AIDAR 3

4.9K 232 0
                                    

LAPANGAN TERBANG Kuala Lumpur. Aidar selamat mendarat di tanah air. Wajah Ruby yang masam mencuka di sebelah dia tenung sebentar. Masih panas hati dengan dia rupanya. Parah.

Tanpa bersuara, Ruby mula melangkah. Tangan menarik beg bagasinya sekali. Ditinggalkan Aidar yang masih bergelar suaminya yang sah di belakang. Dia kisah apa. Dia dah turuti paksaan Aidar.

Ikut Aidar balik ke Malaysia dan Ruby dah penuhkan hasrat lelaki itu. Nak balik ke penthouse yang dulu pernah menjadi tempat tinggal milik mereka? Memang taklah. Dia tak nak kembali ke situ.

Kenangan pertama kali menjadi pasangan suami isteri masih ada di sana meskipun Ruby lari tanpa meninggalkan apa-apa nota setelah enam bulan berkahwin. Lesap membawa diri kerana sakit hati.

"Nak pergi mana?"

Aidar mengejar langkah Ruby. Melulu saja tanpa tujuan entah ke mana. Nak marah tapi Aidar pendam. Dia harus sabar. Bukan masa yang sesuai untuk dia tambah pertengkaran antara mereka berdua.

"Nak check in hotel," jawab Ruby mudah.

"Precious, kita ada rumah. Kenapa nak check in hotel? Bazir duit, tahu tak? Kalau ya pun kau tak suka tengok muka aku, tak payahlah sampai nak check in hotel."

Semakin bingung Aidar jadinya. Dia ingin baiki hubungan yang rapuh namun Ruby lebih cepat menolak dia jauh-jauh. Hina sangatkah dia sehingga isteri sendiri tak ingin pulang bersama?

Sepanjang penerbangan tadi juga, Ruby langsung tak mahu berbual dengannya. Dijawab juga acuh tak acuh. Ketara sangat dia tak suka akan kehadiran Aidar. Mereka bagaikan pasangan suami isteri yang tak kenal satu sama lain.

"Aku tak nak balik situ."

"Okay, kenapa? Kau bagitau aku kenapa?"

Pantas Aidar merentap lengan Ruby. Menghalang gadis itu dari menjauh. Kalau Ruby tak nak pulang ke sana, tak apa. Dia pun tak akan pulang ke rumah itu. Cuma dia perlukan jawapan.

"Sebab aku tak naklah!"

Mata Aidar terpejam sesaat. Nafas ditarik dalam. Oh, Tuhan. Dugaan apa ni? Ruby seolah-olah mencabar tahap kesabaran dia yang senipis kertas. Kalau dikoyak, memang hilang sabarnya sekelip mata.

"Alright. Nak check in hotel? Kita check in."

Pergelangan tangan Ruby dipegang kemas. Air muka Aidar masih tenang namun di dalam, darahnya dah menggelegak panas. Dia tarik Ruby sekali bersamanya dan menuju ke arah audi yang dihantar Noah.

"Aku tak ajak kau," bidas Ruby.

Dia cuba meloloskan diri dari pegangan. Lelaki ini dah kenapa? Ruby nak bersendirian. Tanpa insan yang bernama Aidar. Perlukah dia eja satu persatu supaya Aidar faham apa yang dia mahukan?

"Kau expect aku nak biarkan kau tidur hotel sorang-sorang? Langkah mayat aku dulu, Ruby. Aku ni suami kau. Takkan aku nak biarkan isteri sendiri tidur hotel sebab tak nak balik rumah."

Wajah Aidar beku. Jika Ruby anggap dia akan mengalah, gadis itu silap. Dia tak mahu apa-apa benda buruk berlaku kepada Ruby. Menginap di hotel seorang diri boleh mendatangkan bahaya.

Mereka bercinta sejak di bangku sekolah menengah lagi dan kahwin pada usia yang boleh dikatakan muda. Beza umur Aidar dan Ruby ialah setahun. Waktu mereka berkahwin, Ruby masih dua puluh tahun dan sekarang dah dua puluh empat tahun.

Kalau dah jodoh, buat apa lengahkan masa?

Aidar pula setelah itu masuk kursus untuk jadi askar. Empat tahun tanpa sokongan Ruby, dia dah bergelar leftenan muda. Enam bulan saja dia mampu rasa bagaimana bahagianya ada isteri di sisi.

"Aku tak nak kau ada."

Langkah Aidar mati dan Ruby turut lakukan hal yang sama. Berdiri membatu di belakang lelaki itu. Aidar tak salah dengar, kan? Ruby tak nak dia ada? Wajahnya diraup. Geram sungguh!

"Ulang apa kau cakap."

"Aku tak nak kau ada dengan aku." Ruby ulang semula.

"God! Lama-lama kau boleh buat aku gila, Ruby."

Terus saja tubuh Ruby dicempung. Rangkulan Aidar ketat. Kalau nak jerit di lapangan terbang ni, silakan. Aidar tak kisah dengan perhatian yang tertumpu kepada mereka sekarang.

"Diam sebelum aku cium kau dekat sini," ugut Aidar keras.

Bibir Ruby terkunci rapat. Niat ingin meronta-ronta seperti diculik oleh orang asing terbantut. Sudahnya dia halakan pandangan ke depan biarpun pipi mula berona kemerahan. Malu punya pasal.

PINTU PENTHOUSE kediaman mereka dibuka luas. Aidar berpaling ke sisi. Merenung Ruby yang berkerut muka. Baguslah macam tu. Marah selagi boleh. Belakang tubuh Ruby ditolak.

"Masuk. Atau kau nak aku angkat kau lagi?"

Kening naik sebelah. Kalau Aidar cempung Ruby lagi, lokasi mereka automatik akan berubah ke bilik tidur. Tapi sabar, Aidar! Nafsu dia masih boleh dikawal. Dia tak akan sesekali memaksa Ruby.

"Annoying," gerutu Ruby.

"Memang annoying pun."

Aidar menyusul dan tutup pintu rumah. Direnung saja karenah Ruby yang berjalan sambil menghentak kaki. Sengaja nak tunjuk yang dia marah. Tak lama lagi pecahlah lantai rumah ni nanti.

"Tak sayang kaki ke, precious? Hentak-hentak macam tu."

"Sibuklah!" Tukas Ruby sebal.

Punggung dihenyak ke atas sofa empuk. Badannya sakit setelah lama berada di dalam kapal terbang. Tidur tak selesa. Mereka boleh saja pilih penerbangan kelas pertama tapi Aidar pilih ekonomi. Nak uji Ruby yang tak semua benda mewah boleh diraih.

"Sakit badan? Nak aku urut?"

"Tak nak. Aku tak percaya kau. Kata nak urut, nanti kau sentuh tempat lain."

Aidar yang masih berdiri jauh daripada Ruby tercengang. Haih, belum rapat dah tuduh dia. Dia berdecit kecil. Kalau tak nak, sudah. Dia pun penat nak melayan. Kaki menaiki anak tangga satu persatu.

"Nak pergi mana?"

"Nak tidur, precious. Aku nak rehat. Kepala aku ni dah sakit layan perangai kau. Susah aku nak faham apa yang kau nak. Esok aku kena bertugas. Nak lapor diri. Ada misi," jelas Aidar. Melayan.

Terbit rasa bersalah. Ruby gigit bawah bibirnya. Dia hampir lupa Aidar ada tanggungjawab yang lebih besar. Menjaga keamanan negara. Tugas itu bukan tugas yang senang untuk orang biasa.

"Dah, tak ada apa lagi kan? Aku tak kacau kau dan kau boleh buat apa kau nak. Jangan lari dari rumah lagi. Kalau tak, aku ikat kau."

Ekor mata Aidar menjeling Ruby tajam. Memberi amaran. Dia tak main-main. Dah empat tahun dia biarkan gadis itu tinggalkan dia dan dia biarkan saja kerana ingin beri ruang tapi kali ni tak. Ruby tak akan lepas dari genggamannya lagi.

"Itupun nak main ugut," rungut Ruby kecil.

"Kalau tak nak aku ugut kau macam-macam, jangan lari rumah."

Bibir Ruby mencebik. Baru nak rasa bersalah sebab buat Aidar penat tapi mulut dia tu, ish! Tahu nak membalas. Dia sangka Aidar tak dengar omelannya itu. Lantas Ruby mendiamkan diri.

Aidar merenung Ruby sebentar. Kalau dia ajak ke bilik pun, tak pasti juga Ruby nak setuju. Daripada bertikam lidah, lebih baik Aidar terus masuk. Pandai-pandailah Ruby cari dia di mana nanti.

AIDARWhere stories live. Discover now