Tengku Qayyum hampir tak dapat menahan senyum saat mendengar balasan Maisarah yang jelas mencuit hati. Tanpa menyedari kalau telinga berubah merah padam. Jangan cakap bagaimana jantung Tengku Qayyum saat ini. Berdetak laju bukan main. Adakah kata-katanya mengundang rasa gila kepada Maisarah?
Oh dia ingin melihat wajah Maisarah tak keruan saat menerima kata manisnya. Mesti comel! Membayangkannya, dia tertawa kecil. Kedua-dua pipi ditekan untuk hilangkan rasa panas di sana. Pertama kali dia dengar Maisarah jerit dengan tak keruan. Berharap hati gadis itu menerimanya dengan hati terbuka selepas mereka bersama.
Tengku Qayyum hela nafas panjang. Telefon pintar diletak atas kabinet laci sisi ranjang lalu tablet yang terdampar di atas bantal sebelahnya, diambil lalu dihidupkan. Cerah wajah Tengku Qayyum saat disapa cahaya layar skrin.
Tengku Qayyum merenung lama gambarnya dan gambar Maisarah. Seminggu lalu berita perkahwinannya diumumkan melalui media sosial. Hendak umum secara berdepan, Maisarah tak mahu. Katanya belum bersedia mahu menghadap rakyat sebagai bakal isterinya.
Memalukan ke duduk di sebelahnya?
Tengku Qayyum usap wajah datar Maisarah dengan ibu jari. Dia tidak sabar ingin sentuh wajah itu puas-puas. Tak sabar mahu memiliki Maisarah sepenuhnya. Tak sabar mahu sebut nama Maisarah di depan Tuanku Adam sebagai wali Maisarah. Tiga hari lagi saja. Sabar sikit lagi!
"Macam mana saya nak buat hati awak luluh pada saya, Mai? Saya mengharapkan hal yang tak pasti antara kita." Gumam Tengku Qayyum sendiri. Sayup bola mata Tengku Qayyum menatap wajah cantik Maisarah yang beraut datar. Rasa tak percaya betul mereka berkahwin sebab dia melakukan hal yang tak pernah dia buat.
Tapi, Tengku Qayyum tidak menyesalinya. Itu peluang yang besar untuk menjadi suami Maisarah. Jangan disia-siakan!
"Ya Allah, permudahkan segalanya..." Doa Tengku Qayyum dalam hati.
Tablet dimatikan lalu letak atas kabinet laci sisi ranjang. Lampu tidur dimatikan. Selimut ditarik, bersedia untuk masuk alam mimpi. Bibir senyum kerana terbayang sekilas wajah Maisarah di sisinya. Tidak lama, kamar itu sunyi tanpa sebarang suara lagi.
TIGA HARI BERLALU, kini waktu yang dinanti-nantikan oleh dua kerajaan yang bakal berbesan dan rakyat jelata, sudah tiba. Masjid Wilayah Carran dipenuhi banyak kereta dari keluarga berkerabat. Keluarga DiRaja dari negara-negara jiran mahupun negara jauh dijemput oleh Carran dan Vhagar untuk meraikan penyatuan dua jiwa. Para Pembesar Carran dan Vhagar tak ketinggalan untuk hadir.
Para wartawan yang dibayar untuk merakam hari bermakna itu, berebut-rebut mahu ambil gambar keluarga DiRaja dan laman Masjid Wilayah Carran. Mereka sebenarnya sedang menunggu ketibaan mempelai lelaki. Mempelai perempuan sudah ada di dalam, duduk di atas kusyen bulat dengan diapit oleh sang ibu di sebelah kiri.
Setengah wartawan di dalam, tak henti memotret sosok Maisarah dari pelbagai arah. Hari ini, Maisarah kelihatan sangat berbeza. Sangat lain dari sebelum ini sampai mereka hampir tak mengenali wajah Maisarah. Wartawan pasti, mata dunia sedang tercengang melihat penampilan mempelai perempuan.
Tidak lama, sepuluh buah kereta berlambang Vhagar tiba di depan tangga masuk masjid. Lama perjalanan, akhirnya sudah sampai. Apa lagi, berdecak-decak bunyi kamera ditekan untuk tangkap gambar ketibaan mempelai lelaki. Ini sungguh mendebarkan kerana jiwa yang bersatu ini datang dari negara berbeza.
Seorang pengawal berbaju Melayu putih, seragam khas untuk semacam majlis, mara membuka pintu untuk si putera. Sedangkan, Raja Hakam dan Permaisuri Widuri keluar dari kereta depan, Tengku Bunga pula keluar dari kereta belakang. Mereka memang naik asing tapi berarak sama. Keluarga DiRaja itu kelihatan sangat anggun dan segak berpakaian sedondon untuk majlis di pagi ini.
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomansaMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...