BAB 20

11.9K 1.2K 140
                                    

Maisarah gigit roti pemberian Tengku Qayyum dengan kasar. Mulut mengunyah laju dengan air muka masam ketat. Tengku Qayyum yang sedang berdiri di sebelahnya, dijeling. Macam manalah dia boleh peluk badan lelaki itu? Ini kali kedua tau dia serah diri peluk lelaki itu. Agaknya otak dia dah senget sampai otak ni tiba-tiba suruh peluk.

Dahlah buat perangai sememeh dengan emosi tiba-tiba. Lepas tu, boleh pula air mata ni mengada nak keluar. Entah kenapa nak kesal sangat. Kenapa dia harus rasa panas bila Tengku Qayyum cakap begitu? Bicara Tengku Qayyum langsung tak ada niat ingin bandingkan dia dengan perempuan itu mahupun sebut perempuan bernama Seroja itu.

Dia saja yang terlebih sangka buruk.

Maisarah mengeluh kecil. Kenapa dengan kau ni, Maisarah? Dengar nama pun dah panas, inikan jumpa depan-depan. Agak-agaknya kau jadi hulk. Maisarah berdecit kesal dengan fikiran otaknya. Dia belum sayang Tengku Qayyum lagi, tapi kenapa hati rasa menggelegak panas bila dengar tentang perempuan lain?

Tengku Qayyum senyum menggeleng dengan raut isterinya. Masih tak habis dia punya mood swing tu. Hailah, Qayyum... Hadap jelah angin isteri kau ni. Daripada diam macam orang bisu, naya kau. Tengku Qayyum cangkung di sisi isterinya. Dagu Maisarah dicuit lembut.

Muncung-muncung, cium karang.

"Hei," seru Tengku Qayyum lembut.

"Apa?" sahut Maisarah tak mesra.

Tengku Qayyum senyum senget. "Sayang habib ni masih merajuk ke? Hurm?"

Maisarah diam sambil buang pandangan. Antara kesal dan malu. Kesal sebab perangai sendiri dan malu sebab Tengku Qayyum gelarkan diri sebagai habib. Argh! Itukan panggilan yang dia panggil pagi tadi. Tak sangka pula perkataan itu lekat di kepala suaminya. Niat nak kenakan Tengku Bunga saja.

"Hurm... Saya sukalah panggilan habib tu. Lepas ni, panggil saya habib lah. Sedap telinga ni dengar. Lagi-lagi isteri sendiri sebut. Sejuk hati suami dengar." Kata Tengku Qayyum dengan sengihan nakalnya. Hujung rambut beralun milik isterinya dimainkan. Hal yang paling dia suka sentuh. Lembut dan harum!

"Tak nak. Buat apa nak panggil. Kan orang tu suka perli isteri dia. Dahlah adik dia pun tak suka kita. Lepas tu, nak bangkitkan soal kakak ipar tak jadi dia tu." Kata Maisarah seperti bau-bau hangit cemburu. Mukanya langsung tak bertatap dengan suaminya. Nampak sangat masih terasa soal tadi.

Tengku Qayyum kemam bibir. Tangan naik menekan sudut bibir. Menahan bibirnya dari melekuk. Dia tak percaya apa yang dia dengar. Adakah Maisarah cemburu? Cemburu kerana Seroja? Wah! Tengku Qayyum tak sangka begitu cepat Maisarah anggap buruk dengan Seroja. Tetapi, Tengku Qayyum rasa teruja dengan sikap Maisarah sekarang.

Maisarah seolah-olah sudah menunjuk bahawa dirinya diperlukan. Walaupun Maisarah bersikap dingin dengannya, tak mengapa. Perlahan-lahan kita atur dengan lembut. Sebagaimana kerasnya kerak nasi, jika direndam dengan air pasti lama-lama kerak nasi itu akan lembut.

Tengku Qayyum tak sabar bila hari Maisarah takut kehilangannya dan menangis merayu kepadanya agar berhenti buat hatinya kacau bilau dan sesak kerana sarat dengan cinta. Jika hari itu ada, dia akan menjadi lelaki paling bahagia di atas muka bumi ini kerana dicintai oleh wanita dambaannya.

"Sayang, are you jealous? Hurm?" pancing Tengku Qayyum.

Maisarah langsung buang tawa sinisnya. Menoleh, tatap penuh wajah manis suaminya. Lama iris hijau zamrud itu melekat di wajah si suami. Otak Maisarah berjalan. Kenapa lelaki ini harus menjadi suaminya? Dan, kenapa dia yang harus jadi isteri Tengku Qayyum?

Lelaki ini berhak mendapat perempuan baik.

"Kenapa? Isteri sendiri tak boleh rasa cemburu ke? Ke, awak nak saya gelak besar-besar bila ada suami yang berniat nak bandingkan isteri dia dengan bekas kekasih dia? Tak boleh saya nak marah bila ada perempuan lain nak kacau rumah tangga sendiri? Huh?"

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now