BAB 31

10.2K 1.3K 48
                                    

"Sadaqallahul azim..." Suara Tuanku Hakam dan Maisarah serentak mengucap setelah habis sesi mengajar mengaji. Senyuman Tuanku Hakam terbentuk saat Maisarah sudah berjaya ke juzuk 5. Bangganya terhadap menantunya semakin tinggi. Beliau nampak usaha Maisarah selama sebulan ini untuk belajar lebih dalam tentang agama.

Kata Maisarah, dia memang pandai huruf jawi tapi untuk mengikut bacaan tajwid dengan tertib masih tunggang langgang. Tuanku Hakam dengan suka rela mengajar menantunya itu. Mula-mula memang banyak kesalahan sampai suara tegasnya keluar menakuti Maisarah tetapi makin lama banyak belajar, bacaan Maisarah makin baik. Tak sia-sia beliau mengajar dengan tegas.

Maisarah senyum puas. Terbias riak gembira di situ walau baru habis juzuk 5. Inilah dia inginkan! Selama sebulan tak pernah lupa al-Quran. Lepas solat fardhu, mesti rutin mereka buka al-quran lalu mengaji dengan bacaan tertib. Tuanku Hakam dan Permaisuri Widuri silih ganti mengajar Maisarah membaca.

Contoh, lepas zohor Tuanku Hakam. Kemudian, lepas solat asar Permaisuri Widuri pula. Seronok pasangan itu mengajar menantu mereka. Tak lupa memberitahu kisah-kisah hadis nabi kepada Maisarah. Maisarah pula tenang mendengar. Tak pernah gadis itu mengalami perasaan setenang ini. Selama ini ada saja yang tak kena, tak sedap hati dan tak tenang.

Selepas mendalami ilmu agama, semua itu perlahan menghilang. Cumanya, Maisarah belum bersedia untuk bertudung meski sudah banyak pakaian bertutup aurat dibeli oleh dua permaisuri itu. Ada rekaan khas untuknya dari butik ternama, ada tempahan Permaisuri Ummu dari butik kegemaran dan sebagainya.

Entah bila hatinya akan terbuka untuk pakai semua itu. Kerana ingin berubah, Maisarah buang pakaian yang mendedahkan tubuhnya. Hanya meninggalkan pakaian yang ada seluar sahaja. Cukuplah itu membantu menutup tubuhnya buat sementara ini.

"Sarah tak tahu nak berterima kasih macam mana dengan ayahanda sebab sudi bantu ajarkan Sarah mengaji. Bukan tu je, bagitahu hadis nabi dan kisah isteri-isteri nabi. Sarah hargai sangat atas jasa ayahanda dan bonda." Ucap Maisarah tersenyum sebak. Dia tak percaya sudah sampai juzuk 5. Sikit pun sudah memadai asalkan dia dapat banyak belajar.

Tuanku Hakam senyum manis.

"Untuk menantu ayahanda, ayahanda sanggup. Sarah nak belajar tentang agama, ayahanda dan bonda tak kedekut untuk kongsi. Sarah juga keluarga kami. Isteri anak kami. Tak ada yang salah untuk bantu keluarga sendiri untuk hijrah." Balas Tuanku Hakam tenang. Melihat air muka muram Maisarah, tahulah beliau bahawa Maisarah sangat terharu dengan bantuannya bersama isterinya.

"Tapi, ayahanda..." Maisarah jeda.. Bibir digigit seketika. "Susah ke untuk istiqomah? Sarah selalu nak mula tutup aurat tapi Sarah tak ada keyakinan. Sarah tak bersedia untuk melangkah ke arah Allah. Tapi, Sarah berangan nak masuk syurga. Nak jadi isteri yang baik untuk Qayyum."

Tuanku Hakam tersentuh. Jelas wajah Maisarah terasa sangat berat untuk melangkah ke arah-Nya. Tuanku Hakam mengerti kerana gadis itu lalai dalam bab agama. Tak mengapalah. Semuanya boleh perlahan-lahan.

"Kalau begitu, Sarah cuba jangan pakai baju yang mendedahkan tubuh. Tinggalkan baju yang yang tutup leher sampai kaki saja. Sarah biasakan pakai macam tu. Lama-lama nanti, Sarah berniat nak bertudung pula. Baju-baju yang ketat, mendedahkan aurat, nampak aset tubuh, ha semua tu buang. Jangan ada yang tinggal dalam almari. Pastikan pakaian yang tutup leher sampai kaki tu tak ketat dan tak mengikut potongan tubuh. Kalau boleh, biarlah longgar."

Maisarah terangguk-angguk. Sangat mengerti atas tips yang diberi oleh Tuanku Hakam.

"Lagi satu, bila dah selesa bertudung, apa kata Sarah cuba biasakan pakai sarung tangan dan stokin. Kaki dengan pergelangan tangan perempuan adalah aurat tau? Dalam islam, perempuan hanya tinggal muka dan tangannya sahaja. Ayahanda pasti kalau Qayyum lihat isterinya begitu, hatinya akan sejuk. Rasa tak sia-sia dengan ujian yang Allah berikan untuk kamu berdua."

Maisarah tahan air matanya dari jatuh. Mestilah dia terkesan. Benar kata Tuanku Hakam. Apa yang berlaku dalam rumah tangganya, membawa dia ke arah jalan Allah. Membawanya dirinya rasa untuk menutup tubuh yang dulu selalu mendedahkan ke mana-mana. Memang Tengku Qayyum selalu menasihatinya untuk menutup aurat tapi dia hanya diam dan tak berkata apa-apa.

Sekarang, bila banyak perkara terjadi, hati sudah memilih untuk menjadi perempuan lebih baik.

"Sarah jangan takut dengan ujian Allah. Jikalau Allah turunkan ujian untuk kamu sampai hati kamu hancur berkecai, bermakna Allah sangat sayang pada kamu. Dengan cara itulah Allah mahu hamba-Nya bergantung dan berharap kepada-Nya sahaja. Bukan mana-mana manusia di dalam dunia ini,"

"Sarah penat, Sarah sakit, Sarah mahu berputus asa untuk hidup, sujudlah kepada-Nya. Mengadulah segala rasa yang membebankan hati kepada-Nya. Allah suka mendengar aduan hamba-Nya. Allah suka mendengar pertolongan hamba-Nya. Sarah jangan bersangka buruk sekali pun dengan Allah, ya?"

Pandangan Tuanku Hakam meredup saat air mata Maisarah mengalir kaku di wajah. Riak tak menunjukkan sebarang reaksi tapi air mata mengalir tanpa dipinta. Bermakna Maisarah sangat terkesan dengan nasihatnya.

"Kadang, Sarah rasa Sarah hamba yang teruk. Sarah rasa kenapa Sarah dilahirkan kalau Allah jadikan Sarah perempuan yang tak pernah ada sikap yang menyenangkan semua orang. Sarah banyak sakitkan hati suami, hati ibu dan ayah, hati orang yang mahu berkenalan dengan Sarah dan banyaklah Sarah sakitkan hati orang dalam dunia ni. Sarah paling banyak derhaka dengan suami." Luah Maisarah sesak. Dada nyeri. Rasa sukar untuk bernafas buat seketika kerana hidung rasa pedih kerana tersumbat.

"Sarah rasa teruk sangat, ayahanda." Maisarah tunduk, menggigit bibir agar tangisannya tidak terhambur di depan ayah mertuanya.

"Kalau begitu, berubahlah. Jika syurga firdaus adalah rumah impian kamu, kejarlah dengan bersungguh-sungguh. Allah suka hamba-Nya giat untuk mengejar syurga berbanding neraka yang mematikan." Sahut Tuanku Hakam hangat.

Maisarah angkat kepala. Melihat Tuanku Hakam penuh rasa terharu. Tangan Tuanku Hakam diambil lalu dikucup lama.

"Terima kasih, ayahanda. Terima kasih sangat-sangat." Ucap Maisarah diselangi esakan kecil. Tuanku Hakam senyum manis. Kepala Maisarah berbalut telekung, diusap.

"Sama-sama, menantuku."

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now