BAB 16

11.1K 1.1K 24
                                    

Mata Tengku Qayyum tak berkelip melihat sosok isterinya bersama Picasso. Macam mana... Tengku Qayyum jadi kelu. Kaki perlahan menapak ke arah Maisarah yang kelihatan seronok mengelus kepala Picasso yang berbulu gebu. Kesan darah sudah hilang. Bersih bulunya seakan tak pernah makan binatang hidup beberapa waktu lalu.

Tapi, bagaimana Picasso boleh keluar dari rumahnya sedangkan dijaga rapi oleh penjaga Picasso? Ini mesti Picasso keluar sendiri dan penjaga Picasso lalai menjaga. Tengku Qayyum berhenti jalan. Tangan naik cekak pinggang. Memandang lurus ke arah Picasso yang juga kelihatan seronok bermain dengan Maisarah.

Entah apa yang terjadi sehingga Maisarah berubah jadi gembira dengan Picasso. Padahal tadi mereka bertengkar tentang Picasso yang makan daging manusia. Apalah yang membuat Maisarah berubah fikiran?

Tengku Qayyum berdehem. Ingin tarik perhatian dua makhluk berbeza itu. "Saya salah tengok atau awak dah berubah fikiran tentang Picasso?" soalan tiba-tiba Tengku Qayyum mengejutkan Maisarah.

Pantas Maisarah berpaling. Mata membulat bila kelibat Tengku Qayyum berada di belakangnya. Sudah lamakah jejaka itu di belakangnya? Kembali Maisarah pandang depan. Mata terkedip-kedip sembari bibir dikemam. Mesti Tengku Qayyum ingin ketawakan dia kerana jilat ludah balik. Mana taknya? Tadi dia cakap macam-macam tentang Picasso tapi sekarang?

Mata Maisarah jatuh pada Picasso yang menggesel kepala di tangannya. Tentulah tingkah comel Picasso buat hati Maisarah tercair lagi.

Sebenarnya, semasa dia datang ke sini dengan hati kesal lalu hirup udara segar untuk tenangkan hati yang rawan, tiba-tiba kulit kakinya terasa geli. Terasa disentuh dengan benda lembut. Ketika itu, dia cepat tengok bawah. Apa lagi? Jerit terpekik dia bila muka Picasso terhidang di depan mata.

Masih ingat bagaimana banyak darah menitis dari mulut Picasso dan Tengku Qayyum mengatakan Picasso kucing pemakan daging manusia.

Dia ingin larikan diri tapi tingkah Picasso yang tiba-tiba rebah atas rumput lalu berguling-guling manja buat mukanya spontan beriak terkejut campur tercair. Terus hilang rasa takut bila Picasso membulatkan iris matanya. Sungguh saat itu dia mendadak jatuh hati dengan kecomelan dan sifat manja Picasso.

Begitulah ceritanya. Disebabkan Picasso menemaninya, Maisarah pun bermain dengan Picasso. Banyak hal mereka lakukan semasa Tengku Qayyum tiada. Boleh pula Maisarah selamba baring di atas rumput bersih itu lalu landing kepala atas perut gebu Picasso. Picasso tenang sambil menghirup udara segar di kawasan tasik itu.

"Da... dah lama ke awak kat sini?" tanya Maisarah dingin. Sedang simpan rasa malu dengan jejaka itu.

Tengku Qayyum senyum senget. "Cukup saya tengok isteri saya cium-cium muka Picasso tadi. Entah mana ayat yang mengatakan awak nak buang Picasso dari istana ini. Agaknya itu sekadar ucapan saja kut?"

"Ma... mana ada! Awak salahkan Picasso sebab buat saya macam tu. Mana saya tak terkejut bila dia keluar dengan keadaan berdarah macam tu? Kalau saya ada penyakit jantung macam mana? Awak sanggup jadi duda awal?" Maisarah mula berleter dengan muka kesal. Dia bangun dari cangkungan lalu peluk tubuh. Buang muka kerana pipi membahang panas.

Terdengar Tengku Qayyum ketawa, makin merah pipi Maisarah. Kan dah cakap! Tengku Qayyum mesti ketawakan dia!

Tengku Qayyum menggeleng kepala dengan tingkah isterinya. Nak jujur pun susah. Tengku Qayyum mendekati Picasso lalu satu lutut jatuh atas tanah rumput itu. Tangan naik mengusap kepala Picasso yang langsung mengiau. Bibir terukir senyum. Sepatutnya dia merakan momen indah tadi.

Serius. Senyuman dan tawa Maisarah tadi buat dia terpegun. Rasa nak berhenti detak jantung ni bila lihat karya Tuhan yang sungguh jelita saat menyerlahkan senyuman paling berharga di dunia ini. Dengan jelas dia dapat melihat lekuk garis wajah Maisarah saat berkerut tersenyum. Pertama kali dia melihat Maisarah beriak sebegitu.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now