Bunyi ketawa riang di sekitar Istana Carran membuat Permaisuri Carran, Permaisuri Ummu tegakkan badan dari membongkok membelek tanaman bunganya yang tumbuh segar. Mata Permaisuri Ummu menyipit melihat siapa yang ketawa kuat sangat sampai di kebun beliau dengar.
Bila muncul orang yang ketawa tak ingat dunia, barulah kepala Permaisuri menggeleng. Tangan naik cekak pinggang, melihat lurus anak kembarnya sedang ketawa sambil berjalan ke kebunnya.
"Maisarah! Nuqman!"
Terus mati ketawa sepasang kembar bila nama diseru oleh ibu mereka. Serentak kepala menoleh ke arah Permaisuri Ummu yang sedang menatap mereka tajam. Sontak bibir mereka tersengih. Lupa pulak ada bonda.
"Bonda!" sapa Maisarah seraya menuju ke arah ibunya. Topi yang dipakai, dibetulkan kerana cuaca hari ini panas terik. Peluh merenik!
"Apa yang seronok sangat sampai sini bonda dengarnya?" soal Permaisuri Ummu hairan lalu kembali dengan kerja tanam bunganya.
Inilah kerja Permaisuri Ummu Khadijah bila tiada apa nak dibuat dalam istana. Tuanku Adam pula tiada kerana ada majlis yang perlu dihadiri. Sebenarnya Permaisuri Ummu diajak Tuanku Adam untuk ikut sama tapi jawapan Permaisuri Ummu penat. Nak duduk di istana saja.
"Tak ada apa, bonda. Kita orang main kejar-kejar tadi. Bonda kenapa tak ikut ayah?" jawab Nuqman lalu menyoal ibunya. Jarang ibunya mahu berenggang dengan ayahnya. Selalu nak berkepit saja.
Hei, walaupun umur sudah lanjut, kemesraan tak pudar ditunjuk, okey! Mahu naik geli-geliman Maisarah dan Nuqman tengok keromantisan orang tua mereka. Nasiblah diri ini belum jadi kepunyaan sesiapa... Menangis dalam hati ajelah!
"Bonda penatlah. Biarlah ayah tu seorang diri. Bonda nak tengok kebun bonda ni. Cantik ke tidak tumbuhannya."
Maisarah duduk cangkung di sebelah ibunya. Bunga kecil berwarna ungu, disentuhnya. Cantik sungguhlah! Tanaman Permaisuri Ummu tak pernah mengecewakan. Kebun inilah yang membuat halaman Istana Carran cantik dipenuhi tumbuhan-tumbuhan segar.
"Kalau ayah tu kena pikat dengan perempuan cantik macam mana? Menangis bonda!" sengaja Nuqman menakuti ibunya.
Maisarah terkekeh mendengarnya. Kau nilah, Nuqman! Memang sengaja nak buat ibu naik darah. Tahulah ayah tu masih kacak walaupun umur dah tua.
"Ish kamu ni! Adaaa je nak buat bonda naik angin kan? Siapa yang berani sangat nak pikat ayah tu? Sini bonda silat gayung dia. Biar dia tahu siapa Permaisuri Carran ni!" geram Permaisuri Ummu sampai mahu bangkit cubit Nuqman.
Nuqman ketawa mengekek. Seronok buat ibunya bengang. Sehari tak buat Permaisuri Ummu bengang, tak sah.
"Alah bonda ni. Itu pun nak marah. Nuqman gurau je. Mana ada perempuan yang boleh ganti tempat bonda."
"Ada. Akulah tu." Celah Maisarah setelah lama dengar dua beranak itu beradu mulut.
Maisarah bangun dari cangkungan lalu bertindak selit rambut perang panjangnya ke telinga kerana angin. Menoleh melihat Nuqman yang buat muka selenga. Maisarah mencebik melihat reaksi adiknya itu. Kalau aku simbah dengan air panas kang, tahu berkurung dalam bilik tak keluar-keluar.
"Borak apa ni? Rancak tengok dari jauh."
Suara garau maskulin yang menegur perbualan mereka membuat tiga-tiga manusia itu toleh serentak ke arah pemilik suara. Kening Permaisuri Ummu spontan ternaik.
Kelibat putera sulung terpampang di depan mata setelah berbulan tak bertemu muka.
"Aiii... Ahmad? Kamu ni sesat jalan ke sampai tak tahu nak balik-balik tempat asal kamu ni? Hm? Macam bonda ni ada si kembar je. Anak sulungnya entah ke mana terbang. Seronok ya jumpa awek-awek mata biru kat sana?" Permaisuri Ummu mula buka senjatanya. Senjata yang buat anak-anaknya akan tekup telinga kerana tak tahan dibebel.
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
Storie d'amoreMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...