BAB 28

9.4K 1.2K 39
                                    

Maisarah hampar sejadah atas lantai mengikut arah kiblat. Beg telekung di sofa diambil lalu telekung dikeluarkan. Waktu maghrib sudah tiba jadi dia ingin menunaikan solat. Maisarah curi tengok ke cermin dinding. Mana tahu ada rambut terkeluar ke. Maisarah tolak helaian rambut ke dalam semula.

Maisarah pandang suaminya. Bibir senyum manis.

"Mai solat kejap ya, habib."

Setelah itu, Maisarah ambil tempat semula. Suasana hening seperti biasa. Hanya Tengku Qayyum dan Maisarah yang mula angkat takbir. Beberapa minit kemudian, Maisarah selesai solat. Habis tahiyat akhir, Maisarah duduk diam di atas sejadah. Muka suci itu tak beriak. Mata tenang melihat dinding kosong di depan mata.

Setelah apa yang terjadi, dirinya banyak perubahan. Seperti, hubungannya bersama keluarganya sudah semakin baik. Tak ada pergaduhan dan bermasam muka lagi. Semuanya menyokong dia saat sedang jatuh. Maisarah hairan kenapa dari dulu keluarga mereka tidak harmoni macam sekarang?

Tetapi, Maisarah tidak menyalahkan takdir. Mungkin itu cara Allah mahu satukan dia dengan Tengku Qayyum. Jika dia tidak membuat cerita, pasti dia takkan bersatu dengan suaminya. Bukan itu saja perubahannya. Dia sudah banyak bertoleransi dengan baik. Tidak lagi bercakap menggunakan emosi.

Selama ini bila pelayan lalu dan menyapa, dia tidak balas, kali ini dia balas dengan senyuman. Mestilah reaksi yang diberikan oleh mereka buat Maisarah rasa bersalah. Buruk sangatkah sikap dia selama ini sehingga para pelayan takut dengannya?

Selain itu, dia sudah rajinkan diri untuk dekat dengan Allah. Meskipun begitu, dia masih belum bersedia untuk menutup aurat. Tak apalah. Perlahan-lahan orang cakap, kan? Nak berubah mesti ada step by step. Syukurlah ada Tuanku Hakam dan Permaisuri Widuri sudi untuk membantunya berubah.

Tak pernah ibu dan bapa mertuanya lelah mengajarnya tentang agama. Mula-mula dia ingin mengalah tapi bila Tuanku Hakam menasihatinya, dia batalkan rasa ingin mengalah.

"Sarah pilih. Neraka atau syurga? Dunia ni hanya tempat persinggahan. Bukan abadi, Maisarah. Bila-bila masa je Allah hancurkan bumi ini tanpa fikirkan apa-apa lagi tentang hamba-Nya. Nak taubat, pintu taubat dah tutup. Bila kita mati, apa yang ditanya pertama sekali? Solat. Solat kita. Dah cukup sempurna solat kita? Al-Quran ada sentuh? Biar memaksa asalkan berjalan ke arah yang benar."

Maisarah menunduk melihat kedua-dua tapak tangan yang terlindung kain telekung. Dia ingin menutup aurat seperti Permaisuri Ummu dan Permaisuri Widuri. Dua wanita itu menjadi penyemangatnya ketika berfikir tentang pakaian menutup aurat. Maisarah kemam bibir dengan dagu perlahan-lahan bergetar.

Ya Allah, aku ingin sekali menuju ke arah-Mu tetapi kenapa terasa sangat berat dan sukar? Kenapa Kau jadikan aku perempuan yang sangat buruk sikapnya sehingga tidak berfikir atas balasan yang akan Kau berikan kepadaku?

Air mata Maisarah jatuh setitis sehingga jatuh ke kain telekung. Perlahan-lahan tangan Maisarah naik berdoa. Mata melihat dinding kosong di depannya dengan air mata mengalir lesu. Bergetar mulutnya ingin mengucap sesuatu. Tubuh menggigil.

"Ya Allah..." Maisarah berhenti seketika. Rasa ingin meletup dadanya kerana tidak tahan dengan rasa sebak yang menggunung tinggi.

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now