Lena Maisarah terganggu bila dengar suara seorang perempuan mengejutnya dengan kasar. Maisarah celik mata dengan dahi berkerut seribu lalu melihat Tengku Qayyum yang masih tiada tanda-tanda mahu sedar. Maisarah menoleh, mendongak atas.
Ternyata Tengku Bunga. Riak Maisarah berubah datar kerana ada Tengku Seroja di sebelah.
Maisarah raup rambutnya sambil lidah menolak dinding pipi. Kantuknya rasa terangkat bila ada Tengku Bunga dan Tengku Seroja di sini. Dia tak apa-apa jika Tengku Bunga tapi tidak Tengku Seroja.
Kerana perempuan itu, semua ini terjadi!
"Oh, Bunga." Sebut Maisarah tak berdaya. Dia sedang menahan diri dari tidak menyerang Tengku Seroja. Ketahuilah dadanya rasa mahu meletuskan lava api yang mahu membakar Tengku Seroja hidup-hidup.
"Kau dah puas apa kau buat sekarang ni?"
"Maksud you?" Dahi Maisarah berkerut tak mengerti.
"Kau jangan ingat aku bodoh, Maisarah. Kau penyebab abang aku jadi macam ni, kan?! Sebab kau minta cerai dengan abang aku, abang aku kemalangan sebab tak terima dengan permintaan kau. Aku tak fahamlah kenapa abang aku tak pernah nak lepaskan kau. Sedangkan, kau ni bukan perempuan baik sangat pun. Dengan suami pun tak tahu hormat!"
Terus Tengku Bunga menghambur isi hati tanpa berkias lagi. Dia sudah lama menahan sejak tahu Tengku Qayyum dikhabarkan kemalangan dan disahkan kritikal. Ketika itu, rasanya amarah Tengku Bunga mahu meledak! Sekelip mata saja Maisarah hancurkan semuanya dalam satu hari!
Maisarah genggam penumbuk. Dia akui dia bersalah dan sekarang dia menyesal! Jika masa boleh diputar semula, dia akan mengubah kembali tingkahnya. Maisarah pandang Tengku Qayyum sayup.
"Hesy! Aku harap sangatlah bila abang aku bangun, abang aku ceraikan kau dan kahwin dengan Seroja!"
Berubah air muka Maisarah tetapi dia tidak membalas apa-apa. Hanya mampu menahan rasa. Mana mungkin dia akan biarkan Tengku Qayyum bersama Tengku Seroja. Walaupun ada halangan status Tengku Seroja isteri orang, tetap Maisarah tak akan membiarkan itu terjadi. Kata-kata Tengku Seroja masih jelas dalam ingatan.
Perempuan itu bila-bila masa boleh minta cerai dengan Tengku Dauf semata-mata mahu bersama Tengku Qayyum.
Maisarah pejam mata pasrah.
Dia tak pernah rasa begini bila ada perempuan lain ingin mengambil Iskandar daripadanya tetapi bila ada perempuan lain ingin mengambil Tengku Qayyum, suaminya, mendadak buluh darah menggelegak panas dan membara hebat. Ingin saja tangan panjangnya ini mencekik manusia tersebut sampai hilang nyawa.
"I takkan lepaskan Qayyum pada orang lain termasuk perempuan di sebelah you yang berangan-angan mahukan suami I. He's mine and he's always my king. Pandang cermin terlebih dahulu sebelum mahu ambil suami orang." Ujar Maisarah tegas sambil mengangkat pandangan ke arah Tengku Seroja yang menjelingnya.
Maisarah senyum nipis.
"I hairanlah sebenarnya. Suami you tak marah ke bila isteri sendiri terhegeh-hegehkan lelaki lain? Nak-nak suami orang pula tu. Pewaris utama Tengku Raja Hakam Qadir. Tak ada maruah eh?" sinis Maisarah. Menusuk hati Tengku Seroja yang sedia membara.
"Eh kau diamlah, perempuan!" sampuk Tengku Bunga tak tahan. Merah wajahnya kerana bengang dengan sindiran Maisarah terhadap Tengku Seroja.
"Kenapa I nak diam?!" sentak Maisarah tiba-tiba. Bangun menghadap Tengku Bunga yang secara tak langsung mendongak membalas tatapan mereka. Tengku Bunga lagi pendek daripadanya dan Maisarah bangga akan itu. Ia membuatkan Tengku Bunga lebih kecil daripadanya.
"Memang I bukan isteri terbaik untuk Qayyum tapi I tak bodoh lepaskan dia pada perempuan lain. Lagipula, tak semestinya perempuan 'baik' itu harus bersama dengan lelaki baik seperti suami I. Sejahat-jahat I, I tak pernah terhegeh-hegeh dengan lelaki lain selepas berkahwin." Sarkas Maisarah sambil merenung Tengku Seroja. Hujung bibir menyungging miring.
![](https://img.wattpad.com/cover/355065272-288-k86599.jpg)
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...