BAB 34

10.8K 1.2K 74
                                    

Kasut berjenama mahal kulit keras itu mengatur langkah ke pintu ruang bilik tanah. Di samping pintu, ada dua penjaga sebagai mengawal keselamatan. Tengku Qayyum mengarah salah seorang daripada mereka bukakan pintu tersebut tetapi enggan kerana perintah Tuanku Hakam jangan beri sesiapa masuk melihat Tengku Bunga.

"Buka." Perintah Tengku Qayyum sekali lagi.

"Maaf, Tengku Mahkota. Tuanku larang sesiapa masuk." Kata salah seorang dis itu. Tengku Qayyum mendongak kecil lalu membuang nafas panjang.

"Open the door." Tekan Tengku Qayyum satu persatu bersama tatapan berubah tajam menikam dua pengawal itu. Dua pengawal itu telan liur sebelum berpandangan. Mereka angguk tanda setuju untuk bukakan pintu untuk putera mahkota itu.

Tengku Qayyum senyum apabila dua pengawal itu menurut permintaannya. Tengku Qayyum melangkah masuk. Terus beberapa sel besi terpampang di depan mata. Semuanya kosong kecuali satu sel yang dihuni oleh Tengku Bunga tak sampai beberapa jam. Kepala Tengku Qayyum memiring kecil dengan senyuman penuh makna tersirat.

Perlahan-lahan kaki mengatur langkah ke arah adiknya yang sedang meringkuk kesejukan di atas lantai simen. Tentulah sejuk kerana setiap sel ada tingkap kecil untuk beri udara masuk. Baik betul Tuanku Hakam untuk beri tahanannya tetap menyedut udara. Kalau dia, tahanannya tak akan dapat bertahan selama seminggu kerana tiada udara masuk.

"Look at this dog. Very pitiful."

Ucapan rendah Tengku Qayyum berjaya membuat Tengku Bunga tersedar. Gadis itu tidak dapat tidur kerana sejuk yang mencengkam tulang belulangnya. Tengku Bunga bangun dan menoleh. Terus dia menjerit panggil abangnya sembari berlari ke sel besi.

"Abang Qayyum! Abang, tolong lepaskan Bunga. Bunga tak nak duduk sini. Sini bukan tempat Bunga, abang!" jerit Tengku Bunga merayu. Mata gadis itu berair kembali. Tangan terjulur-julur meminta abangnya lepaskan dia di tahanan ini. Dia tak kuat walau sehari! Nyawanya rasa ingin melayang.

Tengku Qayyum berdecak beberapa sambil menggeleng kepala. Santai kedua-dua tangan masuk dalam poket seluar. Mata menyorot dingin wajah sendu Tengku Bunga. Kacau penampilan adiknya. Tiada lagi perhiasan yang melekat di tubuh gadis itu. Hanya gaun lusuh dan tudung yang menutup kepala. Muka comot dengan air mata.

Menyedihkan.

"Habis tu, di mana tempat kau? Kubur? Hurm?"

Tengku Bunga terkesiap.

"Mana perempuan yang kau selalu ada dengan dia tu? Takkan tak datang selamatkan kau? Kau dengan dia kan bagai belangkas. Ke mana-mana saja, kau dengan dia." Sinis Tengku Qayyum.

"Abang Qayyum!" teriak Tengku Bunga kerana kesal.

Tengku Qayyum ketawa kecil. Lucu.

"Abang, tolonglah lepaskan Bunga. Bunga menyesal apa Bunga dah buat. Tolong pujuk ayahanda, abang!" rayu Tengku Bunga sekali lagi. Teresak-esak memohon sehingga nafasnya jadi sesak. Tak hiraukan wajahnya semakin comot dengan air mata.

"Abang Qayyum!"

Tengku Qayyum cangkung di depan Tengku Bunga lalu mencapai tangan Tengku Bunga. Lembut jari Tengku Qayyum mengusap kulit adiknya. Senyuman terbit apabila tangisan adiknya berubah kecil. Tengku Qayyum angkat mata melihat dalam mata koko terang Tengku Bunga.

"Untuk pengetahuan kau, aku bukan Qayyum yang kau kenal. Aku Qay. Qay yang selalu kau hindar dulu." Tengku Qayyum menyeringai. Bebola mata Tengku Bunga membulat kejung. Mulut ternganga kecil dengan segala bulu roma naik menegak. Gesit Tengku Bunga ingin tarik tangannya dari pegangan si abang tetapi terlambat kerana Tengku Qayyum sudah mencengkam kuat sehingga mengeluarkan jeritan di mulutnya.

Tidak. Tidak! Qay yang dulu dia selalu mengelak kerana Qay gemar membunuh orang, kini sudah kembali. Oh Tuhan, jangan dia pula menjadi mangsa lelaki itu. Lelaki bernama Qay itu seperti iblis berbanding lelaki yang dia kenal sebagai Qayyum! Tengku Qayyum tiada penyakit mental atau mempunyai penyakit yang ada personaliti lain.

Lelaki itu cuma lahir dengan darah yang sedia hauskan darah manusia.

"Le... lepas!! Tolong!! Ayahanda! Lepaskan aku! Aku janji aku tak akan buat. Aku dah menyesal!!"

"Macam mana agaknya kalau tangan ini dilahap oleh Picasso?" Tengku Qayyum bertanya sendiri sambil melihat lapar tangan adiknya. Pasti Picasso suka dengan makanannya kali ini. Iris kuning keemasan itu melihat Tengku Bunga dengan senyuman menakutkan.

Tubuh Tengku Bunga mengejung. Mata berair itu bergetar ketakutan. Bergerak tak keruan tubuhnya kerana berusaha ingin lepaskan diri daripada Tengku Qayyum. Ya Allah, dia sudah sedar atas kesilapannya tapi jangan tarik nyawanya seperti ini. Dia tidak rela!

"Qay, tolong. Jangan apa-apakan aku! Kalau kau nak aku mati, jangan cara macam ni. Aku takut. Tolonglah!!"

"Lepaskan aku. Ayahanda!!"

"Ya Allah, tolong jangan apa-apakan aku. Aku merayu, Qay!"

"Demi Allah, aku dah menyesal. Aku takkan aniaya Maisarah lagi. Aku dah insaf!!"

Tengku Qayyum tatap datar. Tiada perasaan mendengar permohonan adiknya. Semuanya sudah terlambat. Dia sudah kehilangan gadis itu.

"Bukan maaf dengan aku tapi maaf dengan Maisarah. Dia lebih berhak mendapat sebuah permintaan maaf daripada kau."

Tangisan Tengku Bunga terhenti. Dahi berkerut. Dia mula sangsi sesuatu tentang abangnya. Kemudian, Tengku Bunga tekup mulut rapat kerana tak percaya.

"A... abang..." Tengku Bunga ingin kata sesuatu tapi tak dapat diluah kerana lidah bagai batu konkrit. Namun, firasatnya mengatakan ada sesuatu yang bakal meletupkan sebuah fakta.

Tengku Qayyum bangun ingin pergi dari situ. Dia datang cuma mahu melawat keadaan Tengku Bunga tetapi hatinya jadi panas bila mengenangkan apa yang Tengku Bunga buat. Teganya gadis itu. Yang selama ini dia anggap adik, rupanya tak ubah penghancur hidup seseorang.

Tengku Bunga terduduk di atas lantai simen dengan wajah penuh rasa tak percaya. Bila dengar pintu ditutup, Tengku Bunga melihat ke arah pintu. Jeriji besi digenggam sebelum tangisan terhambur kuat. Menggemakan seisi ruang bilik tanah itu.

"Maafkan, Bunga..." Rintih Tengku Bunga pilu.

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now