AIDAR 19

3.3K 145 3
                                    

NGAUMAN MOTORSIKAL berkuasa tinggi milik Aidar membelah jalan raya. Kelajuan ditingkatkan sebaik kelibat sebuah van hitam berada tak jauh daripadanya. Adegan kejar-mengejar berlaku di jalan raya yang sunyi kerana suasana lewat malam.

"Raven! Dah nampak target?"

"Nampak. Van hitam, plat nombor 5376."

Kian meningkat kelajuan motorsikal Aidar. Jantungnya pantas mengepam darah. Adrenalin memuncak. Sudah berapa lama dia tak menunggang motorsikal miliknya dengan kelajuan ini meskipun agak berbahaya. Fokus dia hanya satu iaitu memastikan van hitam tersebut tak hilang dari pandangan mata.

Van hitam itu membawa senjata api yang tak berlesen dan boleh mendatangkan ancaman kepada negara sekiranya diedarkan kepada orang-orang yang salah. Sebuah lori tentera turut mengejar van hitam itu.

"Get closer! Crash the van!"

Arahan Mikhael keras kedengaran menerusi alat pendengar. Aidar semakin galak meningkatkan kelajuan motorsikalnya. Pistol yang tersorok di sebalik jaket yang dipakai olehnya segera dikeluarkan.

"Tembak tayar!"

Vroom! Berdesup pantas motorsikal Aidar menyaingi van hitam. Pistol diacukan kepada tayar van kemudian sebuah tembakan dilepaskan. Van hitam tersebut hilang kawalan apabila satu tayarnya meletup dan terbabas melanggar penghadang jalan.

Aidar memberhentikan motorsikal dan lekas turun. Pistol di tangan dia acukan ke arah tingkap van sebagai langkah berjaga-jaga. Dia perlahan mendekati van hitam dan menguak kasar pintu pemandu.

"Angkat tangan dan keluar dari van sekarang."

"To... tolong jangan apa-apakan saya!" Pemandu van itu merayu dan keluar bersama tangan yang diangkat ke udara. Liur diteguk. Jelas ketakutan terpancar di wajah pemandu itu. Sekarang dia dikelilingi beberapa figura yang berpakaian uniform serba hitam.

"Aku takkan apa-apakan kau selagi kau dengar cakap aku dan tak melawan. Dalam van tu ada 30 senjata api tak berlesen. Kau kena jelaskan semuanya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Faham?"

Pemandu itu mengangguk ketakutan.

"Noah, bawa dia," panggil Aidar.

"Got it."

Noah menghampiri dan merenggut baju pemandu itu. Dipaksa pemandu van itu berdiri dan masuk ke dalam lori. Aidar melihat ke arah Mikhael yang memeriksa van hitam bersama beberapa anggota lain dan tak lama, ada empat buah lori tentera tiba. Mereka harus pindahkan senjata api tak berlesen dan bawa ke kem pangkalan.

"Great job, Aidar. Kalau kau tak bawa motor kau malam ni, aku rasa tugasan kita ambil masa lama nak selesai." Mikhael menepuk bahu Aidar. Cadangan itu datang sendiri daripada Aidar supaya mereka dapat mengejar van hitam tadi. Sangat berguna di keadaan genting.

"Tugasan tetap tugasan, kan? Kalau tak siap, tak tidurlah kita."

Jika tugasan mereka tak siap malam ini, sudah tentu akan meleret sehingga dapat diselesaikan. Mungkin van tadi akan bertukar plat nombor agar sukar dijejaki. Aidar menuju ke motorsikalnya semula.

"Lapor diri dulu baru boleh balik." Mikhael mengingatkan.

Bukan dia tak perasan yang semenjak dua menjak ni Aidar awal balik ke rumah setelah habis bertugas. Tak sabar betul nak jumpa isteri dekat rumah. Dua kali lima sama saja dengan Mikhael.

"Ya, tahu. Tak hilang pun."

Motorsikal dinaiki dan dengan sengaja, Aidar pulas grip pendikit. Terhasil bunyi deruman kuat. Mikhael yang memerhati tingkahnya menghantar jelingan tajam. Aidar sekadar sengih tak bersalah.

AIDARWhere stories live. Discover now