjak.

"Jangan jadi bodoh, Aidar. Dia tu banduan. Dia pernah terlibat dalam kes penyeludupan senjata api. Kes bunuh-membunuh. Geng dia dah berpecah tapi kalau mereka jumpa semula? Benda boleh jadi teruk. She was the mastermind. The one who brought the glory to their illegal activities. Kau tak tahu apa yang dia boleh buat."

"Dan dia tak tahu apa yang aku boleh buat. Aku masih waras nak buat keputusan, Mikhael. Buat masa sekarang, aku nak buat dia fikir yang dia terlepas dari polis dan pihak atasan tapi bila masanya tiba, dia terima padah sendiri." Ton suara Aidar keras.

Sudah dikata. Andai diajak main, Aidar tak akan kibar bendera putih sama sekali dan menyerah begitu saja. Karla telah membangkitkan sisi buasnya yang tidak kenal erti putus asa, malah bertambah gila.

"Dia mula dulu, jadi aku yang akan tamatkan."

Jemari yang berada di atas riba, Aidar kepal seerat mungkin sehingga kekura tangannya berubah tona putih. Dia yang akan mengheret Karla jatuh ke dalam lubang permainannya.

SUASANA RIUH dan ceria. Ruby bercekak pinggang dan melempar pandangan sekitar dewan Resort Laken. Ada aktiviti sukaneka yang dianjurkan bersama staf-staf resort di situ.

AIDARWhere stories live. Discover now