Maisarah meninggalkan meja makan sambil menghantar jelingan tajam kepada Tengku Seroja yang membisu. Entah apa yang Tengku Seroja inginkan daripada Tengku Qayyum kali ini. Tapi, yang pasti dia takkan membiarkan perempuan itu masuk ke dalam rumah tangganya. Dia tak peduli seberapa tinggi martabat Tengku Seroja. Perempuan seperti Tengku Seroja seharusnya sedar diri.
Bebola mata Maisarah bergerak-gerak mencari kelibat suaminya. Di mana Tengku Qayyum? Mata Maisarah menoleh ke sisi kanan sebelum kaki melangkah ke arah sana. Angin malam ini membuat dirinya sejuk. Mujurlah kardigannya jenis kain hangat. Tak adalah dia kedinginan.
"Kau lupa ke apa kau dah buat pada aku dulu? Kalau aku tahu Seroja itu isteri kau, aku takkan jadi macam sekarang tau. Punya aku percaya Seroja, rupa-rupanya dia khianat aku. Bukan dia saja, kau juga yang aku anggap sahabat, Dauf! Sanggup kau buat aku macam ni?!"
"Huh! Dari awal Seroja tak pernah mahukan kau. Dia hanya pandang aku tapi aku suruh dia pikat kau supaya dia dapat jadi Permaisuri Vhagar satu hari nanti. Bila dia dapat gelaran tu, semestinya aku akan dapat pangkat tinggi dalam keluarga diraja."
"Kau dah gila ke?!" Muka Tengku Qayyum berkerut marah. Sungguh tak percaya mendengar ayat itu dari mulut Tengku Dauf sendiri. Tengku Dauf senyum sinis. Tangan naik bersedakap dada. Santai belakang badannya bersandar di dinding terbina klasik restoran itu.
Tak sengaja mata Tengku Dauf terpandang ke arah Maisarah. Senyuman sinisnya terbentuk lagi. Apa kata kita uji pertahanan lelaki di depannya ini.
"Tapi, Seroja bagitahu aku sejak kau kahwin dengan isteri kau. Dia menyesal pilih aku. Sekarang, dia mahukan kau balik. Dia rasa tercabar dengan kehadiran Maisarah dalam hidup kau."
Langkah Maisarah terhenti bila dengar suara Tengku Dauf tak jauh darinya. Mata Maisarah langsung tertuju ke arah Tengku Dauf dan Tengku Qayyum. Maisarah pandang kiri kanan sebelum menyorokkan dirinya di balik tiang besar di sebelahnya. Dia ingin tahu apa yang dibualkan oleh dua jejaka itu.
Tengku Qayyum buang pandangan. Geleng kepala sambil senyum sinis. Rasa menyesal terbit di hati sejak dulu lagi bila Tengku Seroja mengkhianatinya. Sekarang, bila dia nak rasa bahagia dengan pujaan hatinya, ada pula yang ingin mengganggu? Sudahlah pengganggu itu ada kaitan dengan masa lalunya. Malang betul nasibnya hari ini.
"Hei, Dauf. Kau tak payah nak reka cerita dengan aku. Aku dah tak ada..."
"Oh! Jadi, kalau Seroja datang merayu pada kau untuk terima dia balik, kau akan terima dia? Kan Seroja perempuan yang paling kau cinta dulu." Pintas Tengku Dauf cepat.
"Apa kau merepek ni? Kau suami dia! Macam mana kau boleh tergamak cakap macam ni pada lelaki bukan mahram untuk dia?"
Tengku Dauf senyum nipis. "Kami kahwin bukan sebab cinta. Aku sanggup ceraikan dia untuk biar dia hidup bersama kau. Aku yakin jauh di sudut hati kau, masih ada Seroja, kan?"
"Tak! Seroja..."
Kata-kata Tengku Qayyum mati bila dengar derapan kasut melangkah. Tengku Qayyum menoleh. Berubah air muka Tengku Qayyum melihat kelibat isterinya sudah melangkah pergi. Tangan Tengku Qayyum bergetar. Tak mungkin Maisarah dengar semuanya!
"Maisarah!"
Langkah Maisarah tak berhenti. Tengku Qayyum ketap rahang. Wajahnya menegang garang. Tanpa kata, satu tumbukan dilepaskan di pipi Tengku Dauf. Tengku Dauf tak sempat mengelak, mengerang kuat. Laju tangan tekup pipi. Dunianya rasa bergegar bila ditumbuk tiba-tiba. Nafas Tengku Dauf jadi sengal bila tangan Tengku Qayyum beralih rengkuh kolar kemejanya.
Mata berlaga panas. Jelas di mata Tengku Dauf, mata Tengku Qayyum terasa seperti ingin membunuhnya hidup-hidup.
"Jangan bangkitkan sisi aku yang dah lama lenyap, Dauf. Kau tahu bila aku benci, selamanya benci. Bila aku cinta, selamanya aku cinta tapi Seroja bukan lagi pilihan hati aku. Isteri kau layak berada di tangan lelaki seperti kau. Isteri aku selama-lamanya Puteri Mahkota Maisarah Az-Zahra. My only wife and my only queen!!"
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...