BAB 11

12.1K 1.2K 49
                                    

Maisarah merenung diri di biasan cermin. Majlis nikah dan segala majlis yang harus dilakukan, sudah berakhir. Tiga hari menghadap tetamu, memang memenatkan Maisarah. Maisarah tak mahu tangguh majlis. Dia mahu selesaikan semua majlis yang akan diadakan. Kini, Maisarah dan suaminya, Tengku Qayyum dipanggil oleh studio ternama untuk war-warkan gambar mereka dalam majalah Carran Wedding dan Carran Woman.

Bukan Carran saja, Vhagar pun ada juga. Mujurlah penggambaran sudah dibuat di Vhagar selepas majlis persepsi. Selepas Maisarah sah menjadi isteri Tengku Qayyum, mereka tidak tidur sebilik kerana ada majlis seterusnya. Tapi, Maisarah tahu hari ini dia akan tidur sekamar dengan Tengku Qayyum selepas penggambaran ini berakhir.

"Tuan Puteri, dah siap ke?" sapa pengurus jurugambar sebaik menolak pintu bilik persalinan. Kepala jengul ke dalam melihat Maisarah.

Maisarah menoleh. Gadis itu anggun mengenakan sepasang gaun sederhana kembang berwarna krim. Potongan kain di leher sangat lebar sehingga menyerlahkan bahu mulusnya. Tangan bersarung warna senada gaun. Hanya biasa rekaannya tapi auranya sangat elegant bila Maisarah memakai gaun itu.

Rambut disanggul rendah lalu diselitkan dua kuntum bunga mawar di sanggul itu. Mahkota terletak di atas kepala Maisarah. Solekan tak terlalu tebal tapi dapat lihat dengan jelas wajah garang Maisarah. Sesuai untuk penggambaran yang tiada sebarang senyuman.

Straight face

"Saya dah bersedia."

Pengurus jurugambar mengangguk senang. "Tuan Puteri dah boleh keluar. Tengku dah ada di depan. Tunggu Tuan Puteri je."

Maisarah mengerti. Maisarah bangun dengan bantuan Suri. Dengan tenang dan wajah tak beriak, keluar dari bilik itu dengan Suri setia di belakang. Sejak dua hari lalu Suri ada dengannya. Sampai di tempat bergambar, kelibat suaminya kelihatan. Maisarah berhenti. Bebola mata hijau zamrudnya bergerak liar melihat sosok belakang Tengku Qayyum.

Gerakan tubuh seperti sedang menunggu. Maisarah mengatur langkah ke arah Tengku Qayyum. Malu menegur, kot suaminya ditarik kecil dari belakang. Suami eh? Rasa lain betul suasana. Masih tak percaya dia sudah menjadi isteri Tengku Qayyum. Padahal kenal tak sampai dua bulan.

Tengku Qayyum terkejut. Kepala menoleh separa sebelum sepenuhnya berpaling melihat orang yang menarik kotnya. Seketika, Tengku Qayyum terpegun. Shit. My wife so beautiful! Tengku Qayyum tahan perasaannya. Semakin kuat hakikat Maisarah isterinya, semakin kuat perasaan yang mengetuk dada.

"Cantik." Desis Tengku Qayyum. Cukup mereka saja yang dengar. Maisarah membalas renungan suaminya. Langsung tak ada urat segan di sana. Seakan menyahut cabaran tatapan suaminya.

Maisarah tak nafikan jika hari ini Tengku Qayyum kelihatan tampan dan segak berpakaian sut hitam. Dalaman kemeja putih. Bow tie menjadi pengganti tali leher. Kedua-dua tangan bertutup dengan sarung tangan putih. Spesis pakaian berkerabat tinggi.

Bergerak-gerak bebola mata pasangan itu melihat setiap inci wajah masing-masing yang sangat angelic.

Tengku Qayyum mencapai perlahan tangan Maisarah lalu dikucup lembut dengan mata tak lepas merenung sepasang mata yang menggoda dalam diam. Maisarah nampak terkesan tapi riak berjaya dikawal. Tidak mahu diketahui jantungnya sedang tidak aman. Renungan Tengku Qayyum tajam tapi mengasyikkan.

Tengku Qayyum sudahi tindakannya. Selepas itu, entah apa yang merasuki Maisarah, tiba-tiba satu tangannya naik menyentuh dada Tengku Qayyum lalu naik ke bahu Tengku Qayyum. Mata Maisarah tak lekang merenung sepasang mata suaminya. Gerakan tangannya halus, lembut dan perlahan. Menghantar getaran aneh pada tubuh Tengku Qayyum.

Pertama kali Maisarah menyentuhnya tanpa paksaan.

"You too, husband. God's amazing creation." Balas Maisarah dengan senyuman tipis. Hampir tak terlihat. Pujian pertama untuk Tengku Qayyum bergelar suami. Bukan senang Maisarah mahu memuji jejaka itu tapi Maisarah tak dapat menahan pujian itu.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now