BAB 15

10.7K 1K 43
                                    

Tengku Qayyum memandang lama sosok isterinya yang terlantar atas ranjang bilik tidur mereka. Seketika, helaan nafas dalam dihembus. Selepas diberitahu bahawa Picasso kucing memakan daging manusia, terus Maisarah tidak sedarkan diri. Sungguh, Tengku Qayyum tak sangka sebegitu besar rasa terkejut Maisarah.

Padahal, niatnya hanya bergurau saja. Picasso bukan seperti yang disangka Maisarah. Darah yang mengotori mulut Picasso adalah darah ayam hidup. Picasso setiap minggu akan diberi ayam hidup untuk isi perut. Yang menjaga rumah itu, seorang penjaga istana. Cumanya, penjaga itu tiada di sana kerana dia ingin membawa isterinya melihat rumah itu.

Tengku Qayyum mengambil perlahan tangan Maisarah lalu dicium lembut. Rasa bersalah menggunung kerana buat isterinya tak sedarkan diri. Mesti Maisarah anggap dia pembunuh selepas ini. Walaupun itu cuma gurauan, tak mustahil Maisarah bawa serius tentang itu.

Soal nyawa manusia, siapa yang akan diam?

"I'm sorry, princess. Saya tak sengaja buat awak macam tu..." Lirih Tengku Qayyum. Muka muram kerana mengingat betapa panik dan cemasnya dia bila tubuh Maisarah longlai dalam pelukannya secara tiba-tiba.

Dalam hati menyumpah kerana membuat Maisarah bermula. Tengku Qayyum berdecit. Kesal dengan usikannya tadi. Niat nak bergurau, berakhir jadi begini. Hilang kesempatan ingin bawa Maisarah naik sampan. Dia berharap Maisarah tak mengamuk besar setelah bangun nanti.

Lamunan Tengku Qayyum menghilang bila suara ketukan pintu kedengaran dari luar. Tulang belakang Tengku Qayyum menegak. Tangan Maisarah dilepaskan sembari memberi izin masuk. Tak lama, wajah datar Zekan muncul di depan mata. Tengku Qayyum bersandar. Silang tangan sambil merenung Zekan.

"Permaisuri Widuri datang, Tengku." Beritahu Zekan.

Tengku Qayyum beralih pandangan ke arah kelibat ibunya yang baru sahaja masuk. Permaisuri Widuri bertatap mata dengan puteranya sebelum mendekat ke arah menantu yang terbaring di atas katil. Tergeleng kepala Permaisuri Widuri melihatnya.

Dia sudah tahu apa sebabnya Maisarah jatuh pengsan. Pengsan sebab berjumpa dengan Picasso. Entah apa yang buat Tengku Qayyum boleh bergurau sampai begitu sekali. Tahulah Picasso itu kucing yang galak tetapi tidak sepatutnya Tengku Qayyum mengejutkan menantunya seperti ini.

Akibatnya, pengsan terus. Ada ke pula cakap Picasso kucing pemakan daging manusia.

"Gurau kamu melebihi batas, Qayyum." Permaisuri Widuri bersuara. Menegur kesalahan puteranya.

Tengku Qayyum menggumam kecil. "Bukan sengaja..."

"Apa kamu nak cakap dengan isteri kamu nanti? Kasihan dia. Dahlah kamu bawa dia jumpa Picasso masa waktu makan Picasso. Mana tak terkejut menantu bonda ni? Haih kamu ni... Nak bergurau, biar berpada. Kalau trauma anak orang ni macam mana?" bebel Permaisuri Widuri dengan tegas. Geram dengan puteranya yang buat main tentang isu itu.

Tengku Qayyum sekadar tunduk lalu usap tengkuk. Menghilangkan rasa bersalah.

"Tapi memang Picasso makan manusia, kan?" Tengku Qayyum membuka fakta. Memang itu faktanya. Selain Picasso makan haiwan, Picasso juga makan manusia tetapi hal itu disembunyikan oleh orang yang tidak tahu siapa sebenarnya Picasso. Kalau diberitahu, tentulah masalah besar akan terjadi.

Cukuplah orang luar tahu Picasso hanya kucing 'biasa'.

Permaisuri Widuri duduk di kerusi sisi Maisarah satu lagi. Di belakang, ada pembantu peribadinya yang sedia berdiri menunduk kepala.

"Dah tu, memang patut ke Qayyum bagitahu benda tu pada Sarah? Cukup Sarah tahu Picasso hanya makan haiwan hidup. Seperti ayam dan lain-lain." Tekan Permaisuri Widuri. Menatap tajam wajah puteranya yang bersahaja.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now