AIDAR 32

3.6K 146 0
                                    

AIDAR MENCANGKUNG di tepi Ruby. Dilihat tanaman bunga di dalam pasu-pasu yang berbaris lurus di balkoni penthouse kediaman mereka. Memang buang tabiat benar isterinya ini setelah berbadan dua. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba mahu menanam bunga.

"Precious, duduk elok sikit. Nanti terberanak."

Lengan Ruby ditarik lembut oleh Aidar namun laju Ruby menepis. Dia tengah fokus jadi jangan ganggu! Bersama keluhan yang meniti di bibir, Aidar mengambil tempat di belakang susuk tubuh isterinya. Posisi ditukar daripada mencangkung kepada duduk bersila di atas lantai sebelum tubuh Ruby ditarik. Selamat mendarat di atas riba.

"Tahulah aktif. Banyak tenaga tapi jangan mencangkung macam tadi. Perut ni bukannya makin kecil. Makin besar, precious. Nanti kaki kau bengkak." Aidar mengusap perut Ruby yang berlapik.

"Okay, sorry. Saya tak buat lagi."

"Pandai."

Angin senja menampar lembut kulit wajah. Aidar memandang langit yang bertukar jingga sementara Ruby menanam pokok bunga ke dalam pasu. Tanahnya ditepuk rata menggunakan sudip tangan.

Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Entah kenapa Aidar teringat akan ibu kandungnya. Dia sudah lupa rupa paras wanita itu. Tapi hati terdetik ingin tahu sama ada ibunya masih hidup atau tak. Mungkinkah bahagia hidup ibunya setelah meninggalkan dia?

Hujung bibir Aidar mengherot sedikit. Sinis. Ikutkan kepala, dia tak akan maafkan wanita itu sampai akhir nafas tapi dia juga tidak layak menghukum ibunya kerana dari rahim ibunya, dia lahir ke dunia.

Kerja menghukum, biarlah Tuhan yang menentukannya.

"Aidar," panggil Ruby. Memecahkan hening.

"Ya, Aidar dekat sini. Kenapa?"

"Kenapa dalam banyak-banyak pekerjaan, awak pilih askar?"

Jeda. Aidar diam sebentar. Lengan kekar dilingkarkan pada pinggang Ruby dan kedua telapak tangannya dilekapkan pada perut Ruby yang membulat. Bagaikan tahu sentuhan ayahnya, terasa bayi menendang lembut. Pantas Ruby menindihkan tangan ke atas tangan Aidar.

Ingin turut merasai momen itu.

"Aku pernah terfikir. Aku rasa lebih baik mati."

Refleks, wajah Ruby mendongak ke sisi.

"Sakit bila terkenangkan ibu kandung yang tinggalkan aku tanpa sebab. Sakit bila dia langsung tak datang cari aku dan aku hampir putus asa dengan hidup aku. Sebab utama aku pilih jadi askar ialah sebab aku tak nak jasad aku yang terkorban nanti dibawa balik ke tanah air. Biarlah tinggal di medan perang." Aidar menyambung.

Ada kalanya terbit rasa menyesal. Diserang keraguan. Lelah berjuang untuk negara namun jiwa tetap mahu berbakti sehingga jasadnya mati ditelan tanah. Tak pernah tumpah kesetiaan Aidar demi mempertahankan tanah air yang masih aman makmur.

Pekerjaan seorang askar memang berbahaya. Ditemani senjata dan dikelilingi musuh. Cedera dan luka tidak asing. Hadiahnya ialah bekas parut. Pengorbanan seorang askar sangat besar kerana tanpa kecekalan hati mereka, tiada siapa yang berada di barisan hadapan.

"Saya tak suka bila awak cakap macam tu." Suara Ruby kendur.

Tanpa kehadiran Aidar, Ruby tak akan rasa sebahagia ini. Dia lebih rela nyawanya ditarik sama andainya jantung Aidar tak berdetak lagi. Tak sanggup dia hidup di muka bumi tanpa suaminya di samping.

AIDARWhere stories live. Discover now