AIDAR 20

3.6K 144 2
                                    

TUMPUAN RUBY seratus peratus terhala pada Aidar yang sedang menyusukan Maeva. Maeva menghisap botol susu yang disua oleh Aidar dan refleks, kelopak mata Maeva lama-kelamaan terkatup. Maeva terlelap. Hanya separuh susu yang habis diminum.

"Senang je dia tidur."

Aidar turut mengiyakan. Ini pertama kali dia tak perlu mendodoikan anak kecil untuk tidur. Entah dari perangai siapa diikut oleh Maeva. Hendak dikatakan Mikhael, wajah leftenan itu sentiasa ketat.

Mungkin dari isteri Mikhael, Arielle.

Botol susu diletak ke atas meja kopi. Tangan Aidar menepuk-nepuk tubuh kecil Maeva yang berbaring di atas ribanya. Ada sebuah bantal yang diletak di bawah kepala Maeva supaya lebih selesa.

Ruby tertarik melihat ketenangan wajah Maeva yang lena diulit mimpi. Tak semena jemari kecil Maeva yang tembam itu disentuh lalu diusap dengan ibu jarinya. Hati dipalu rasa sebak mendadak.

"Kau nampak sedih, precious."

"Saya? Entahlah. Tengok awak layan Eva buat saya sedar yang kita tak pernah bincang tentang anak. Awak tak sebut pasal tu dalam perbualan kita. Saya pun tak." Ruby tak memandang Aidar.

"Sebab yang mengandung ialah kau, precious. Badan kau milik kau dan aku tak nak paksa kalau kau belum bersedia untuk ada anak. We still have forever and I can wait."

Membesarkan seorang anak ialah satu komitmen yang besar. Aidar tak bangkitkan isu itu kerana takut dirinya tak mampu menjadi seorang ayah. Sejak kecil, dia tak pernah merasai kasih sayang daripada seorang ayah, apalagi mengenali kewujudan ayahnya.

Aidar tak yakin yang dia boleh jadi seorang ayah.

"Kalau saya tiba-tiba nak anak bulan depan? Tahun depan? Awak bersedia?" Ruby seraya memanggung wajah. Tatapan mereka saling berbalas namun tiada apa yang keluar dari mulut suaminya.

"Sorry."

Sudahnya, Ruby mengucap kata maaf. Pandangan mata dilarikan. Bukan masa yang sesuai untuk dia naikkan perihal itu. Dia tak mahu menaruh harapan. Akal fikirannya pula sering berubah keputusan.

"Aku bukan tak bersedia. Aku lebih dari bersedia sebab kita dah empat tahun berkahwin. Cuma, aku tak pasti yang aku boleh jadi seorang ayah. Kau tahu hidup aku, precious. Aku tak ada ayah. Ibu aku tinggalkan aku. Aku takut aku gagal jadi seorang ayah."

Ruby diam membisu. Ada benar juga setiap butir bicara Aidar. Dia langsung tak terfikir mengenai itu. Hadir rasa bersalah tatkala dia teringat layan Tuan Will yang masih melancarkan perang dingin.

Andai saja ayahnya menerima Aidar sebagai menantu.

"Tak apalah. Kita sama-sama belum bersedia tapi suatu hari nanti kita akan ada anak, okay?" Ruby pamer senyuman nipis. Dia cuba menyedapkan hati sendiri dan hati suaminya pada masa yang sama.

"Okay." Aidar membalas senyuman Ruby.

Bahu Ruby dirangkul lalu tubuh isterinya ditarik rapat ke sisi. Tiada apa yang patut dirisaukan kerana masih banyak masa yang ada untuk mereka. Soal anak boleh dibincang kelak. Bila mereka bersedia.

"Bila kawan awak nak ambil Eva balik?"

"Pagi esok. Dia cakap dia nak bagi kita jaga Eva puas-puas dulu supaya kita ada pengalaman nanti," ujar Aidar seraya melepaskan tawa kecil. Mikhael itu kadangkala perangainya masuk air.

Ruby turut rasa kelakar. Sudut bibirnya naik namun mata setia melekat pada Maeva yang tampak selesa tidur di atas riba Aidar. Comel! Dia tak pernah jumpa anak kecil setenang ini.

AIDARWhere stories live. Discover now