Setelah mendengar berita mengejut dari Tuanku Adam, riak Maisarah berubah ketara. Terus sudu terlepas dari tangan. Dari berselera mahu makan, jadi hilang selera bila berita itu menendang pendengaran Maisarah. Maisarah kepal penumbuk. Masih tak mengerti kenapa Tengku Qayyum masih ingin teruskan perkahwinannya.
"Saya tak mahu."
"Mahu atau tidak, kamu harus, Sarah. Ingat apa kamu kata tempoh hari. Tengku Qayyum dah sentuh kamu," balas Tuanku Adam tegas. Maisarah ketap rahang.
"Itu hanya rekaan semata, ayah! Saya tak cintakan Tengku Mahkota!" fakta Maisarah. Dia rasa menyesal kerana membuat tuduhan itu. Sekarang, lihatlah dia sudah termakan sendiri dengan tuduhannya. Urgh!
Wajah Tuanku Adam berubah dingin. Hilang riak tenang bila Maisarah sekali lagi menolak. Huh! Maisarah mahu atau tidak, Maisarah harus menikah dengan Tengku Qayyum agar Maisarah dapat jadi permaisuri. Bukan senang nak masuk dalam keluarga Raja Hakam. Tapi, Tuanku Adam sangat gembira kerana Maisarah jadi pilihan Raja Hakam.
Tuduhan yang Maisarah lakukan, sudah membuat Maisarah terjebak dalam keluarga itu. Pun begitu, Tuanku Adam tidak sabar menjadi besan pemimpin negara hebat. Peluang yang diberi, jangan sia-siakan!
"Huh! Kamu fikir lepas apa kamu dah buat, kamu akan terlepas begitu saja? Ayah tak kira. Tengku Mahkota harus kahwin dengan kamu. Dan kamu!" Jari Tuanku Adam naik menuding wajah Maisarah yang tersentak. "Harus jadi Permaisuri Vhagar! Jangan melawan kata ayah."
Kening Maisarah mengernyit. Tak terima dengan kata Tuanku Adam yang jelas terdesak inginkan Tengku Qayyum sebagai menantu dalam keluarga ini. Apa yang bagus sangat dengan putera mahkota itu? Baik pun, baik-baik biasa saja. Hargh! Rasanya Maisarah ingin menjerit kuat untuk keluarkan isi hati.
Itulah! Buat tuduhan, tak fikirkan akibatnya. Sekarang, tanggunglah sendiri! Nak tarik balik, tidak boleh. Sudah terlanjur.
Maisarah tepuk meja melepas rasa geram. Menatap Tuanku Adam yang sengit memandangnya. Maisarah tak pernah takut akan amarah ayahnya. Sudah lali dia menerima jerkahan atau ayat perintah dari Tuanku Adam. Semua itu memuakkan!
Dalam dunia ini tiada siapa yang mahu berada di sisinya sebagai teman hidup. Semuanya pergi tanpa sempat menghulur setangkai hati yang hauskan kasih sayang. Terkadang, Maisarah seperti berada dalam penjara. Kerana itu, karakter Maisarah sangat biadab dari biasanya.
Emosinya jangan dicabar.
"Okey. Kalau itu yang ayah nak, saya akan ikut tapi saya tak akan pernah jatuh cinta pada dia. Oh ya, bila saya jadi Permaisuri Vhagar nanti, jangan datang pada saya sebagai orang tua saya. Masa itu, saya tak kenal Tuanku Adam dan Permaisuri Ummu." Kata Maisarah dengan wajah penuh sinis. Anak rambut diselit ke telinga sebelum bangun dari duduk.
Tuanku Adam dan Permaisuri Ummu sudah mahu meletup. Teganya Maisarah mengatakan ayat kurang didikan itu?! Rasanya... mereka ingin beri pelajaran kepada Maisarah agar menurut kepada mereka. Anak seperti Maisarah harus diajar!
"Oh satu lagi!" Maisarah letak kedua-dua tangan di atas meja lalu punggung melentik saat membongkok. Ingin katakan lebih jelas kepada orang tuanya yang tidak sedar diri. Maisarah hairan kenapa orang tuanya mesti Tuanku Adam dan Permaisuri Ummu.
"Selepas saya jadi isteri Tengku Mahkota, saya takkan jejak lagi ke istana ini. Well, bakal permaisuri mestilah kena duduk dengan Permaisuri Vhagar supaya boleh berlatih menjadi pemimpin negara yang hebat dan..." Bibir merah terang Maisarah membentuk senyum ngeri. "Bijaksana." Lanjut Maisarah lalu tertawa sinis di hujung ayat.
Kedengaran mencabar kesabaran Tuanku Adam dan Permaisuri Ummu.
"Maisarah Az-Zahra!"
"Hm?" sahut Maisarah lembut seraya satu kening dijungkit. Wajah Permaisuri Ummu dipandang tertanya. Padahal meledek riaknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/355065272-288-k86599.jpg)
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...