BEKAS MAKANAN ditutup dengan penutup. Satu senyuman lebar tercalit di bibir Ruby. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab kali ini dia berjaya masak makanan untuk Aidar. Tiada yang hangus ataupun ada bahagian yang belum masak sepenuhnya.
"Hm? Dah pukul berapa ni?"
Jam di dinding dia lihat sekilas. Pukul dua belas tengah hari. Aidar dah awal bertolak dari rumah kerana perlu bertugas seperti kebiasaan tapi suaminya akan singgah semula ke rumah untuk makan tengah hari. Kata Aidar, dia tak suka makan di luar. Bingit dengan manusia.
Sedangkan kem pangkalan juga sama bising. Para askar berkawad. Pegawai memekik memberi arahan kepada rekrut-rekrut. Tak ada beza pun. Aidar yang bijak mencari alasan. Jujur sajalah yang dia selesa makan di rumah berbanding makan di kedai makan.
iPhone miliknya tiba-tiba berdering minta diangkat. Ruby mengesat tangan yang basah menggunakan tisu. Mata mencuri pandang ke arah skrin iPhone. Terpapar nama yang tak lagi asing dan sangat dia kenal. Dahi berkerut halus. Ayahnya, Tuan Will Harzen.
Ruby tak berganjak. Dibiar telefonnya berdering sepi. Tak lama, panggilan telefon yang tak diangkat itu mati dan bersambung lagi. Setiap kali panggilan masuk, Ruby tak ada niat hendak menjawab.
Biarlah. Sekarang baru nak cari? Sebelum ni tak pula bertanya khabar. Majlis perkahwinan dia dengan Aidar empat tahun yang lalu pun tak hadir. Malu gamaknya menantukan askar yang tak pernah lelah berjuang di medan perang. Ruby mengepal jari-jemarinya.
"Nak apa?" Bentak Ruby tatkala talian itu akhirnya berhubung. Geram dengan sikap Tuan Will yang tak berhenti menelefonnya. Berpuluh missed calls tertera di skrin. Terdesak sungguh!
"Ayah nak jumpa kamu."
Ton suara Tuan Will kedengaran agak tegas. Itu bukan permintaan tapi sebuah arahan. Ruby sedar. Andai dia menentang keras, Tuan Will tak akan teragak-agak untuk heret dia berjumpa dengannya.
"Kalau kamu bawa suami kamu sekali, ayah berani ugut dia untuk ceraikan kamu. Ingat tu, Ruby Harzen. Datang jumpa ayah. Jangan nak melawan!"
Jeda. Ruby mengetap gigi. Menahan amarah yang mula menyelimuti diri. Terus talian itu dia tamatkan tanpa mengucap apa-apa. iPhone dihempas ke atas kaunter dapur. Tak peduli jika ada kesan retak di skrin nanti. Itu tak penting. Emosinya dah tak stabil.
Rambut dikuak ke belakang. Wajah merah padam kerana sukar ingin menahan diri daripada menghambur kata-kata kesat. Ruby masih hormat Tuan Will sebagai ayahnya. Darah daging dia sendiri tapi lelaki itu hebat dalam menguji ketenangan dirinya.
"He will never change."
RESTORAN BERTARAF lima bintang menjadi destinasi Ruby. Gaun plain berwarna hitam tersarung elok di badan. Rambut terlerai bebas. Wajah mendatar tanpa sebarang emosi. Bahkan sepasang mata itu seperti hilang sinarnya.
Dah macam menghadiri majlis pengebumian.
Kaki segera diatur masuk ke dalam restoran. Ruby menghampiri seorang pelayan kemudian menyebut nama Tuan Will. Pelayan itu menunjuk arah kepada Ruby. Ruby menyusul tanpa bersuara. Huh, lelaki tua itu memang suka makan di tempat begini padahal makanan yang dihidang seolah tak cukup bahan tapi harga cecah ratusan.
Ruby memasuki sebuah bilik. Bilik ruang makan peribadi yang telah ditempah oleh Tuan Will. Tuan Will memang tak suka bila hidupnya yang mewah disamakan dengan pelanggan biasa. Harus dilayan seperti VVIP.
![](https://img.wattpad.com/cover/355117985-288-k429776.jpg)
YOU ARE READING
AIDAR
Roman d'amourUnder SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hub...