AIDAR 11

4.1K 173 0
                                    

SEBELUM SUBUH, Aidar tiba di kem pangkalan. Hari ini ada misi yang harus dijalankan dan telah dibincangkan beberapa hari yang lalu. Aidar menyarung set tactical gear penuh di badan. Sarung tangan diraih kemudian senapang sniper diangkut pada bahunya. 

Dua buah lori yang akan digunakan terletak di luar kem pangkalan. Hanya menanti pasukan yang terlibat untuk masuk sebelum bertolak ke lokasi. Aidar menoleh. Sosok Raian yang berbalut tangan kini dilihat.

"Itulah. Main gym sampai bertumbuk dengan orang. Kan dah injured. Bila nak pergi misilah kau cari gaduh dengan orang."

Raian berdecit. Orang tengah sakit, dia tambah sakit pula. Bukannya beri kata-kata semangat atau beritahu get well soon. Raian tak dapat sertai misi kali ni. Terpaksa dikecualikan kerana tangan kanannya tercedera akibat bertumbuk dengan orang ketika bersenam di gim.

"Kalau dia tak cari masalah dengan aku, aku takkan tumbuk."

"Siapa nak cari masalah dengan kau dekat gym? Orang datang sana nak bersenam. Bukan cari kesalahan kau. Tak logik," sindir Aidar.

"Dia panggil aku pondan! Siapa tak marah, bodoh. Kalau aku panggil kau pondan, kau suka tak? Ha, pondan? Pondan nak pergi misi ke tu? Kenapa tak duduk rumah main patung barbie?"

Hujung bibir Aidar jungkit naik. Menahan ketawa. Mulut Raian kalau marah memang pedas. Gamaknya lelaki ini suka makan cili padi sejak kecil walaupun perangai kadang-kadang tak betul.

"Suka hati kaulah, Raian."

Raian merengus sebal. Mata menghantar pemergian Aidar yang kini menyertai ahli-ahli Alpha Team dan Bravo Team. Nak ikut tapi tak ada apa yang dia boleh buat. Rayuannya memang tak diterima oleh Mikhael. Merasalah duduk di kem pangkalan sehingga misi selesai.

"Macam yang kita tahu, mangsa tebusan ialah anak ketua menteri. Kita kena pastikan mangsa tebusan selamat sampai habis misi. This is a matter of life and death. Aku tak nak seorang daripada koramg bergerak tanpa kawan. Unless you're ready to receive an extra duty training from me. Faham?" Bicara Mikhael keras.

"Faham, tuan!"

"Alright. Semua masuk!"

Dua pasukan itu menaiki lori yang akan menghantar mereka ke lokasi misi. Aidar yang paling terakhir. Kepala menjenguk ke luar lori. Ingin memastikan tiada siapa yang tercicir. Tangan diangkat, memberi isyarat okay kepada Mikhael.

Mikhael menepuk dinding lori dan tak lama, dua buah lori itu mulai bergerak meninggalkan kawasan kem pangkalan. Aidar mengambil tempat duduk di antara Haden dan Noah. Kepala disandar ke belakang. Matanya dipejam. Bayangan Ruby hadir di fikiran.

"I'll be back, precious."

RUBY MEMBIARKAN rambutnya mengurai bebas. Satu persatu langkahnya dibawa ke sebuah kereta serba hitam yang berjenama porsche panamera. Kereta itu terpacak di luar tempat kediaman.

Seorang lelaki yang bersut lengkap angkat wajah tatkala mendengar derapan kasut tumit tinggi kepunyaan Ruby. Terpana sebentar dia memandang Ruby. Tak dapat dinafikan anak perempuan Tuan Will memang cantik. Tersedar, lelaki itu segera membuka pintu kereta.

"Sekali lagi kau tengok aku macam tadi. Aku cucuk mata kau dengan heels aku," bicara Ruby yang berbaur amaran sebelum masuk ke dalam perut kereta. Ingat dia tak nampak?

Lelaki itu apalagi. Kecut perutnya. Kepala diangguk-angguk. Pintu kereta ditutup sebelum dia mengambil tempatnya di ruang pemandu. Gugup ingin bertanya jika Ruby sudah makan atau mahu singgah ke mana-mana, dia hanya fokus dengan pemanduan ke Resort Laken.

AIDARWhere stories live. Discover now