BAB 23

10.3K 1.2K 203
                                    

Selesai solat subuh, Tengku Qayyum bangun meninggalkan Maisarah yang sedang buka telekung. Lelaki itu ingin mendapatkan kemejanya yang kotor dengan darah sebelum Maisarah yang menemui terlebih dahulu. Kesal juga kerana pandang rendah tentang kegiatannya semalam. Kalau Maisarah jumpa, apa dia nak jawab?

Takkan nak cakap, semalam saya bunuh orang. Tak ke mengamuk isterinya nanti? Bayangkan saja buat Tengku Qayyum ngeri.

Maisarah di belakang, pandang tanpa riak. Suka hatilah nak buat apa pun. Dia nak sambung tidur! Apa yang Tengku Qayyum buat semalam masih berbekas di hati. Bibir bengkak, hati pun bengkak. Nak saja masa bangun tidur, cakar muka Tengku Qayyum sampai buruk rupa. Biar tahu betapa sakitnya hati ini bila bertindak sebegitu rupa. Ingat tak ada perasaan ke nak sentuh-sentuh macam tu?!

Tengku Qayyum keluar dari kamar bersama kemejanya. Maisarah pula tarik selimut untuk sambung tidur. Pukul 8 baru dia bangun. Tengku Qayyum segera mendapatkan pelayan bila tak sengaja pelayan berjalan tak jauh darinya. Riak pelayan itu nampak terkejut sebelum hampiri Tengku Qayyum.

"Ya, Tengku? Ada apa-apa saya boleh bantu?" tanya pelayan itu sopan. Mata langsung tak memandang wajah Tengku Qayyum.

"Ambil kemeja ni. Basuh sampai bersih. Saya tak nak ada satu pun darah melekat." Tengku Qayyum mengarah tegas. Seperti sudah biasa, pelayan itu menyambut huluran kemeja itu. Seisi istana sudah tahu apa perbuatan Tengku Qayyum. Suka atau tidak, mereka harus bersihkan hal kotor yang dilakukan oleh Tengku Qayyum.

Cumanya sekarang, ia jarang berlaku. Kalau dulu, mereka sering membersihkan pakaian Tengku Qayyum yang dikotori darah.

"Baik, Tengku."

"Pergilah."

Si pelayan segera meninggalkan kawasan kamar Tengku Qayyum. Tengku Qayyum hembus nafas dalam. Sekilas dia melihat pintu kamar sebelum melihat pemergian pelayan istana. Setelah itu, Tengku Qayyum masuk. Sekarang ni, dia kena ambil hati Maisarah. Sudah pasti apa yang dia buat pada isterinya semalam membuat hati Maisarah terluka. Dalam hati, Tengku Qayyum menyumpah seranah.

Tak sepatutnya dia mengawal emosi dengan cara seperti itu. Hah... Dulu kata nak beri jaminan hidup bahagia dengannya tapi sekarang? Apa dia dah buat? Hanya sebab dua makhluk tak diundang itu, mereka jadi begini? Urgh! Kuatkanlah hati ini nak memujuk si ratu hati.

Bibir Tengku Qayyum terkumat-kamit membaca bismillah. Kemudian, pintu ditolak perlahan. Mata melilau sekeliling sebelum jatuh ke arah katil. Ada kelibat Maisarah tidur berselubung dengan selimut. Membelakanginya. Tengku Qayyum kemam bibir. Perlahan-lahan kaki Tengku Qayyum melangkah masuk.

Jantung dah tak keruan sebab memikirkan apa balasan Maisarah jikalau dia memujuk nanti. Tengku Qayyum merangkak naik katil lalu berhenti di sisi Maisarah. Kepala ke depan sikit ingin melihat wajah isterinya. Hurm, tidur betul-betul ke ni? Sengaja Tengku Qayyum lambaikan tangannya di depan wajah Maisarah.

"Sayang..." Seru Tengku Qayyum perlahan. Nak tahu adakah isterinya benar-benar tidur atau tidur-tidur ayam saja.

Tiada respon.

"Bee?"

"Lovely?"

Tak ada respon juga.

Tengku Qayyum hela nafas. Tengku Qayyum duduk bersila di tepi kaki Maisarah. Dengan tak duduk diam, tangan sibuk mengganggu kaki Maisarah dengan cara mengurut kecil.

"Tak kisahlah awak tidur ke tak. Saya nak minta maaf apa yang jadi semalam. Saya tak dapat kawal emosi saya. Saya tahu apa saya buat semalam buat hati awak terluka. Sayang, saya rasa bersalah sangat ni sebab buat awak terasa hati dengan saya. Dahlah saya buat isteri saya tidur dengan emosi,"

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now