EPILOGUE

6.2K 211 18
                                    

TUBUH TEGAP itu berdiri di dalam pesawat. Dada langit yang gelap gelita dihiasi gugusan-gugusan bintang dan sinar cahaya rembulan. Penerang di kala malam. Sepasang mata meliar seisi pesawat. Ada beberapa anggota bersiap sedia untuk terjun.

Termasuk Aidar.

Debaran di dada menyebabkan degupan jantung berdetak kencang. Gimik aksi payung terjun itu berlangsung pada waktu malam namun bukan masalah bagi Aidar dan para anggota yang terlibat sama.

"Semua dah sedia?!"

Sayup-sayup kedengaran suara seorang pegawai yang membuka pintu pesawat bagi membenarkan mereka terjun. Angin kencang menerpa masuk. Aidar maju setapak ke pintu pesawat. Raut wajah serius kerana dia maklum. Tersalah mendarat, nyawa melayang.

"Good luck, tuan!"

"Anak bini tuan tengok tu!"

Enam anggota lain silih berganti menepuk bahu Aidar. Aidar mengangkat ibu jari. Dia terjun keluar dari pesawat. Tubuh melayang di udara. Arus angin agak kuat pada waktu malam.

Namun tika ini, hanya dua insan istimewa yang tersemat di kepala. Ruby dan Arden datang untuk melihat aksinya dan mereka ada di kalangan orang ramai yang datang berkunjung di Dataran Segamat.

Gotta make your wife and son proud, Aidar.

Selang beberapa minit, tali payung terjun ditarik. Payung terjun terbuka dan lantas mengapungkan tubuh Aidar di udara daripada jatuh menjunam. Berada di bawah naungan Rejimen Gerak Khas ke-11, dia sudah lama terlatih cara mengendalikan payung terjun.

Tubuh Aidar melayang ke kiri dan kanan. Sebaik mata menangkap lampu LED merah di tengah Dataran Segamat, tali payung terjun ditarik lagi. Kaki Aidar selamat mencecah tanah tanpa tersadung.

Kedengaran tepukan daripada para pengunjung. Wajah ditutupi dengan mask tapi ketara dari lekuk bentuk matanya, dia senyum. Sambil menggulung dan melipat payung terjun, mata Aidar melingas mencari kelibat isteri dan anaknya di kalangan khalayak ramai.

Seolah ada magnet di udara, tubuh Aidar membeku tatkala tautan mata akhirnya bertemu dengan Ruby yang mendukung Arden dari kejauhan. Dia terpempan. Arden sedang memakai pakaian seragam tentera. Sama seperti dia namun saiz yang kecil untuk badannya.

"Ya, Tuhan. Anak aku comel sangat." Desis Aidar.

SELESAI PENUTUPAN bagi Hari Tentera Darat, Aidar mengorak langkah ke arah Ruby dan Arden yang menanti. Menggeliat tubuh Arden di dalam dukungan apabila figura ayahnya datang merapat.

"Arden, permata Ruby."

Lengan didepa lebar. Serentak tubuh Ruby dan Arden ditarik ke dalam dakapan. Anak kecil itu tak betah. Tangan tembam Arden meraba-raba wajah Aidar. Mengundang gelak tawa pasangan itu.

"Dia pelik kenapa awak tutup muka."

"Oh, mask aku? Arden rindu nak tengok muka papa ke?"

Hidung Arden dicuit. Sakan Arden melompat di dalam dukungan Ruby. Anak mereka nampak terlalu comel dengan uniform tentera yang tersarung pada tubuh kecilnya. Sepadan benar dengan Aidar.

"Dari mana kau dapat baju ni, precious? Saiz kecil pula tu."

"Kawan awak yang tolong saya. Siapa nama dia? Haden? Dialah tu. Saya tengok anak Mikhael pernah pakai baju ni jadi saya tanyalah mana nak beli. Haden yang tolong dapatkan baju ni untuk Arden. Comel, kan?"

AIDARWhere stories live. Discover now