DEGUPAN JANTUNG berdetak pantas. Angin kencang menerpa masuk ke dalam pesawat. Aidar menjatuhkan kepala. Nafas seolah-olah tidak cukup. Jari-jemari menggigil hebat. Bagaimana dia ingin meneruskan misi jika fikirannya melayang jauh?
Masih dapat dirasai tamparan di wajah. Masih perih rasanya di pipi namun apa yang lebih menyakitkan ialah Ruby yang membawa diri dan meninggalkannya terkapai-kapai sendirian kerana pertengkaran mereka yang sudah berlalu selama setahun.
Aidar tahu dia yang bersalah. Dia penyebab kepercayaan isterinya meluntur. Hati yang ingin dia jaga dengan penuh kasih kininya dia lukai.
Aidar meraup wajah. Cuba mengusir segala kata-kata dan perbualan daripada membebani ruang fikiran. Meski hati bergolak dengan rasa yang tidak nyaman, negara lebih memerlukan dia sebagai perwira di barisan hadapan.
Terleka, nyawa melayang. Jasad yang akan pulang tanpa nyawa.
"Leftenan Muda Aidar." Suara garau Mikhael memanggil. Tegas intonasi yang digunakan. "Kalau kau rasa kau tak boleh teruskan misi ni, tarik diri. Kau balik. Aku tak nak anggota aku macam ni."
Tersentak Aidar. Kepala yang tadinya tertunduk langsung melanguk pada wajah Mikhael yang berlitup dengan penutup muka. Dia kenal leftenan itu orang yang bagaimana. Tegas dalam segala aspek. Kata-kata arahan yang diberikan harus dipersetujui tanpa sebarang alasan.
"Kau dengar apa aku cakap, Aidar?"
"Aku dengar." Lemah balasan Aidar kedengaran. Tiada semangat.
"Get up," arah Mikhael. Lengan Aidar ditarik kasar. "Aku tak suka tengok kau macam ni. Kau masuk team aku, kau join mission yang sama dengan aku jadi kau patut tahu. Masalah dekat rumah, jangan bawa masuk kerja!"
Tegang suasana.
Anggota-anggota yang lain sudah memandang ke arah lain. Enggan melibatkan diri. Bukan mereka tidak perasan Aidar yang bertingkah lain daripada kebiasaan sebelum bertolak dari kem pangkalan. Rata-rata yang menyedari itu tidak berani ingin menegur dan bertanyakan mengapa.
"Kau faham apa yang aku cakap?!"
Aidar menentang sepasang mata yang gelap kebiruan mencerlung dirinya. Halkum bergerak-gerak. Rahang mengetap tegang. Emosi yang hampir menghanyutkan diri segera dikawal sehabis mungkin.
Bukan waktunya.
Bukan sekarang.
"Faham, leftenan!" Tabik diberi. Tubuh Aidar tegak berdiri.
Dapat Aidar lihat keseriusan di sebalik pandangan mata Mikhael memudar. Pabila menjalani misi, mereka harus bekerjasama. Hal tersebut merupakan perkara yang utama dalam memastikan tiada mana-mana anggota yang menyertai terkorban.
Namun andai masanya sudah tiba, apa jasadnya yang akan dibawa pulang dengan berbungkuskan bendera negara? Bila waktu itu tiba, apa isterinya akan kembali ke sisinya semula? Aidar bagai terpukul.
"Listen up, this is a matter of life and death! Operation HAHO! Kita akan masuk ke kawasan musuh secara senyap. Selagi kau tak terima apa-apa arahan daripada aku, selagi itu kau tunggu. Jangan bergerak seorang diri kalau kau masih sayang nyawa sendiri. Skuadron Sierra, do you copy?!"
"Copy, leftenan!" Kesemua anggota mulai bersiap sedia.
Operasi HAHO atau High Attitude High Opening. Operasi itu ialah operasi di mana misi dilaksanakan melalui terjunan yang bebas dari aras yang tinggi bagi memudahkan mereka untuk menyusup masuk ke dalam kawasan yang ditawani oleh pihak musuh.
Bagi Aidar dan apatah lagi Mikhael, mereka terlatih dan sudah mahir dalam mengendalikan payung terjun. Jarak ketinggian yang melebihi lima belas ribu kaki merupakan peranan yang penting supaya operasi itu berjaya dilaksanakan.
YOU ARE READING
AIDAR
RomanceUnder SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hub...