BAB 7

11.6K 1.2K 144
                                    

Tubuh Maisarah terkejung. Rasa dunia terhenti. Tak berkelip mata Maisarah menatap wajah sayup Tengku Qayyum. Adakah lamaran Tengku Qayyum tadi benar-benar ada? Fikiran langsung kosong dari memikirkan benda lain.

Maisarah tak pernah sangka dia akan dilamar secara rasmi oleh Tengku Qayyum. Baru saja dia dibuang oleh Iskandar, sekarang dilamar oleh Tengku Qayyum pula. Semuanya menjadi dalam satu malam. Tanpa Maisarah duga pun akan terjadi.

Maisarah telan liur sebelum lepaskan genggaman Tengku Qayyum. Dia tidak tahu hendak beri jawapan apa. Semuanya berlaku terlalu cepat. Maisarah pandang Tengku Qayyum. Jejaka itu nampak terkesan dengan reaksinya. Maisarah kelip mata.

Dia harus apa?

Hatinya masih milik Iskandar.

"Hati saya milik Iskandar," beritahu Maisarah. Sejujurnya, Maisarah tak mahu kahwin bersama Tengku Qayyum. Tak pernah dia setuju untuk terima Tengku Qayyum dalam hidupnya. Tunduklah seperti lelaki sejati sekali pun, Maisarah tak mahu terima.

Tengku Qayyum senyum menggeleng. Badan menghadap laut. Melihat dengan hati mengecil kerana pengakuan Maisarah. Wajar jika Maisarah menolak lamarannya. Gadis itu masih dilema oleh kejadian pahit tadi. "Sia-sia awak tunggu dia, Mai. Baik terima lelaki yang sudi terima awak apa adanya."

Maisarah pandang dalam sisi wajah Tengku Qayyum. Tangan naik bersedakap dada. Melihat tubuh Tengku Qayyum atas bawah. "Untuk apa awak kahwin dengan saya? Saya ni bukan perempuan baik macam perempuan di luar sana. Banyak kata-kata buruk tentang diri saya. Saya mengaku saya sombong. Jadi, lebih baik awak pilih perempuan lain. Yang lebih berhak. Keluarga awak keluarga yang pegang agama. Awak fikir, saya layak ke jadi sebahagian keluarga awak?"

Lidah Tengku Qayyum menolak ke gigi geraham. Kepala tergeleng-geleng mendengar ayat Maisarah. Tak sepatutnya Maisarah kata begitu. Walaupun dari awal Tengku Qayyum akui bahawa Maisarah perempuan yang sombong tapi sekarang Tengku Qayyum tak menganggapi semua itu lagi.

"Awak dah lupa ke?" soal Tengku Qayyum tiba-tiba.

Dahi Maisarah berkerut. "Lupa apa?"

Tengku Qayyum toleh melihat Maisarah yang berkerut tak mengerti. "Apa awak buat pada saya tempoh hari. Saya kena bertanggungjawab. Tuduhan awak kepada saya buat maruah awak tercalar. Begitu maruah negara." Tengku Qayyum senyum sinis.

"Jadi, awak tolak pun, awak tetap jadi isteri saya, Maisarah. Lamaran tadi saya cuma mahukan jawapan rasmi walaupun saya tahu awak akan tolak. Princess, jawapan untuk lamaran saya hanya yes or yes sahaja."

Tengku Qayyum senyum sampai mata hampir tak terlihat. Kacak tapi sebenarnya mengejek Maisarah yang semestinya menganggap perkahwinan mereka tak akan wujud. Sangat menyebalkan, bukan?

Maisarah melopong. Langsung tak percaya. Jadi, Tengku Qayyum sengaja buat lamaran tadi? Dada Maisarah berombak. Kesal bukan main. Memang... Memang cari nahas ni. Lebih baik dia tak perlu cakap soal perasaannya tadi. Buang masa saja!

"I hate you!" jerit Maisarah seraya tanggalkan sandalnya lalu dibaling ke arah Tengku Qayyum. Senyum Tengku Qayyum mati digantikan terkejut. Lantas Tengku Qayyum lari dari amukan Maisarah. Bukan takut malah Tengku Qayyum ketawa besar kerana dapat menjahili Maisarah.

"Saya takkan kahwin dengan awak! Sampai bila-bila pun tak akan!!" teriak Maisarah sambil kaki mengejar Tengku Qayyum. Tangan terangkat tinggi pegang sandal yang ditanggalkan tadi. Kalau dapat, memang Maisarah hempuk-hempuk kepala Tengku Qayyum. Biar hilang ingatan!

"Keinginan awak tak akan wujud, Maisarah! Awak akan jadi permaisuri saya sampai bila-bila!" laung Tengku Qayyum. Seronok buat Maisarah kesal separuh mati dengannya. Dengan begitu, dia akan dapat melihat wajah menyeramkan Maisarah yang semakin cantik.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now