AIDAR 31

3.6K 141 1
                                    

SEMENJAK MENGANDUNG, emosi Ruby kerap berubah-ubah. Kadang gembira, kadang merajuk apabila apa yang dimintanya tak ditunaikan. Pasti bakal ada drama air mata. Menagih simpati.

Aidar hanya melayan. Semua permintaan Ruby, dia cuba usahakan selagi itu mampu menghadirkan senyuman di wajah isterinya kerana dia tahu. Membawa bayi di dalam rahim bukanlah perkara mudah.

Alahan, kaki yang membengkak apabila kandungan mencecah lapan bulan, perubahan lekuk badan, keletihan dan parut di perut setelah melahirkan anak. Semua ditanggung oleh seorang wanita. Sebagai ketua keluarga, suami harus menghargai pengorbanan sang isteri.

Lelah bekerja untuk mengais rezeki sudah tentu namun bagaimana dengan seorang wanita yang rela menggadaikan tubuhnya demi anak? Suami dan isteri. Keduanya memiliki tanggungjawab besar. Dan sebab itulah Tuhan menciptakan lelaki untuk perempuan.

Untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing.

Untuk menjadi kekuatan satu sama lain.

Biarpun zaman kanak-kanak, Aidar ditinggalkan oleh insan yang bergelar ibu kandung, sudut pandangannya terhadap wanita tidak pernah berubah sama sekali. Dia masih menghormati para wanita.

Dia kagumi kekuatan seorang wanita. Lebih-lebih lagi Ruby. Yang membawa benih cintanya di dalam rahim dan yang bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak. Aidar seakan-akan menang loteri.

Loteri yang memiliki nilai paling berharga dalam dunia.

Fokus memasang almari untuk menyimpan pakaian dan barangan bayi, Aidar tak sedar Ruby memasuki bilik tidur. Mereka sudah pulang ke rumah usai seminggu lebih menginap di rumah keluarga Tuan Will. Berita tentang Ruby mengandung turut dikongsikan.

Tuan Will menyambut berita gembira itu dengan senyuman lebar. Akhirnya dia bakal menimang cucu pertama. Duduk dilabuhkan ke atas katil bersama semangkuk buah anggur. Ruby melihat Aidar.

"Tak nak rehat dulu ke? Dari tadi awak sibuk pasang tu."

Aidar berpaling. Itulah jadinya bila sangat tertumpu melakukan sesuatu sehingga tak perasan kehadiran isteri sendiri. Sebutir peluh yang mengalir di dagu, Aidar kesat menggunakan kolar baju.

"Tak, precious. Dah nak siap dah ni. Awal pasang, taklah serabut nanti bila perut kau dah besar. Senang untuk kita letak baju dan barang-barang baby. Nak cari pun tak susah nanti." 

Lirikan mata Aidar singgah pada perut Ruby yang membulat. Pejam celik mata, masa berlalu pantas. Hari berganti minggu. Minggu juga berganti bulan. Kandungan Ruby sudah mencecah enam bulan. Seperti baru semalam, Aidar mendapat tahu Ruby mengandung.

"Apa tengok-tengok?" Ruby menyuap sebiji anggur ke mulut.

Aidar menarik sengihan. Kepala menggeleng.

"Tak ada apa. Saja tengok perut comel kau tu. Kejap lagi aku siap pasang ni, lepas tu kita keluar. Kau cakap nak pergi lawat resort kejap, kan?"

"Haah, nak make sure semua okay atau tak. Jane bagitau semalam ada pasukan kelab bola tampar menginap untuk beberapa hari. Jadi, saya nak pastikan tak ada staf perempuan yang menggayat."

Refleks, kening Aidar jungkit naik. Sudah bertahun lama dia tak mendengar tentang sukan. Hendak kata dia minat bola, dia hanya tumpang sekaki bila Raian mengajak untuk menonton bersama.

Kehidupan seorang askar tidaklah sebebas mana. Cuma sibuk. Ada masa lapang, Aidar akan manfaatkan dengan bersenam atau jogging di taman berdekatan bangunan penthouse itu supaya dia kekal fit.

"Pasukan bola tampar? Dari kelab mana?" Aidar bertanya penasaran. Pada detik yang sama, tangannya ralit memasang rangka almari.

"Tak silap saya nama kelab bola tampar tu, kelab Selangor Lion. Itu yang Jane maklumkan. Tapi saya tak pasti kenapa diorang menginap dekat resort. Mungkin ada kem latihan dengan kelab lain berdekatan dengan tempat resort."

AIDARWhere stories live. Discover now