BAB 3

13.9K 1.2K 161
                                    

Maisarah tolak lidah ke gigi geraham sembari tolak rambut hitamnya ke belakang. Wajah benar-benar tak senang dengan ayat Tengku Qayyum. Mungkin perempuan lain, akan cair dengan kata-kata itu tapi tidak Maisarah. Maisarah tiada hati untuk mendirikan rumah tangga atau menjadi permaisuri.

"Saya tak mahu ada ikatan antara kita. Saya suka bebas. Lagipun, gelaran permaisuri itu nanti tak layak untuk saya. Perempuan di luar sana, berlambak nakkan Tengku. Kenapa saya? Sebab saya perempuan yang tiada adab, kena ada bimbingan supaya saya jadi perempuan lebih baik?Saya tak perlukan semua itu, Tengku Qayyum!" hujah Maisarah geram di hati.

Tengku Qayyum sekadar menggeleng dengan senyuman nipis. Namun, Tengku Qayyum tak membalas sama sekali. Mungkin suka melihat Maisarah beria-ria tolak ikatan yang bakal ada di antara mereka. Sebenarnya, Tengku Qayyum tak pernah libatkan soal pernikahan dalam pertemuan ini tetapi entah kenapa bila lihat Maisarah depan mata, isu itu terus timbul.

"Saya perempuan sombong dan angkuh. Saya tak nafikan benda itu. Semua orang cakap saya puteri yang tak ada rasa hormat dan tak peramah tapi apa saya peduli? Ini hidup saya. Saya tak suka perjodohan. Benda itu paling sia-sia untuk saya,"

"Saya tak nak kenal awak dan saya tak nak ada kena mengena langsung dengan awak. Pertemuan ni, saya tak pernah minta!" panjang Maisarah berbicara. Meluahkan rasa hati yang tidak suka langsung dengan pertemuan ini.

Bila rasa Maisarah sudah habis, Tengku Qayyum senyum hingga menimbulkan tawa kecil. Terhibur sebenarnya.

Tengku Qayyum cuit hidung sambil hembus nafas berat.

"Saya faham, Yang Mulia. Dari wajah Yang Mulia, saya sangat tahu bahawa Yang Mulia sangat tak sukakan pertemuan ini tapi apa boleh buat? Saya malah suka dengan pertemuan ini. Saya dapat tengok wajah jelita puteri Raja Carran di depan mata,"

Maisarah tatap kosong. Tak ada erti ayat itu semua.

"Saya mengaku, saya gembira dapat berjumpa dengan awak tapi tak salah bagi saya peluang untuk mengenal awak lebih dalam, kan? Saya berminat untuk tahu siapa Puteri Mahkota Maisarah Az-Zahra. Soal kahwin tu semua, tolak belakang. Kita cuma perlu mengenal,"

Tengku Qayyum pandang Maisarah lama. Redup. Tangan Tengku Qayyum perlahan menongkat dagu. Ingin tatap wajah dingin itu lebih jelas. Demi Tuhan sekalian alam, Maisarah berjaya ragut hatinya di pertemuan pertama kali mereka.

Meski hadir dengan wajah ketus, wajah indahnya tak pernah pudar.

"Kenapa?" soal Tengku Qayyum bersama selitan tawa kecil.

"Awak ragu dengan saya? Awak ingat saya macam lelaki di luar sana? Saya tak macam tu..."

"Berhenti." Pintas Maisarah. Cukup berbulu telinganya dengar kata Tengku Qayyum. Tolonglah! Hatinya tak luruh pun.

Tengku Qayyum angkat kening. Kembali tubuh belakang bersandar ke kerusi. Kaki naik menyilang lalu kedua-dua tangan bertumpu di atas lutut. Senyum Tengku Qayyum berubah nakal. "Awak dah jatuh hati dengan ayat saya?" ejek Tengku Qayyum. Hal yang bagus jika Maisarah terenyuh.

Bolehlah dia tambat hati batu puteri harimau ini. Kenapa harimau? Sebab garang macam harimau.

Maisarah mendengus. "Dalam mimpi saya nak jatuh hati dengan ayat awak! Semua ayat tu dah basi, Tengku Qayyum. Tolong jangan tunjuk yang awak sangat memerlukan saya. Saya lebih rela hidup dengan rakyat miskin berbanding orang macam awak!"

Tengku Qayyum sontak berdecak kagum. Kagum dengan kubu pertahanan Maisarah. Ini yang Tengku Qayyum semakin tertarik. Semakin tinggi tembok Maisarah, semakin giat Tengku Qayyum cuba menyeberangi.

"Ayat awak menyakitkan saya tapi saya suka. Petanda awak perempuan yang mahal. Susah tau saya nak jumpa perempuan keras macam awak? Susah nak tundukkan." Ujar Tengku Qayyum sambil menggeleng dengan riak kagum. Perempuan macam Maisarah lah yang harus jadi pendamping.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now