Mungkin selama ini seorang gadis bernama Puteri Mahota Maisarah Az-Zahra wanita yang sombong, angkuh, ego, jahat dengan semua orang, bersikap kurang ajar dan sebagainya tetapi apa yang menimpa dalam hidupnya pada tahun itu berjaya buat jalan terbuka lebar untuk dia berjalan ke arah yang benar.
Yang selalu enggan taat dengan suami dan menjadi anak yang baik, kini menjadi manusia lebih baik daripada itu. Dia akui jika sikapnya selama ini sangat tidak gemar dipandang mahupun dirasai. Sebagai seorang perempuan berkerabat diraja, mestilah tunjuk contoh yang baik, bukan?
Dia bangga membuat lelaki enggan mendekat kerana sikapnya. Cara itu saja dia dapat melindungi diri dari jatuh ke tangan lelaki yang salah. Cara itu saja dia dapat menjaga hatinya untuk lelaki bernama Muhammad Hanif Iskandar. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati.
Namun, lelaki itu telah membuangnya tanpa tahu apa sebabnya. Rasa diri dibuang dan tak dicintai lagi, dia tutup rapat-rapat hatinya dari buka untuk mana-mana lelaki. Dia takut hatinya disakiti sekali lagi dan takut dibuang tanpa alasan.
Saat itu, Maisarah anggap semua lelaki sama saja. Bibir kata cinta tapi tindakan? Memberi seribu tombak tajam pada setangkai hati yang sedang bergetar cinta.
Apabila hadirnya seorang Tengku Mahkota Qayyum Afkari Falah yang lahir dari Negara Vhagar membuat jiwa Maisarah berjaya memberontak. Hatinya rasa terbakar bila mendengar ayat-ayat konon manis dari bibir si putera itu. Entahlah. Ketika itu, dia masih ada hubungan dengan Iskandar. Cumanya dirahsiakan kerana Iskandar tak mahu hubungan mereka diketahui orang luar.
Berada di situasi tersebut tentulah Maisarah mati-matian menentang perjumpaan dengan Tengku Qayyum kerana tak mahu Iskandar kecewa dengannya. Jika Iskandar tahu, mesti dia dianggap curang. Maisarah tak mahu perkara itu terjadi! Tapi sayang, tiada siapa yang pedulikan perasaannya. Hanya mengarah dan perintah tanpa tahu apa keinginannya yang sebenar.
Rasa mahu lenyapkan diri dari dunia ini kerana lelah dengan permainan dunia.
Tak selesai di situ, bila terima Tengku Qayyum menjadi suaminya, hidup Maisarah makin kacau. Hati berbelah bahagi. Antara Iskandar dan Tengku Qayyum. Jika Iskandar, Iskandar telah meninggalkannya tanpa sepatah alasan. Tengku Qayyum pula, putera raja itu bagaikan bidadara yang turun dari langit untuk menyembuhkan semula luka di hati.
Bagai ubat.
Berusaha keras Tengku Qayyum ingin cairkan hatinya semula. Bahkan lelaki itu tak pernah lelah untuk bersabar dalam apa jua keadaan saat dia menangkan ego dan bertuhankan emosi. Di mana lagi dia akan jumpa lelaki seperti Tengku Qayyum? Satu dalam sejuta. Tak mudah jumpa lelaki seperti Tengku Qayyum.
Dia marah, air muka Tengku Qayyum tak pernah naik sama. Kecuali, saat dia benar-benar mencabar kesabaran lelaki itu. Lidah yang laju meludah ayat kejam, berjaya kaku bagai batu konkrit saat dibalas dengan suara keras si pemilik jiwa yang sabar.
Dia yang salah. Dia yang salah kerana tak menghargai setiap kebaikan, keikhlasan dan ketulusan Tengku Qayyum. Sekarang lihatlah apa yang terjadi. Dia hampir-hampir kehilangan lelaki itu kerana kesalahan fatalnya. Dia membuat lelaki itu bertarung nyawa berhari-hari. Betapa buruknya dia sebagai seorang isteri. Sanggup minta cerai kerana termakan dengan kata-kata si ular beracun?
Padahal Tengku Qayyum tidak pernah membuat kesalahan melebihi batas. Lelaki itu sentiasa meminta maaf jika ada buat salah. Selalu risau kalau hatinya terguris kerana tingkah lelaki itu. Sebenarnya, dia ingin balas cinta lelaki itu. Perasaannya sudah ada untuk Tengku Qayyum tapi kerana ego, semuanya hancur sekelip mata.
Tengku Qayyum kemalangan dan kritikal. Koma berhari-hari tanpa menunjuk diri bakal sedar.
Dan, kejadian tersebut berjaya mengoyak hati Maisarah sekaligus membuka matanya luas-luas. Allah bagi ganjaran tanpa fikir beribu kali. Jika balasan itu ada untuk perbuatan buruk seseorang, mesti akan terjadi pada akhirnya. Namun, kejadian untuk Maisarah adakah sebuah balasan?
Balasan kerana menderhakai suami?
Kehilangan Tengku Qayyum membuat Maisarah ingin berubah menjadi perempuan lebih baik. Menjadi isteri dan anak yang solehah. Tak mahu lagi menjadi hamba yang tak diredhai oleh Allah. Hati pun sudah jatuh cinta, kenapa tidak beri peluang kepada diri sendiri untuk bebas seketika? Biarlah perkara lara itu berlalu. Bukalah hati untuk menerima seseorang yang mencintai sepenuh hati.
Mungkin Allah kata, itulah takdir yang akan hidup bersama. Dunia akhirat.
Hap! Hap!
Bunyi suara yang kedengaran kuat di dalam hutan membuat langkah kuda semakin pecut berlari ke arah destinasi yang ingin dituju oleh majikan. Daun-daun kering di atas tanah, berterbangan kerana larian kuda putih tersebut. Ditunggangi oleh seorang gadis berpakaian seragam menunggang kuda. Rambut panjang diikat separuh itu tertampar kuat dengan angin.
Kedua-dua tangan erat pegang tali kendali dengan iris hijau zamrud itu tajam lurus ke arah jalan yang dipandu.
Sampai di ladang kuda Istana Vhagar, gadis itu didatangi oleh penjaga kuda. Maisarah turun lalu mengusap kepala kudanya bernama Lily. Lily kuda pemberian ayahnya. Kerana dia menetap di sini, Raja Adam hantar Lily ke sini. Dia sangat berterima kasih kerana hariannya jadi tidak bosan kerana ada Lily boleh membawanya bersiar-siar.
"Good job, Lily. You're always the best for me." Maisarah cium Lily tanda berterima kasih. Lily bergerak seakan suka dengan ucapan Maisarah. Maisarah ketawa kecil.
"Lily kelelahan. Bagi dia makan seperti biasa." Kata Maisarah kepada penjaga kudanya. Hakimi angguk akur. Sudah itu tugasnya menjaga Lily.
"Menurut perintah, Yang Mulia. Mari, Lily." Hakimi tarik tali kendali untuk bawa Lily ke kandang semula.
Maisarah pandang saja pemergian Lily sebelum menghembus nafas panjang. Maisarah mendongak. Cuaca hari ini panas. Sesuai untuk berjemur dan ambil udara segar. Maisarah berjalan ke istana sambil tarik sarung tangan hitam yang dipakai. Setelah itu, topi keledar ditanggalkan. Diselit di antara lengan dan pinggang.
Penat tapi dia puas kerana dapat melihat pemandangan cantik-cantik di Vhagar bersama Lily. Kenapalah Tengku Qayyum tak berniat bawanya bersiar-siar di kawasan negara indah ini?
Sebulan berlalu, dia masih belum dapat khabar bahawa Tengku Qayyum sudah sedar. Tiada tanda-tanda Tengku Qayyum dapat buka mata secepat mungkin. Namun, Maisarah tak berputus asa berdoa agar suaminya disedarkan semula dan hidup bersamanya seperti selalu. Dia tidak sabar ingin merasai tatapan hangat lelaki itu lagi.
"Yang Mulia! Yang Mulia!" suara Delima tak jauh dari Maisarah, membuat langkah Maisarah mati. Dahi berlipat kerana melihat Delima berlari ke arahnya dengan wajah teruja. Apa yang membuatkan gadis muda itu seteruja ini?
Maisarah angkat kening.
"Kenapa, Delima?"
Delima senyum lebar. "Tengku Mahkota dah sedar! Sekarang Yang Mulia Raja dan Ratu ada di hospital untuk lihat keadaan Tengku Mahkota!"
Topi keledar Maisarah terjatuh tiba-tiba.
"A... apa?"
Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...