BAB 6

11.3K 1.2K 140
                                    

Menjelang malam, di waktu semua sudah tidur, pintu kamar tidur Tengku Qayyum terbuka sedikit dari dalam. Perlahan pintu dibuka tanpa timbulkan sebarang bunyi. Lalu, wajah Tengku Qayyum timbul di balik daun pintu. Panjang leher mencari sesuatu yang akan menghalangnya keluar malam ini.

Bila keadaan sunyi tanpa manusia, tubuh Tengku Qayyum menegak kembali. Berlagak tenang. Jam di tangan, ditilik. Jam 11 malam. Waktu ini Tengku Qayyum tahu keluarganya sudah tidur. Tengku Qayyum bawa diri keluar dari kamar dengan langkah bisu.

Pakaian Tengku Qayyum tak seperti biasa yang selalu menggunakan pakaian formal dan sut putera raja. Hanya t-shirt putih dipadukan jaket hitam, seluar jean dan rambut ditutup dengan cap hitam. Menutup separuh wajahnya agar orang istana tidak perasan.

Tengku Qayyum berjalan cepat ke pintu lain untuk keluar dari istana. Dia tak boleh keluar melalui pintu utama. Sekarang ini, dia mahu pergi tempat yang menenangkan fikirannya. Tempat di mana semua orang tidak mengenalnya sebagai putera mahkota.

Mata Tengku Qayyum tertuju ke arah pintu gelangsar. Agak jauh darinya. Tengku Qayyum lilaukan mata seisi ruang istana. Berharap tiada orang perasan dengan tindakannya seperti perompak.

Tengku Qayyum berlari ke pintu gelangsar yang terus menuju ke arah tembok. Cepat dan tangkas Tengku Qayyum keluar dari istana. Berlari ke tembok dengan badan membongkok. Ingin menghalang figuranya jadi suluhan lampu penjaga istana. Kalau dia ditemukan, habislah dia. Ini memang kali terakhir dia keluar senyap-senyap nanti.

Rutin Tengku Qayyum bila inginkan privasi. Keluar senyap-senyap dari istana dan santai dengan dunia luar tanpa kantoi dengan penghuni istana. Tengku Qayyum dah bosan hidup sebagai putera mahkota.

Sesekali, bagilah rasa hidup rakyat jelata.

Krak! Tubuh Tengku Qayyum terkaku. Terpegun di tempat bila kaki tak sengaja pijak ranting kayu. Nasiblah dia sudah melepasi tembok istana. Kalau masih bertenggek atas tembok, tak ke haru?

"Siapa tu?!"

Makin mengeras tubuh Tengku Qayyum. Cepat-cepat Tengku Qayyum kemam bibir agar tak lepaskan sebarang suara atau desahan nafas. Mati kalau kantoi!

Telinga Tengku Qayyum tajam mendengar pergerakan penjaga istana. Bila rasa keadaan sunyi, Tengku Qayyum cepat tinggalkan kawasan istana. Sebelum kantoi sekali lagi, baik dia berambus cepat! Tanpa menggunakan kenderaan, Tengku Qayyum santai berjalan kaki di atas jalan raya yang hanya dipenuhi hutan hijau.

Tujuan Tengku Qayyum sekarang cari makan. Lepas itu, baru laut.

Tengku Qayyum hembus nafas panjang sambil angkat kedua-dua tangan. Merenggangkan otot-otot badan. Langsung tak peduli dengan jalan gelap yang hanya disinari lampu jalan. Siapa nak rompak aku kalau duit pun bawa lima puluh ringgit je?

Cukup-cukup nak melantak makanan pasar malam.

Dua puluh minit masa berjalan, kini Tengku Qayyum sudah tiba di pasar malam. Mata Tengku Qayyum rambang mata melihat banyak jenis makanan di depan mata. Suasana malam ini sangat ramai seperti biasa. Semuanya sibuk membeli makanan masing-masing.

Kriuk! Tengku Qayyum mendesis. Perut datarnya diusap. Perut dah mula buat karoake. Hurm. Nak makan apa, ya? Semuanya menggugah selera.

Tengku Qayyum mula berjalan mencari makanan. Malam ini kita lantak sampai puas! Bukan selalu nak rasa makanan rakyat jelata. Semuanya nampak lagi sedap berbanding makanan istana. Beberapa minit Tengku Qayyum berjalan, mata berkenan ke arah nasi kerabu ayam percik.

Tengku Qayyum telan liur. Mak aih! Nampak macam sedap je! Tengku Qayyum lantas menuju ke khemah nasi kerabu tersebut. Agak sukar untuk membelinya kerana ramai yang membeli. Malam-malam makan nasi kerabu, ek? Dasyat!

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now