DERINGAN JAM loceng mengejutkan Aidar dari tidurnya yang lena. Tangan meraba-raba meja kecil di sisi katil. Tap! Bunyi jam loceng mati serta-merta setelah butangnya ditekan oleh Aidar.
Bilik tidur yang sejuk akibat suhu penghawa dingin masih kelam tanpa sebarang cahaya mahupun sinar matahari. Dengkuran halus di sebelah tempat tidur lekas menjadi tumpuan Aidar. Mata pejam celik. Aduhai, dia hampir lupa Ruby sudah kembali kepadanya.
Dengan berhati-hati, Aidar selak selimut dan turun dari katil tanpa sebarang bunyi. Tak sampai hati nak ganggu Ruby yang masih nyenyak. Raut wajah yang cantik itu kelihatan tenang diulit mimpi. Sangat berbeza bila dah bangun dan asyik nak melawan cakap dia.
Bilik air dituju. Usai membersihkan diri, Aidar keluar dari bilik air dengan selilit tuala di pinggang. Sejuk pula pagi ni. Tanda-tanda dia nak demam kah ni? Harap taklah. Uniform kerjanya yang telah disangkut di dalam almari dia keluarkan.
"Aidar? Nak pergi mana?"
Suara lunak milik isteri tersayang menyamah telinga. Sosok Ruby yang masih mamai memenuhi mata. Sontak bibir Aidar mengulum senyuman. Dah tahu mengantuk, nak juga paksa diri untuk bangun.
"Kerja, precious. Awal pagi ni kena lapor diri. Tidurlah lama sikit. Kau nampak mengantuk."
"Tapi aku kena sediakan sarapan kau," ujar Ruby dalam keadaan yang separuh sedar. Matanya digosok. Mulut sedang bercakap tapi badan masih baring mengiring di atas katil. Ni nak bangun atau tak?
"Tak apalah. Aku boleh makan dekat kem nanti. Kalau tak, aku beli makanan dekat tepi jalan masa perjalanan ke sana. Nak kirim apa-apa lepas aku balik kerja nanti?"
Ruby menggeleng kecil.
"Barang dapur masih banyak. Tak payahlah."
"Okay, precious. Sambung tidur." Aidar memalingkan tubuh. Dia kembali membutangkan uniform kerjanya. Elok tersarung di badan. Menyerlahkan bahunya yang bidang dan tubuh yang sasa.
Setelah itu, Aidar mendekati meja sisi katil. Jam tangannya dicapai. Sempat juga dia melirik kepada Ruby. Tahu-tahu saja, pandangan mata mereka bertemu. Kedua belah kening Aidar terangkat naik.
"Kenapa ni?"
Ruby kecut perut. Jari-jemarinya mencengkam selimut. Bibir dikemam. Tak dapat dia nafikan yang Aidar kelihatan segak dan kacak dengan uniform kerjanya. Awal pagi dah diberi peluang untuk cuci mata kerana makhluk Tuhan yang terlalu sempurna ini.
Namun, ada perkara lain yang perlu dia risaukan. Bukan masa yang sesuai untuk dia menilik tubuh Aidar dari atas hingga bawah dan mengagumi lelaki itu ialah suaminya. Ruby berkerut kening. Perutnya mencucuk sakit. Kian erat dia mencengkam selimut.
"Precious? Kenapa ni? Kau tak sihat?"
Laju Aidar menyoal. Dia menghampiri katil. Jelas terpampang raut wajahnya yang keruh. Bimbang tapi pada masa yang sama, Aidar keliru. Ruby ada sakit apa-apakah tapi tak beritahu dia? Setahunya, Ruby tak menghidap sebarang penyakit.
"Janganlah datang dekat," gumam Ruby.
"Aku risau, precious. Takkan aku nak biarkan kau macam ni. Kau ada sakit apa-apa? Boleh bagitau aku tak? Nak aku ambilkan air? Ubat ke apa?"
Aduh! Bertalu-talu soalan Aidar menyerangnya. Buntu akal fikiran Ruby ingin mencari jawapan. Dia cepat bertindak. Ingin menghalang tangan suaminya yang cuba menyelak selimut. Tangan Aidar ditepis.
"Jangan sentuh."
"Aku tutup aircond nanti. Biar kau panas dalam selimut tu." Aidar dah mula mengugut. Riak wajah sengaja ditunjuk garang. Tangan tak lepas menarik selimut dari terus menyelubung tubuh Ruby.
YOU ARE READING
AIDAR
RomanceUnder SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hub...