Maisarah rentap kasar tangan Tengku Qayyum bila sedar sendiri leka dengan kelakuan jejaka itu. Riak Maisarah berubah kesal dengan nafas berubah sedikit laju. Tak suka apa yang Tengku Qayyum lakukan. Seakan-akan Tengku Qayyum berusaha luluhkan hatinya yang keras seperti batu.
"Saya tak pernah terima perkahwinan ini,"
"Tapi saya terima." Balas Tengku Qayyum cepat. Merenung wajah kesal Maisarah. Entah apa yang Maisarah sangat anti dengannya. Padahal perempuan lain, tersipu-sipu seperti mahu disunting.
Maisarah merengus. "Apa jaminan Tengku kalau saya kahwin dengan Tengku?" soal Maisarah sangar sambil tangan bersilang dada. Mata menembus dalam iris kuning keemasan Tengku Qayyum. Maisarah inginkan jaminan selepas hidup bersama Tengku Qayyum sebagai seorang isteri.
Adakah dia akan bahagia atau sebaliknya? Akan jadi masalah besar jika Maisarah terima begitu saja. Apatah lagi, Tengku Bunga adalah adik Tengku Qayyum. Dia dengan Tengku Bunga saling bermusuhan. Tak pernah akur sejak bertemu empat mata.
Maisarah tak mahu pisang berbuah dua kali. Mungkin dia perempuan yang sudah tidak letak harapan pada sebuah perkahwinan, sekurang-kurangnya Maisarah ingin tahu bagaimana rasanya ada teman hidup di sisi sepanjang hidup. .
"Kita tak pernah kenal tau, Tengku? Saya tak tahu awak dan awak tak tahu saya. Mana mungkin kita kahwin seawal ini? Saya tak cintakan awak dan awak pun tak cintakan saya. Apa tujuan perkahwinan ni? Tanggungjawab sebab helah saya?"
Tengku Qayyum tak menjawab. Bersandar ke dinding lalu berpeluk tubuh. Melihat wajah ketus Maisarah tanpa riak. Membiarkan saja Maisarah dengan andaian sendiri.
"Kalau awak tahu itu helah saya, kenapa tak cuba halang? Awak nak ke kahwin dengan perempuan bukan kenalan awak? Yang... yang awak tak pernah cinta pun! Lagi satu, saya ini musuh adik awak. Tengku Bunga Qaseh. Awak tak terfikir apa akan terjadi kalau kami bertemu empat mata? Hm?" hujah Maisarah panjang lebar. Langsung tak peduli kalau ada orang dengar.
Telinga kiri Tengku Qayyum ternaik saat tak sengaja mendengar suara bisikan kecil dari luar bilik persalinan. Dia yakin Maisarah tak mendengarkan bisikan itu kerana sibuk dengan andaian sendiri. Tengku Qayyum geleng kepala. Maisarah sungguh keras kepala. Dia pun tak tahu kenapa boleh jatuh hati dengan Maisarah.
"Maisarah Az-Zahra..." Panggil Tengku Qayyum meleret. Berharap Maisarah hentikan drama yang tak ada guna ini.
Maisarah berhenti bebel. Maisarah berdecih sembari buang pandangan. Tangan memeluk tubuh. Enggan sungguh melihat wajah Tengku Qayyum. Hatinya sedang panas. Panas membara. Nak mengamuk je sekarang ni.
"Saya tak halang sebab itu peluang saya untuk dapatkan awak. Takkanlah saya nak tolak begitu saja?" Tengku Qayyum tahan senyum bila mata Maisarah gesit melihatnya. Mungkin terkejut.
"You..."
"Tuduhan awak makan diri sendiri, Maisarah. Tengoklah hasilnya. Saya kena bertanggungjawab sebab sentuh awak. Bila saya kena bertanggungjawab, bermakna saya kena jadi suami Puteri Mahkota Maisarah Az-Zahra. Mai, apa awak buat sebenarnya, mengagumkan. Awak buat saya jadi suami awak tanpa dikejar terlebih dahulu."
Maisarah pandang jelik. Kalau tak mengingatkan dia berada di tempat awam, sudah lama dirodok-rodok mulut Tengku Qayyum yang kedengaran gatal itu. Tak sedar diri betul!
"Saya takkan lepaskan peluang ini."
Mata Tengku Qayyum dan Maisarah bertembung. Seorang tenang dan seorang lagi garang. Maisarah menggeleng samar dengan mata semakin memincing.
"Saya tak faham orang macam awak ini, Tengku Mahkota. Rasa macam terdesak sangat inginkan pasangan hidup. Kenapa? Tak ada perempuan yang mahukan awak? Awak kan putera mahkota yang paling terkacak di negara ini. Kenapa tak pilih saja perempuan yang mahukan awak. Senang! Tak perlu terhegeh macam orang tak ada siuman."
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomantikMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...