BAB 26

10.7K 1.2K 68
                                    

Cuaca hari ini kelihatan mendung. Langit gelap menandakan akan hujan sebentar lagi. Tentulah cuaca mendung itu menghasilkan angin yang dingin. Memasuki ruang kamar tidur Tengku Qayyum dan Maisarah melalui jendela yang terbuka luas. Langsir putih jernih menari-nari akibat tiupan lembut dari angin.

Maisarah di sofa tepi jendela, hanya membiarkan tubuhnya dingin dengan angin. Tatapan mata hijau zamrud itu kosong seakan-akan jiwa dibawa pergi. Kedua kaki ikut naik sambil memeluk buku suaminya. Tiga hari berturut-turut dia berkurung dalam kamar, tiada memberi khabar bahawa suaminya sudah sedar.

Buku ini saja tempat dia lepaskan rindu kepada Tengku Qayyum. Dari buku ini, dia dapat tahu segala perasaan lelaki itu kepadanya. Selama membaca, air mata bagai air terjun. Tak lelah mengalir sehingga tertidur dibuatnya.

Delima tentulah risau kerana Maisarah mula sukar untuk makan. Akhirnya, Permaisuri Widuri yang turun tangan untuk kendalikan Maisarah yang nampak kosong itu.

"Yang Mulia." Seru Delima sebaik saja meletak dulang makanan atas meja bulat yang berada di depan katil. Delima menghembus nafas saat tiada sahutan dari Maisarah. Sayup Delima melihat keadaan puterinya.

Kasihan sungguh gadis itu. Setiap kali dia masuk ke kamar ini, pasti Maisarah menyoalnya adakah ada khabar tentang Tengku Qayyum? Susah untuk dia menjawab. Jika salah menjawab, Maisarah akan menangis tersedu-sedu. Delima nampak penyesalan di wajah Maisarah. Mulanya Delima agak terkejut bila dia menjadi sandaran pertama Maisarah untuk luahkan rasa hati.

Semalam baru saja Maisarah landingkan kepala di ribanya lalu meminta dia teman sehingga tidur. Delima menurut saja kerana kasihan sekaligus sedih melihat Maisarah betul-betul inginkan peneman.

"Ada khabar tentang suami saya, Delima?"

Baru saja cakap. Maisarah akan tanya dia soalan yang sama.

Delima gigit bibir sembari menunduk. "Tiada, Yang Mulia." Jawab Delima perlahan. Dia tak sampai hati mengatakan tiada tetapi itulah hakikat yang Maisarah harus terima. Tengku Qayyum koma. Sudah pasti mengambil masa sangat lama untuk sedar.

"Bila dia akan bangun?"

"Yang Mulia..." Dada Delima jadi sebak mendengar rintihan Maisarah. Sudah cukup dia mengeluarkan air matanya saat mendengar lirihan Maisarah semalam.

"Saya rindu dia, Delima. Saya nak peluk dia. Saya nak cium tangan dia banyak kali. Berapa lama saya patut tanggung rasa bersalah ni? Saya banyak dosa pada suami saya sendiri, Delima," lagi-lagi air mata Maisarah merembes.

"Saya menyesal atas sikap saya selama ni. Dia ikhlas cintakan saya. Sedangkan saya? Saya buang cinta dia macam tu saja. Jahat kan saya ni? Memang patut pun Qayyum lepaskan..."

"Yang Mulia, sudahlah... Saya pasti Tengku Mahkota akan maafkan Yang Mulia seperti selalu. Saya kenal Tengku Mahkota. Beliau takkan pernah biarkan isterinya rasa bersalah begini. Tengku Mahkota lelaki yang baik dan Yang Mulia sangat layak untuknya."

"Benarkah?" Air mata Maisarah berhenti jatuh. Memandang Delima sayup yang berlutut di depannya. Membiarkan Delima mengesat air mata di pipi.

Macam mana Delima boleh yakin soal itu? Padahal Delima banyak menjadi saksi bisu atas sikap buruknya kepada Tengku Qayyum selama ini. Delima saja yang nampak betapa sabarnya Tengku Qayyum dengannya. Setelah apa yang berlaku, Delima boleh cakap Tengku Qayyum akan memaafkannya?

Delima senyum manis dengan mata berair terharu. Delima mengangguk. "Benar, Yang Mulia. Hanya Yang Mulia satu-satunya perempuan yang Tengku Mahkota mahukan. Jangan nangis lagi. Tengku Mahkota mesti tak suka isteri cantiknya ini menangis. Saya tak mahulah saya dipersalahkan nanti sebab tak jaga permaisurinya ini baik-baik."

Bibir Maisarah tersebek-sebek. Dia jadi ingin menangis lagi mendengar balasan Delima.

"Tapi, saya rasa Seroja..."

"Yang Mulia!" Delima naikkan suara tiba-tiba. Mahu tak naik suara bila Maisarah bangkitkan soal perempuan itu lagi. Sudah cukup dia tahu bahawa Tengku Seroja ingin hancurkan rumah tangga pasangan ini.

Maisarah teresak sambil menggeleng kecil. "Saya takut, Delima... Saya takut rumah tangga kami akan hancur kerana dia. Saya tak mahu hilang Qayyum. Saya sayang Qayyum, Delima. Saya cintakan Qayyum. Saya tak nak dia beralih pada perempuan lain." Maisarah menangis kencang bagai anak kecil yang dimarahi ibunya.

Nampak saja Maisarah tegar di depan Tengku Seroja tetapi di sebaliknya, hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya Maisarah. Takut lelaki yang ikhlas mencintainya akan dicaras oleh perempuan lain. Nampak saja bengis depan Tengku Seroja tapi hatinya akan luluh bila berada di belakang perempuan itu. Maisarah takut pada perkara yang merampas kebahagiannya.

Delima menggeleng cepat. Dia bangun lalu maju memeluk Maisarah yang menangis pilu.

"Tak! Tak, Yang Mulia. Rumah tangga Yang Mulia dan Tengku Mahkota takkan musnah. Tolong bertahan sikit saja lagi. Percayakan Allah, ya? Allah tak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya." Ujar Delima cuba menenangkan Maisarah yang menangis bagai anak kecil.

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now