PULANG DARI klinik, bilik tidur menjadi hala tuju mereka. Aidar dipalu rasa bersalah kerana Ruby yang membantunya berjalan. Dia dipapah sejak insiden tadi. Ruby tidak merungut sekalipun.
Terserlah sifat penyabar Ruby yang dia tak ketahui.
Perlahan, Aidar menghenyak punggung ke atas katil. Wajah diraup pasrah. Elok sangatlah. Kakinya sudah dirawat dan berbalut pada bahagian buku lali. Kata doktor, sekadar terseliuh. Aidar dinasihati untuk berehat dan dilarang membuat kerja yang berat.
"Saya nak letak plastik ubat ni dekat bawah. Awak rehat dulu."
"Thank you, precious. Sorry sebab dah menyusahkan kau hari ni."
"Tak apalah. Saya isteri awak, kan. Nanti saya bawa air kosong sekali," tutur Ruby bersama senyuman kecil di bibir sebelum dia menapak keluar dari bilik tidur. Membiarkan Aidar berehat.
Aidar lantas menyandarkan tubuh pada kepala katil. Nampak gayanya dia harus meminta cuti seminggu daripada bertugas. Hendak berjalan pun dipapah. Inikan pula nak berlari.
Tentunya bertambah-tambah rasa sakit pada buku lalinya yang bengkak kebiruan jika dia diarahkan untuk melakukan commando rest atau berlari dua puluh pusingan di padang. Memikirkan soal itu terus menimbulkan kerutan di dahi Aidar. Gerun menjentik hati.
Dia nak cepat-cepat sihat. Jadi lebih baik dia fokus untuk pulih sepenuhnya. Aidar mencapai iPhone yang terletak di atas meja sisi katil. Jari menggesek skrin kemudian nombor kenalan seseorang didail. Telefon dilekap ke telinga. Menanti tuan badan menjawab.
"Hello? Ada apa call?"
Panggilan telefon bersambung dan tuan badan di sebelah sana bertanya. Suara kedengaran bengang. Sedang selesa berbaring di atas katil, tiba-tiba ada yang kacau. Aidar mengusap bawah bibir sendiri.
"Haden, aku nak minta kau cover duty aku untuk seminggu ni."
Tersedak lalu terbatuk Haden di sebelah talian. Matanya lekas segar daripada kantuk tatkala Aidar mengutarakan itu kepadanya. Apa Aidar fikir dia ini tak ada duty yang harus dia laksanakan?
"Kau kenapa, bodoh? Kau tambah kerja aku, tahu tak? Tak cukup tangan dan kaki aku macam ni. Kau bukannya sakit. Sihat je aku tengok dua hari lepas. Tak ada, tak ada. Bertugas macam biasa."
"Aku injured. Kaki terseliuh sebab kena lampu. Jatuh dari siling."
Penjelasan ringkas Aidar membuatkan Haden diburu rasa gundah. Panggilan telefon itu sunyi tanpa siapa berbicara. Aidar sekadar berharap yang Haden akan memahami keadaannya buat masa ini.
"Kau dah pergi klinik ke? Dah buat rawatan?"
"Dah, isteri aku tolong tadi. Aku pun entahlah. Aku cuma tolong dia hias dekat dewan tapi tiba-tiba kabel wayar lampu putus. Atas kepala je. Kalau aku tak sempat tarik isteri aku, memang kena kitoranglah."
Malapetaka yang tak terduga. Lambat sesaat, pasti lampu itu menghempas mereka berdua. Nasiblah Aidar cepat bertindak dan mengelakkan Ruby daripada tercedera. Tak apa jika dia seorang yang menanggung sakit dan luka. Asalkan Ruby selamat.
"Okay lah. Aku cover kau seminggu ni. Cepat sihat."
"Thanks. Ada masa aku belanja kau makan," seloroh Aidar kemudian mematikan talian. Memiliki pekerjaan sebagai seorang askar amat memeritkan. Banyak yang harus difikir dan banyak yang digalas.
Tapi dia lega mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang saling hormat dan memahami satu sama lain. Di medan pertempuran, mereka berjuang tapi di luar medan, mereka masih rakyat negara. Masih manusia yang menghargai keindahan dan kedamaian dunia.
YOU ARE READING
AIDAR
RomanceUnder SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hub...