Tengku Bunga telan liur pahit. Peluh dingin mula keluar. Tangan gementar kecil. Pasti abangnya sudah nampak apa yang dia lakukan kepada Maisarah tadi. Tengku Bunga ketap bibir seraya tunduk kepala. Muka terbias rasa takut kerana menerima tatapan maut milik Tengku Qayyum. Tapi, apa yang dia lakukan tadi cukup puas! Dia dapat beri pengajaran kepada Maisarah melalui tamparannya. Tangan masih terasa hangat.
Membekas.
"Kau tahu apa akibatnya bila sentuh milik aku kan, Bunga?" soal Tengku Qayyum, dingin dan dikelilingi aura mencengkam.
Maisarah di sebelah, membisu. Agak meremang juga bila dengar suara garau Tengku Qayyum. Dia tak berani angkat muka melihat wajah Tengku Qayyum. Takut tatapan kuning keemasan itu memberi bulu romanya naik menegak. Dia tak sangka Tengku Qayyum datang pada saat ini. Ingatkan drama ini tak akan habis dan dia akan hadap lagi amukan Tengku Bunga.
Tapi, ada rasa kecewa bila Tengku Qayyum datang. Dia berniat untuk membalas balik perbuatan Tengku Bunga tapi semua itu terbatal. Hurm, tak mengapa. Kalau Tengku Bunga berulah lagi, dia dengan suka rela melawan gadis itu balik. Bakal jadi permaisuri, kan? Kenalah tunjuk sifat keras itu kepada manusia tak ada akal.
Seperti Tengku Bunga.
"Keluar dari bilik ni sekarang atau aku hantar kau pada Picasso." Tengku Qayyum mula menghantar ugutan.
Tubuh Tengku Bunga mengeras. Terus terangkat kepala Tengku Bunga memandang Tengku Qayyum. Mata bergetar tak percaya. Apa?! Sanggup Tengku Qayyum ingin Picasso baham dia seperti mangsa lain?! Hanya sebab dia buat salah sekali kepada Maisarah, abangnya sanggup buat begitu?
Naik kembali kemarahan Tengku Bunga. Maisarah dipandang tajam. Tangan dikepal kuat sehingga kuku memutih. Dada berombak dan nafas kian melaju. Betapa bengangnya dia melihat keadaan Maisarah yang tenang berdiri di sisi belakang abangnya lalu bibir merah gelap itu meniup halus kuku panjang yang berkilat putih.
Begitu santainya tingkah Maisarah seakan tak terjadi apa-apa. Padahal tamparannya cukup kuat sampai buat hujung bibir gadis itu pecah. Tubuh Tengku Bunga rasa berapi. Kalau tadi tingkah Maisarah, kali ini tatapannya. Mata tajam beriris hijau zamrud itu sinis dan sarkastik melihatnya. Pasti ingin mengejeknya kerana dimarahi oleh Tengku Qayyum.
Baiklah. Tak mengapa. Kali ini Maisarah selamat. Di hari lain, dia akan buat gadis itu menyesal pilih abangnya. Tunggulah!
"Kali ini, kau menang, Maisarah." Kata Tengku Bunga hampir tak terdengar. Cukup dia saja yang mendengar.
Tak tahan berada di situ, Tengku Bunga beransur pergi dengan jelingan maut. Lama-lama, hatinya jadi sakit. Tengku Bunga tak boleh lupa apa yang Tengku Qayyum katakan pada dia. Abangnya membela Maisarah dari dia yang adik kandung abangnya. Memang tak guna! Tengku Bunga mendengus geram.
Embun pantas mengekori Tengku Bunga.
Tengku Qayyum melihat dingin pemergian Tengku Bunga. Maisarah perhati riak yang terpamer di wajah suaminya. Sedikit ada rasa aneh yang menyelinap masuk dalam hatinya bila Tengku Qayyum membelanya. Dia fikir, Tengku Qayyum akan berdiam diri dan tak melindunginya. Tanpa sedar, dia hembus nafas panjang.
Luka di hujung bibir, disentuh perlahan. Kuat juga tamparan Tengku Bunga. Harap tak meninggalkan kesan merah di pipinya. Kalau tidak, dia tak teragak-agak buat benda sama kepada Tengku Bunga. Habis rosak muka cantiknya! Maisarah berbalik menuju ke ranjang. Hujung bibir masih disentuh.
Tengku Qayyum menoleh bila rasa ketiadaan Maisarah di sisinya sebelum pandang Maisarah yang sedang duduk di atas katil. Berubah lembut riak Tengku Qayyum. Hilang wajah dingin tadi. Tangan tiba-tiba rasa gatal ingin buat benda yang sama kepada adiknya tapi dia tahu, masalah tak akan selesai kalau dipanjangkan.
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
عاطفيةMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...