AIDAR 21

4K 168 1
                                    

SEJURUS SAMPAI di sebuah rumah banglo yang serba mewah, Ruby menarik tangan Aidar. Dia sendiri tak ingat kali terakhir dia jejak kaki di rumah itu. Rumah yang dulu menjadi tempat sandaran Ruby namun kini tidak memberi sebarang makna istimewa.

Rumah banglo itu tak ubah umpama sangkar burung.

Prang! Dari haluan masuk, pasangan suami isteri itu menangkap bunyi barang yang pecah. Aidar melirik kepada Ruby. Dia tertanya-tanya apa sebab mereka datang ke rumah keluarga isterinya.

"Apa nak jadi dengan kau ni, Stefan?!" Suara Tuan Will memetir.

Refleks, tulang belakang Aidar menegak dan matanya terhala pada dua sosok yang sedang mendepani satu sama lain. Ada serpihan pasu yang telah pecah bertaburan di atas lantai bersama tanah dan bunga.

"Kau bertunang dengan staf resort kita padahal banyak lagi perempuan luar sana yang lagi bagus! Dalam diam perangai kau macam ni! Apa yang ada pada Jane tu? Aku nak kau bagitau aku, Stefan Gillan. Apa yang layaknya dia sebagai tunang kau?!"

"Precious, sebab ni ke kita datang sini?" Nada suara Aidar berbisik.

Ruby tak berkutik. Sebab kenapa mereka datang ke mari ialah kerana Tuan Will mendapat tahu berita tentang pertunangan Stefan dan Jane yang terjalin tanpa perbincangan mereka. Entah dari siapa ayahnya tahu tapi firasatnya mengatakan Bryson yang beritahu.

Jemari dikepal erat. Mengenangkan perbualan di antaranya dan Bryson beberapa hari yang lalu, dia dah beri amaran agar jangan libatkan adik angkatnya. Melampau. Lelaki tak guna itu memang melampau. Ruby merapati Tuan Will dengan langkah yang cepat.

"Itu pilihan dia."

Tuan Will menoleh. Terbit dengusan kasar tatkala dia perasan Ruby datang bersama Aidar. Otaknya sangat serabut memikirkan apa yang Stefan lakukan. Kedua-dua anaknya ini asyik tambah masalah!

"Ayah tak setuju. Jane itu hanya orang biasa."

"Orang biasa atau tak, itu pilihan Stefan. Jane dah lama jadi staf di resort kita. Umur dia hanya setahun lagi tua dari Stefan. Mereka berdua dah matang. Boleh buat keputusan sendiri. Jadi kenapa ayah nak halang? Bukannya ayah yang bertunang dengan Jane."

Menyirap panas Tuan Will mendengar. Dadanya berombak tak teratur. Mata berlawanan dengan sepasang mata Ruby. Suasana di ruang tamu itu menjadi tegang. Aidar tak berani masuk campur. Dia yakin isterinya tahu bagaimana nak selesaikan masalah itu.

"Kamu sokong keputusan Stefan, Ruby?"

Suara Tuan Will naik seoktaf. Deruan nafas miliknya memburu laju. Mana mungkin dia sokong! Umur Stefan baru menginjak dua puluh tahun jadi bagaimana dia mahu terima dengan hati yang terbuka?

Stefan masih perlukan didikan. Perlukan pengalaman yang akan mematangkan dia sebagai lelaki sejati. Di mata Tuan Will, Stefan harus menjadi anak lelaki yang sempurna. Pakej yang lengkap.

"Ya. Sebab Stefan layak dapat kebahagiaan."

"Jadi kamu nak cakap apa yang ayah buat ni tak cukup untuk bahagiakan dia? Duit! Makanan! Rumah ni! Tak cukup?!"

Mata Ruby memanah tajam apabila Tuan Will menjerkahnya. Hati mulai mendidih panas. Dia sabarkan diri daripada menghamburkan kemarahan kerana dia masih hormat status Tuan Will yang bergelar ayah kandungnya. Tapi tahap kesabarannya kian menipis.

"Tak. Tak pernah cukup. Ayah kongkong hidup dia. Ayah tak bagi dia panggil ayah sebagai ayah. Itu ke yang ayah cakap akan bahagiakan dia? Pernah ayah ambil peduli tentang Stefan?"

AIDARWhere stories live. Discover now