AIDAR 23

3.3K 136 0
                                    

SKRIN IPAD yang memaparkan artikel mengenai hubungan mesra di antara Bryson dan seorang datin tersebar dibaca oleh Ruby. Jijik sungguh dia membaca sebaris nama itu. Terdesak gamaknya nak duit sehingga mencari wanita yang lebih tua. Ruby menggeleng kecil.

Lelaki zaman sekarang.

"Jane, awak dah check barang dekat stor? Ada barang-barang yang tak cukup untuk resort kita? Tuala dan yang lain-lain macam tu?"

Jane menguis hujung bajunya. Mata terpaku pada lantai. Larut dalam dunia sendiri. Setelah dia memutuskan pertunangannya dan Stefan, dia langsung tak menerima apa-apa khabar tentang lelaki itu.

Stefan tak munculkan diri di hadapannya lagi dan itu membuatkan dia rasa sangat bersalah yang bertimbun. Jane akui dia mulai rindu mendengar suara Stefan. Gelak tawanya yang turut membuat dia tertawa sama. Malah, bayangan lelaki itu kerap hadir di fikiran.

"Jane?" Suara Ruby memanggil sekali lagi.

Tersentak Jane. Dia tersedut kembali ke alam nyata. Wajah segera diangkat dan dia mengangguk tanpa sebarang kata. Jiwanya rasa kehilangan tapi jasad masih bernafas di atas muka bumi ini.

Ruby yang perasan akan tindak-tanduk Jane meletak iPad ke atas meja. Kening naik bercantum. Dia tak mahu masuk campur dalam hal hubungan pasangan itu namun jika sikap Jane berlanjutan begini, payahlah gadis itu nak fokus dengan kerjanya.

"Awak nak kerja ke tak, Jane? Kalau awak rasa hal peribadi awak sangat penting daripada kerja, saya suggest awak ambil cuti dan kosongkan fikiran awak. Awak dah macam burung belatuk, tahu tak? Saya tanya ini, awak angguk. Saya tanya itu, pun awak angguk."

Agak pedas bait-bait katanya tapi Ruby kena bersikap tegas sebagai pengurus Resort Laken. Dia harus naikkan semangat Jane yang pudar dengan cara ini. Hendak diberi nasihat, tak juga berguna.

Dunia sekarang ni, bila orang bagi nasihat bukannya mereka akan dengar. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Nasihat yang diberi bagaikan angin petang yang berlalu. Selepas itu, menyesal teramat.

"Saya... saya minta maaf, Cik Ruby. Saya tak berniat nak masukkan hal peribadi dalam kerja saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya janji saya takkan buat lagi." Jane lekas mengucap kata maaf.

"Awak tengah fikir tentang Stefan, kan?"

Tubuh Jane membeku serta-merta. Nafasnya bagaikan tersekat di celah kerongkong. Liur yang cuba diteguk terasa agak kelat. Jane tidak memberi apa-apa jawapan. Sebaliknya, dia jatuh terdiam.

"Stefan dah pergi ke luar negara."

"Apa?" Mata Jane membundar.

"Dia berada di luar negara sekarang. Seminggu dah sebab itu kehendak dia sendiri. Kalau awak rasa awak seorang je yang terkesan, Stefan lebih dari itu. Dia sayangkan awak, Jane tapi awak minta dia lepaskan awak."

Ruby tak menyalahi Jane tapi dia juga tak menyebelahi mana-mana pihak. Dia mengerti keputusan Jane yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab yang kukuh. Stefan pula, dia membawa dirinya jauh ke luar negara kerana menyambung pelajaran.

"Stefan pilih untuk sambung pelajaran. Awak jangan salah anggap."

Raut wajah Jane mengendur. Stefan pernah bercerita kepadanya yang lelaki itu akan menyambung pelajaran andai ditawarkan oleh Tuan Will dan tak sangka, perkara itu benar. Stefan sudah membina benteng di antara mereka padahal dia merupakan puncanya.

Jari Ruby mengetuk meja. Mata tidak lepas merenung Jane yang kehilangan kata. Terbit keluhan yang meniti di bibir. Terbuktilah bahawa Jane sebenarnya tidak rela memutuskan pertunangan itu.

AIDARWhere stories live. Discover now