BAB 27

9.6K 1.1K 72
                                    

Delima bukakan pintu untuk Permaisuri Ummu masuk ke dalam kamar tidur Maisarah. Permaisuri Ummu masuk sambil meliarkan mata seisi ruang kamar tidur yang cukup besar dan mewah. Lalu, mata Permaisuri Ummu jatuh pada Maisarah yang sedang tidur di atas katil. Rapi selimut katil menutup separuh tubuh Maisarah.

Permaisuri Ummu perlahan mendekati puterinya. Delima diam memerhati. Dia diperintahkan oleh Permaisuri Widuri untuk perhati setiap tindak-tanduk wanita itu semasa berjumpa Maisarah. Bukan Permaisuri Widuri tak mempercayai Permaisuri Ummu tetapi dia banyak tahu tentang Permaisuri Ummu. Bagaimana selama ini Permaisuri Ummu melayan Maisarah sebagai anak kandung.

Permaisuri Widuri tak mahu wanita itu menambah luka yang sedia ada kepada menantunya.

Permaisuri Ummu duduk di bangku yang tersedia di tepi katil. Isi mata itu tak dapat ditafsirkan. Entah sedih entah terasa dengan kesakitan puterinya. Tangan Permaisuri Ummu naik menyentuh kepala Maisarah lalu dengan lembut, mengusap rambut Maisarah.

Mengharapkan sentuhannya tidak mengganggu Maisarah, malah sebaliknya. Maisarah terganggu. Gadis itu menggumam sesuatu yang buat Permaisuri Ummu terhenyak.

"Qayyum..."

"Habib..."

Bergerak bibir Maisarah memanggil suaminya. Dahi berkerut dalam lena disertai peluh dingin. Muka gadis itu pucat. Tangannya bahkan menggenggam-genggam kain selimut. Seakan-akan ingin menggenggam sesuatu.

Permaisuri Ummu hela nafas. Dia juga terkejut atas apa yang menimpa menantunya. Lebih mengejut bila disahkan kritikal dan ditempatkan ke bilik ICU. Permaisuri Ummu masih ingat kata-kata Maisarah sebelum berkahwin dengan Tengku Qayyum. Beria mengatakan bahawa dia takkan jatuh cinta kepada Tengku Qayyum.

Tapi sekarang? Maisarah kelihatan sudah jatuh cinta kepada putera raja itu.

"Kamu cakap kamu takkan jatuh cinta pada dia tapi ini apa, Sarah? Kamu seolah-olah perlukan dia dalam hidup kamu..." Gumam Permaisuri Ummu sambil tak berhenti mengelus kepala Maisarah. Berharap sentuhannya dapat menghilangkan mimpi buruk yang dialami puterinya.

"Habib.... Mai nak habib..." Racau Maisarah.

"Shhh... Rehatlah dengan baik, anakku." Pujuk Permaisuri Ummu, mengesat peluh dingin yang membasahi pelipis Maisarah. Dia tidak tahu kenapa dia bersikap hangat kepada Maisarah. Sedangkan selama ini, mereka sering bergaduh mulut dan bermasam muka.

Mungkin kerana Maisarah darah dagingnya, dia berkelakuan seperti ini.

Delima pandang tanpa kelip. Betul ke apa dia lihat sekarang ini? Permaisuri Ummu melayan Maisarah dengan baik. Mungkinkah Permaisuri Ummu bersikap begitu sebab dia ada di sini? Delima garu pipi yang tidak gatal. Haraplah ini bukan lakonan semata.

"I... bu?"

Delima angkat kepala. Terkejut bila dengar suara Maisarah. Senyuman Delima mengembang.

Maisarah celik matanya lebih luas. Dia terbangun kerana rasa kepalanya disentuh.

Adakah dia bermimpi? Wanita yang bergelar ibu kandung sedang berada di depan mata? Maisarah kerut dahi bingung tetapi dia tak menyoal atas kehadiran Permaisuri Ummu kerana dalam diam, dia ingin Permaisuri Ummu menemaninya semasa perlukan sosok ibu.

"Ibu...?" sekali lagi Maisarah bersuara. Mata Maisarah tak semena berkaca. Emosinya sejak kebelakangan ini sangat tidak stabil. Mudah sensitif dan tak boleh dimarah.

"Ya. Ini ibu." Sahut Permaisuri Ummu setenang mungkin. Berlagak tunjuk riak datar seperti tidak peduli atas nasib Maisarah.

Maisarah bangun dari baringan. Luar dugaan Permaisuri Ummu saat Maisarah mengambil tangannya lalu dibawa lekap ke pipi. Permaisuri Ummu tergamam. Terkaku melihat tindakan Maisarah. Mata tak berkelip menonton air mata Maisarah mengalir di pipi. Bila Maisarah menyerunya dengan esakan, Permaisuri Ummu mengerjap.

"Ibu jangan pergi. Temankan Sarah. Sarah tak ada sesiapa. Sarah hanya ada ibu dan ayah je untuk sokong Sarah."

Permaisuri Ummu terbungkam. Bagai direntap jantungnya mendengar rintihan sayu Maisarah. Lama Permaisuri Ummu merenung wajah basah Maisarah. Bohong dia tidak terasa dengan kata-kata Maisarah. Maisarah yang selama ini dingin dengannya, hari ini Maisarah menunjuk tingkah dia diperlukan.

Diperlukan untuk ada di sisi sebagai sosok ibu.

"Sarah..." Permaisuri Ummu dibuat mati kata. Dia ingin tarik tangannya dari Maisarah tapi Maisarah tahan kuat. Permaisuri Ummu terkejut.

Maisarah menggeleng cepat. Menangis bagai anak kecil sambil membalas tatapan jernih Permaisuri Ummu.

"Sekejap pun tak apa, bu. Sarah cuma nak ibu teman je. Boleh, kan?" seperti melihat Maisarah semasa kecil, Permaisuri Ummu menerima permintaan Maisarah.

Permaisuri Ummu mengangguk sembari bangun dari duduk. Menarik Maisarah ke pelukannya dan serentak itu, tangisan Maisarah mengisi ruangan kamar. Erat tangan Maisarah memeluk pinggang ibunya. Ya. Inilah dia mahukan selama ini. Pelukan seorang ibu kandung! Rasa tak percaya dia dapat memeluk Permaisuri Ummu.

"Kamu anak yang kuat." Bisik Permaisuri Ummu. Dalam diam memberi ciuman di sisi kepala Maisarah. Menepuk lembut bahu Maisarah agar dapat meredakan kesedihan yang melanda.

"Terima kasih, ibu. Terima kasih sebab ada..." Ucap Maisarah di sela dada ibunya.

Permaisuri Ummu hanya tersenyum.

Sebahagian dipotong kerana ingin memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now