STEFAN MEMBUKA langkah besar mengejar Jane. Gadis itu tahu. Jane tahu pertunangan mereka sudah sampai ke telinga Tuan Will. Malah, dia terdengar gosip yang tersebar di Resort Laken bahawa dia menggoda anak angkat majikannya. Maruahnya ditindas.
"Jane, please. Kita bincang."
"Tak payah. Kita tak ada benda nak bincang." Jane menentang.
Jane andaikan pertunangan mereka tidak menerima kata sepakat dari pihak sebelah. Memang benar keluarganya sudah menganggap Stefan sebahagian daripada mereka tapi tanpa restu Tuan Will, mustahil mereka akan mengecapi kebahagiaan bersama.
Restu daripada orang tua penting.
Stefan tak mengalah. Dia mempercepatkan langkah dan melelar tangan Jane. Pergerakkan Jane terhenti. Dia tak berpaling. Dia tak mahu Stefan yang bergelar tunangnya sejak lima bulan yang lepas menjadi tempat dia melampiaskan apa yang terbuku dalam hati.
"My love Jane, let's have a conversation."
"Awak layak dapat perempuan yang lagi bagus daripada saya, Stefan. Yang ada segalanya dan mampu bahagiakan awak."
Air muka Stefan sontak berubah. Mengapa begitu mudah Jane menghakiminya? Dia tak minta lebih. Cukuplah memiliki Jane di samping, itu yang memberi kekuatan untuknya meneruskan hidup.
"Saya tak nak orang lain, Jane. Saya hanya nak awak seorang."
Kepala Jane menggeleng kecil. Dia cuba menidakkan butir bicara yang meniti di bibir Stefan. Dia anggap dirinya tak layak membina mahligai cinta bersama Stefan meskipun dia tulus menyayangi lelaki itu. Tapi darjat mereka jauh berbeza.
"Awak anak kepada keluarga Harzen. Awak ada semuanya, Stefan tapi saya? Saya cuma anak tukang pemandu bas. Saya tak kaya macam awak. Saya tak jamin awak akan bahagia dengan saya."
"Kita masih muda. Masih awal untuk kita berkahwin. Saya perlu kumpul duit. Awak pun sama. Mungkin keputusan kita ni sangat terburu-buru." Jane menyambung.
Hati Stefan bagai retak sepenuhnya. Berkecai serpihan hatinya yang telah terpahat nama Jane. Adakah ini bermaksud gadis itu menyesal dengan pertunangan mereka? Pegangannya pada tangan Jane seraya dilonggarkan. Mungkin dia yang terlalu beria mahu bersama Jane.
Dia terlalu berharap yang pada akhirnya mereka akan berkongsi hidup sebagai pasangan suami isteri. Bebola mata Stefan bergetar. Deruan nafas memberat. Apa yang dia takuti benar-benar terjadi.
Perpisahan kerana darjat yang berbeza.
"Awak menyesal bertunang dengan saya, Jane?"
Jane terkedu. Tubuhnya mengejung buat seketika. Pertanyaan itu menghantar seribu rasa yang tidak enak ke dalam tangkai hatinya. Dia gagahkan diri untuk berpaling tubuh dan menghadap Stefan. Wajah didongak dan pandangan mata mereka saling bertemu.
"Awak nak putuskan pertunangan kita?"
Senyap.
Tiada balasan daripada Jane. Matanya hanya merenung tunak mata Stefan yang berkaca-kaca. Bibir dikemam erat. Jane tidak mahu mengikat Stefan kerana lelaki itu lebih layak bersama gadis lain.
Jane tidak mempunyai apa-apa. Dia datang dari keluarga biasa. Keluarga yang ala kadar. Imejnya tidak sesuai digandingkan dengan Stefan yang serba lengkap. Jauh sama sekali. Nafas ditarik dalam.
"Ya, saya nak kita putuskan pertunangan ni."
Seluruh dunia seakan terhenti buat Stefan. Dada berombak turun dan naik dengan kencang. Mulutnya ditekup menggunakan sebelah tangan. Air mata yang bertakung mengaburi penglihatannya.
YOU ARE READING
AIDAR
RomanceUnder SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hub...