JAM MENGINJAK pukul enam petang. Ruby mundar-mandir di depan bilik tidur. Bilik tidur yang sama di mana dia pernah tidur sekatil dengan Aidar sejak pertama kali mereka berkahwin.
Tangan bercekak pinggang. Ruby tak pasti sama ada dia patut masuk ke dalam dan kejutkan Aidar atau biarkan saja lelaki itu tidur sampai esok hari. Tapi kalau dibiarkan, nanti Aidar kebulur tak makan.
"Masuk jelah," gumamnya sendirian.
Tanpa mengetuk mahupun diberi izin untuk masuk, Ruby kuak pintu bilik. Matanya meliar mencari Aidar. Mana pergi suaminya? Selimut di atas katil berselerak tak berlipat. Sahlah Aidar dah bangun.
"Precious?"
Alangkah terkejutnya Ruby apabila suara garau Aidar muncul tiba-tiba. Bahu spontan terhinjut kecil. Laju Ruby berpaling. Pandangan mata melorot jatuh pada tubuh Aidar. Tanpa seurat benang.
"Kenapa tak pakai baju?!" Ruby tutup mata sendiri guna tangan. Seolah-olah melihat tubuh suaminya yang tak berbaju itu ialah dosa yang besar. Menyesal dia main terjah masuk.
"Manalah aku tahu kau masuk sini."
Tenang Aidar menjawab. Tangan mengelap tubuh badannya yang basah dengan tuala kecil. Di pinggangnya pula hanya ada selilit tuala putih. Dia kebetulan baru selesai mandi. Tak sangka pula ada yang mencari.
"Ingatkan tak ingat dah mana bilik tidur kita."
Air muka Ruby berubah cemberut. Perli dialah tu! Terus tangannya jatuh ke sisi. Wajah Aidar direnung Ruby bagai ingin dicarik. Lelaki ini tahu bagaimana nak menguji tahap kemarahan dia.
"Jangan perasan aku nak tidur sebilik dengan kau."
"Habis tu, nak tidur mana? Check in hotel lagi?" Tukas Aidar.
Haih, tabahlah wahai hati. Layan saja karenah Ruby. Dah empat tahun Aidar sia-siakan peluang untuk bawa isterinya kembali ke sisi. Kali ini dia akan rebut peluang itu selagi boleh.
"Aku tidur bilik lain."
Aidar juih bibir. Dia mendekati almari baju kemudian menyarung baju ke tubuh sasanya yang terdedah. Selamba saja dia pakai seluar di depan Ruby tanpa rasa malu. Bukan selamba tapi sengaja.
"Kau memang tak malu kan?" Tanya Ruby tak puas hati.
"Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?"
Ruby diam tak bersuara. Jantungnya berdetak sekali. Entah kenapa dia serba sedikit terasa akan kata-kata Aidar. Tapi betullah apa yang Aidar cakap. Ruby tak tahu apa-apa tentangnya. Bertanya khabar pun tidak. Dia hanya lebih pentingkan ego sendiri.
"Jangan salahkan aku. Kalau kau tak sentuh perempuan lain, aku tak akan larikan diri."
"We're still arguing on that? Aku dah cakap aku tak sentuh perempuan lain. Aku buat sebab kerja aku. Tugasan aku, Ruby," ujar Aidar.
"Tugasan kau? Alasan! Kau boleh tolak dan cakap yang kau ada isteri dekat rumah. Tapi kenapa kau terima? Kenapa kau tak terfikir apa yang aku akan rasa? Kenapa, Aidar?"
Jari telunjuk menekan dada bidang Aidar bersama setiap persoalan. Wajah Ruby kini memerah kerana geram berbaur marah. Dia tak faham kenapa Aidar sering menggunakan alasan yang sama.
Namun, Aidar tak menolak bahkan menjauh. Wajah dikalih ke tepi. Dibiar saja Ruby salahkan dia. Kalau itu yang mampu buat Ruby rasa lega, buatlah. Makilah apapun. Aidar tak akan halang.
"Penipu. Kau memang penipu."
Ruby segera keluar dari bilik tidur. Semakin lama dia bersama Aidar, semakin panas hatinya. Empat tahun dah berlalu namun empat tahun itu masih tak dapat redakan rasa marahnya terhadap Aidar.
ANDA SEDANG MEMBACA
AIDAR
Storie d'amoreUnder PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berad...
