Mata berlainan warna itu saling berbalas tatapan. Sorang tenang, sorang sengit seperti mahu lancarkan peperangan. Tengku Qayyum tak mengerti. Bukankah Maisarah terlebih dahulu yang buat masalah ini? Kenapa harus beriak marah pula? Tengku Qayyum menggeleng sebelum tawa kecil terletus.
Tengku Qayyum mengatur langkah membawa tubuh kekarnya ke arah Maisarah yang tak lepas menatapnya tajam. Oh! Baru berapa hari tidak bertemu, Tengku Qayyum sudah jatuh hati dengan wajah ketus Maisarah. Wajah jelita yang tidak pernah senyum untuknya. Walau sedikit.
"Puteri Mahkota mahu cakap apa-apa atas tuduhan berat Puteri Mahkota kepada saya?" tanya Tengku Qayyum sengaja. Angkat satu kening.
Maisarah senyum sinis. Tangan naik menyilang. Tak peduli langsung jika Tengku Qayyum marah kepadanya. Seharusnya, Tengku Qayyum sedar diri dengan siapa cari masalah. Kalau Tengku Qayyum boleh guna kuasanya untuk dapatkan perempuan seperti dia, Maisarah akan patahkan kejadian itu. Mustahil dia akan menjadi isteri Tengku Qayyum.
Menjadi isteri di usia 25 tahun, tak pernah terfikir oleh Maisarah. Memang umurnya sudah pantas untuk menikah dan mempunyai seorang anak tapi soal imej diri, Maisarah tolak hal itu terjadi. Maisarah sangat pentingkan penampilan.
"Suri, tinggalkan kami berdua. Jangan biar sesiapapun masuk sebelum saya beri izin." Perintah Maisarah tegas kepada Suri.
Suri mengangguk akur lalu menunduk hormat. Kaki bergerak keluar dari ruang rehat. Pintu dikunci dari luar. Suri pasti, ini mesti soal masalah itu. Entah siapa yang salah dan benar. Semoga saja keadaan di dalam baik-baik.
Kembali di dalam, Tengku Qayyum maju lagi sehingga jarak mereka hampir terhapus. Tentunya Maisarah dibuat gugup mendadak dengan tindakan Tengku Qayyum. Ekor mata tajam melihat wajah tenang Tengku Qayyum. Wajah tenang Tengku Qayyum mahu saja Maisarah robek sampai kekacakannya hilang kekal.
Sedikit Tengku Qayyum turunkan tengkuk ingin melihat wajah Maisarah. Sedang itu, kedua-dua tangan kekar Tengku Qayyum hinggap di meja sekaligus mengurung Maisarah. Bergerak-gerak bebola mata iris kuning keemasan Tengku Qayyum menjamah karya Tuhan yang maha cantik di depannya.
Meski wajah Maisarah seperti tak terkesan dengan posisi mereka sekarang, jantung berdetak menggila sebenarnya. Sedang menahan diri agar tidak menunjuk reaksi yang benar kepada Tengku Qayyum. Jika Tengku Qayyum melihat itu, pasti Tengku Qayyum akan menjelekinya tiada penghujung. Huh!
"Cantik awak ni, Maisarah tapi itulah..." Tengku Qayyum mundur dua langkah.
Melihat sosok Maisarah atas bawah yang seksi berbalut gaun selutut dan bertali halus di bahu. Kain di bahagian leher terbuka lebar sehingga menampakkan sedikit lurah dada. Lalu, kain di tepi paha, terbelah satu. Tentu mengekspos luas kaki jenjangnya yang putih.
Sebagai seorang lelaki yang normal ada nafsu kepada kaum perempuan, mestilah terkesan melihatnya. Jiwa lelaki rasa meronta ingin menyentuh. Sejujurnya, bila bertemu empat mata dengan Maisarah, Tengku Qayyum tak menyangka Maisarah perempuan yang sangat berfesyen dalam penampilan.
Tubuh indahnya terdedah sini sana. Ingin saja Tengku Qayyum hamparkan kot besarnya di tubuh Maisarah. Tidak mengizinkan mana-mana lelaki melihat tubuh menggoda Maisarah.
"Tubuh seindah ini tak patut disentuh saya sebelum kita menjadi suami isteri." Tokok Tengku Qayyum sudut bibir menjungkit naik. Dia tak tahu apa yang terjadi sampai Maisarah membuat tuduhan fatal ke atas dirinya tapi dia tidak marah lagi tentang itu kerana hasilnya, dia akan menjadi suami Maisarah.
Patutkah dia berterima kasih kepada Maisarah?
Tak bertindak apa-apa lagi, tiba-tiba akan jadi suami.
![](https://img.wattpad.com/cover/355065272-288-k86599.jpg)
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...